Tuesday, May 14, 2013
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Mahu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Terus Tugas Sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terus kekal memegang jawatan pesuruhjaya PAS negeri. Permintaan ini atas dasar Perubahan kepimpinan Kelantan yang dilihat sangat drastik kadang kala boleh membawa sedikit ketidak seimbangan.
Seperti yang saya tulis berkenaan isu Kedah sebelum ini, jawatan Pesuruhjaya ada hak multak Presiden PAS. Walau bagaimanapun Presiden biasanya mendapat nasihat daripada negeri-negeri terbabit.
Pengunduran TGNA boleh dilakukan dalam masa yang akan datang. Ini bertujuan membuat sedikit kesimbangan agar perkara seperti isu exco tidak berulang.
Berbeza dengan keadaan di Kedah, Kedah yang baru sahaja menghadapi kekalahan, perlu ada orang memimpin untuk bangkit semula, dimana keadaan Ustaz Azizan yang masih dalam keadaan tidak menentu.
Ahmad Yaakub amat sesuai memengang jawatan berkenaan, dan TGNA sudah bersetuju, tetapi atas dasar menjaga keadaan dimana Ahamd Yaakub masih baru adalah lebih baik TGNA meneruskannya dalam beberapa masa.
TGHH dan TGNA telah membuat pertemuan tertutup di kediaman TGNA semalam.

No comments:
Post a Comment