BUKAN sekadar komen melampau, malah mereka
menghambur kata-kata kesat seolah-olah ibu dan ayah serta pengurusan
pusat tahfiz tidak langsung memikirkan keselamatan kepada pelajar mereka
setelah melihat insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran
Ittifaqiah, Keramat pada 14 September lalu.
Lebih dari itu, komen jahat berbaur hasutan dibuat semata-mata
menyemarakkan kemarahan, tatkala umat Islam dan rakyat Malaysia bersedih
meratapi kejadian syahidnya anak-anak syurga ini dalam satu kejadian
kebakaran.
Mereka gagal membaca keterangan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat
berhubung punca kejadian yang disahkan bukan kerana litar pintas,
sebaliknya berkemungkinan perbuatan khianat pihak tertentu yang mana
saksi kejadian menyatakan adanya dua tong gas di luar bangunan yang
mencurigakan yang dikatakan menyebabkan kebakaran lebih pantas berlaku.
Kini suara sumbang dikumandangkan lagi mereka yang cukup anti kepada
perkembangan sekolah agama, komentar bekas Menteri Penerangan, Tan Sri
Zainuddin Maidin cukup menghiris hati para pencinta agama.
Ingat lagi suatu masa lalu, mereka ini jugalah dizaman Tun Dr
Mahathir Mohamad melancarkan kempen tutup sekolah agama rakyat dengan
menyekat bantuan SAR ini. Kini suara-suara itu bergema kembali, malah
tidak segan silu mereka mendesak sedemikian.
Untuk makluman semua berdasarkan kepada rekod, Yayasan Islam Kelantan
(YIK) antara pihak yang memiliki banyak Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama
di bawah pengurusannya. Ratusan pelajar cemerlang dihasilkan dari YIK.
Yang cemerlang akademiknya, yang cemerlang hafazan Al-Qur'annya.
Ramai yang pasti ingat nama Nik Nur Madihah (21A dalam SPM) dan Siti
Fatimah (18A SPM) dari Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. mereka ini
anak-anak yang menjadikan al-Quran sebagai rutin harian mereka, apatah
lagi setiap pagi sekolah mewajibkan mereka membaca paling tidak dua muka
surat Quran.
Ketika ini selepas kejadian kebakaran di Tahfiz Ittifaqiah,
musuh-musuh Islam mula mengambil peluang untuk tutup semua pusat
pengajian Islam ini. Hari itu dikata, pusat pendidikan Islam melahirkan
golongan ekstremis atau pengganas IS, selepas itu dituduh pula guru-guru
tahfiz atau ustaz-ustaz kita ini sangat ganas sikapnya akibat sikap
melampau dalam menghukum.
Sekarang diguna pula alasan premis yang tidak selamat agar cita-cita
mereka untuk menghalang dominasi pemimpin yang faham Islam tercapai,
inilah kejahatan mereka dalam merancang menghapuskan golongan pencinta
agama, dan mereka yang menjadikan al-Quran pelita hidup.
Apapun kelemahan yang wujud sama ada pengurusan bangunan dan
sebagainya (aspek keselamatan), ia perlu diperbaiki. Bukan diambil
tindakan tutup atau diharamkan.
Kenapa pula di Pulau Pinang tiba-tiba exconya menyatakan akan menutup pusat tahfiz yang tidak patuhi aspek keselamatan?
Kenapa pula mereka tidak tutup kilang kilang haram, pusat urut haram
dan pelbagai premis haram lain yang mengancam keselamatan awam malah
memberi kesan kepada masalah sosial selamanya?
Apakah ini hasrat besar pemimpin negeri tersebut dalam agenda kemenangan mereka?
Tidak perlulah berbangga kononnya Pulau Pinang memberi peruntukan
kepada sekolah agama andai ada hasrat disebaliknya mahu menutup pusat
tahfiz yang sukar mendapat bantuan kerajaan mahupun swasta ini.
Mereka membuka pusat tahfiz demi melihat anak anak Malaysia seawal
usia mengenal al Quran dan menjadi pencinta agama, dan seterusnya
menjadi insan soleh.
Atau Ketua Menteri Pulau Pinang lupa suatu masa lalu beliau pernah
memuji pelajar tahfiz sebagai mereka yang baik dan berdisiplin, atau
pujian ketika itu tidak lebih hanya mahu mengutip undi tatkala undi
Melayu diperlukan mereka?
Seperkara lagi, mereka yang banyak mencadangkan agar pusat tahfiz ditutup seperti Zainuddin Maidin, persoalannya
Apakah kebakaran di pusat pengajian tinggi termasuk di Universiti
Malaya (UM) di Dewan Tunku Canselor, di sekolah-sekolah lain, dan
kebakaran di bangunan jabatan kerajaan harus dijadikan alasan untuk
tutup sahaja semua khidmat ini?
Mereka yang mencadangkan biarlah rasional dan bukan komen ikut nafsu dan agenda kuffar. – HARAKAHDAILY 16/9/2017
.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)
No comments:
Post a Comment