Friday, January 23, 2009

Tentera AS diarah undur dari Iraq

WASHINGSTON 22 Jan. - Presiden AS, Barack Obama mengarahkan ketua-ketua tenteranya supaya membuat perancangan tambahan untuk melaksanakan pelan pengunduran tentara AS dari Iraq.

Pada hari pertama beliau memulakan tugas sebagai presiden AS yang baru, Obama bertemu dengan penasihat-penasihat tentera dan keselamatan negara bagi membincangkan mengenai konflik di Afghanistan dan Iraq.

''Semasa perbincangan, saya telah meminta ketua-ketua tentera untuk melaksanakan perancangan tambahan bagi mengundurkan bala tentera kami dari Iraq,'' katanya dalam kenyataan media selepas mesyuarat tersebut.

Pengunduran tentera AS dari Iraq merupakan intipati penting dalam kempen pilihan raya Obama, yang mana peperangan merupakan kebimbangan utama para pengundi sehingga ia dibayangi oleh isu krisis ekonomi.

Menurut Obama, mesyuarat itu berhasil dan beliau akan berunding dengan ketua-ketua tentera di Pentangon bagi memperhalusi isu-isu berkenaan.

''Kita akan membuat kajian semula secara penuh mengenai keadaan di Afghanistan bagi merangka dasar komprehensif bagi keseluruhan rantau,'' kata beliau. - REUTERS


No comments:

Post a Comment