Tuesday, April 24, 2018
PRU14: Tidak Jadi Pisang, Diva AA Pilih Simbol Gajah
UNIK… Ramai tahu bahawa 9 Mei ini adalah tarikh mengundi bagi warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin terasa.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai pengacara kontroversi, Azwan Ali mengesahkan bakal bertanding sebagai calon bebas dalam PRU-14 demi menentang abang kandung sendiri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Puad Jawab Alasan TPM Tidak Dicalon Bertanding
TIDAK sampai 24 jam namanya digugurkan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding sebagai calon kerusi Parlimen Batu Pahat, Datuk Dr. Puad Zarkashi tampil menjawab kepimpinan parti.
Hari ini menerusi satu kenyataan kepada Mynewshub, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu turut meluahkan perasaan kesal terhadap komen diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

