Kewangan Kedah di bawah BN makin tenat
KEDAH di bawah pentadbiran PAS pada penggal lalu
mencatat sejarah apabila berjaya membangunkan negeri itu biar pun
berdepan pelbagai sekatan.
Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusof berkata kerajaan negeri yang diketuai
Tan Sri Azizan Abdul Razak berjaya mencatat lebihan belanjawan lebih
RM22 juta dalam tempoh hampir lima tahun.
Namun katanya, selepas diterajui Barisan Nasional kerajaan Kedah berdepan dengan perbelanjaan melebihi pendapatan (defisit).
“Misalnya pada belanjawan tahun ini yang dibentang di Dewan Undangan Negeri dicatat defisit sehingga RM75 juta.
“Malah sejak 2013 tiada apa yang mampu dibanggakan rakyat Kedah biar
pun diterajui semula Umno dan BN,” katanya pada ceramah di perkarangan
Masjid Jauhar, Guchil, Kuala Krai di sini malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua
PAS Kuala Krai Abdul Latif Abdul Rahman, timbalannya Mohd Fauzi
Abdullah, Pegawai Khas Menteri Besar Lau Chin Chua dan Penyelia Dun
Dabong Ku Zaki Ku Hussin.
Orang ramai memenuhi perkarangan masjid tersebut yang terletak di simpang tiga Kuala Krai-Kota Bharu-Gua Musang.
Sebelum ini Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa dilapor mendakwa
kerajaan negeri membazir hampir RM300,000 membina Tugu Banjir di atas
tanah milik persendirian.
Kerajaan negeri menjelaskan tugu banjir tersebut dibina di atas rezab jalan dan tiada kaitan dengan pembaziran wang kerajaan.
Beberapa hari lepas PAN juga menganjurkan ceramah difahamkan dihadiri
pemimpin utama parti serpihan itu dari pusat. Namun tiada gambar
dipapar mengenai kehadiran orang ramai pada program berkenaan.
Sebaliknya malam tadi kehadiran penduduk tempatan memenuhi perkarangan Masjid Jauhar yang pernah menjadi fitnah pemimpin PAN.
Md Zuki juga berkata kerajaan PAS di Kedah tidak dapat dipertahankan
pada PRU lepas kerana berlaku pembelotan dalaman bekas pemimpin PAS
sendiri. - HARAKAHDAILY 9/3/2017
.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....
No comments:
Post a Comment