Sama ada secara kebetulan atau tidak, pendedahan pimpinan PAN negeri
Perak Nizar Jamaluddin bahawa Kerajaan negeri Perak telah
meng“anugerah”kan 1000 hektar (2471.05 ekar) tanah kepada 9 buah sekolah
vernakular Cina swasta semasa beliau menjadi Menteri Besar pada tahun
2008 berlaku hampir serentak dengan berita persetujuan kerajaan negeri
Pulau Pinang untuk menaja dan menanggung sepenuhnya kos berjumlah RM15
juta untuk projek pembangunan Pusat Pendidikan Al Itqan milik IKRAM
(Itqan) di Teluk Kumbar Pulau Pinang.