Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan ada menyebut "Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog"
"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.
"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional, (BN)" katanya.
Ini adalah kefahaman "kerukunan nasional" Khairy apa yang difahami daripada apa yang disebut oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.
Kefahaman ini sangat berbeza dengan beberapa kepimpinan UMNO sebelum ini. Ahmad Said Menteri Besar Terengganu menghayati KERUKUNAN NASIONAL dengan tidak akan memberi bantuan kepada mana-mana kawasan yang dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT.
Manakala Pengerusi BN Melaka, Ali Rustam pula menyifatkan mereka yang tak undinya adalah biadap dan tak kenang budi. Setelah sekian lama ditolong tapi tak kenang budi. Saya akan menggingati apa yang dibuat kepada saya, katanya.
UMNO sekarang sudah terbahagi kepada dua puak, satu nak balas dendam. Ini terdiri daripada golongan veteran termasuk Tun Mahathir sendiri, manakala satu kumpulan yang lunak yang lebih nak menghulurkan "salam persabahatan" kepada Pakatan Rakyat dalam membangunkan negara.
Khairy Jamaluddin yang selama ini diinjak-injak oleh sebahagian besar puak dalam UMNO kini sudah mula menunjukkan sikapnya. Sikap ini sudah pasti akan menyebabkan sebahagian besar puak dalam umno terasa sakit.
Khairy yang dianggap duri dalam UMNO sudah pasti duri yang cubang dibuang ini tidak berjaya malah sudah menusuk kepada jantung UMNO. Sudah pasti ada yang terasa SAKIT akibat tusukan ini.
Kita akan tonton siapa yang MENJERIT selepas kenyataan ini!!

Satu catatan santai oleh mantan Ketua Penerangan Pemuda...syabas Le Kor!
ReplyDelete