Saya nak tersedak bila mendengar bagaimana idea bodoh dikemukan kepada kerajaan oleh pihak polis dalam temu bual Astro Awani.
Pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah.
Friday, May 31, 2013
Baru Khir Toyo Sedar Jahatnya Politik UMNO!
Hari ini dalam blognya Khir Toyo mengatakan dia mangsa politik UMNO. Dia dijadikan "kambing hitam" untuk menunjukkan kerajaan UMNO @ BN kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat seolah-olah bersih.
Atas keputusan dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam Khir Toyo berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.
Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara
Bila saya baca luahan Khalid Samad, saya rasa ada 4 perkara yang disentuh yang utama iaitu Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN, Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas dan Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat.
Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir.