Sunday, April 30, 2017

DHPP Tekad Setia bersama PAS


ALOR SETAR, 10 April – Wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), S. Suria Narayanan dalam ucapan pembahasannya menegaskan bahawa DHPP tidak tamak jawatan.

Akan tetapi jelasnya, jika diberi amanah, mereka tidak akan lompat parti.

“Kami dari DHPP berjanji jika diberi amanah, kami tidak akan derhaka, kami tidak akan bawa lari kerusi seperti sahabat-sahabat kita walaupun baiah 10 kali,” tegas beliau.

Komitmen daripada DHPP melalui ucapan wakilnya menunjukkan kesediaan PAS bukan sahaja untuk memimpin Melayu dan Islam bahkan bersedia untuk memimpin Malaysia keseluruhannya pada PRU yang akan datang.

Memetik ucapan yang sama, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada PAS dan mengharapkan PAS kekal memimpin walaupun apa jua pakatan diadakan selepas ini.

“Jika apa-apa pakatan yang dibentuk selepas ini, ketuanya mesti daripada PAS dan jika memimpin Malaysia, Perdana Menterinya hendaklah Tuan Guru Presiden PAS.

“Jika PAS sendiri memimpin, PAS sudah tahu dosa dan pahala, syurga dan neraka, tak payah kita nak susah-susah nasihat lagi,” tegas beliau.



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment