Wednesday, May 15, 2013
Rupanya Najib di Tipu oleh CyberTropper UMNO!!
Sebelum pilihan raya umum ke-13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia berdasarkan laman pemantau internet "Sosialbakers".
Najib ketika diminta mengulas tentang pemantauan itu berkata "11 itu nombor kegemaran saya... hari ini mungkin lebih tinggi" kerana followernya di twitter kini 1.5 juta.
Berita digemburkan oleh media UMNO untuk menunjukkan kehebatan NAJIB!
Hari ini, sebuah majalah Australia membuat dakwaan bahawa lebih 70 peratus followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.
Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.
WAH BENAR KATA NAJIB NOMBOR AKAN NAIB... Najib 8 tokoh politik dunia yang ramai pegikut di twitter... tapi semuanya HAMPAS!!
“Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May 3 lalu.
Bayangkan 3 Mei NAJIB ada 1.4 juta pengikut. Hari ini saya semak Najib ada 1.5 juta pengikut.
Ini semuanya kerja CYBERTROPPER UMNO, boleh tingkatkan pengikut 100,000 ribu dalam masa 12 hari sahaja!!!
Saya tak salahkan NAJIB.
Ini semua kerja JAHAT pengampu beliau.
NAJIB "BAHANG BODOH" JUGAK!!!


No comments:
Post a Comment