RUU 355: Tidak timbul soal siapa peralat siapa
KETUA Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan
menegaskan tidak timbul soal 'siapa memperalatkan siapa' di dalam
memperkasakan undang-undang syariah termasuklah meminda RUU 355.
Ini kerana katanya, pindaan RUU 355 yang di bawa oleh Ahli Parlimen
Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah bertujuan untuk
memperkasakan agama Islam di negara ini.
"Jangan terlalu terjebak dengan polemik dengan sentimen yang hanya
buang masa kita. Apa yang kita lakukan adalah prinsip terhadap muslim
jadi tidak timbul siapa peralat siapa," katanya.
Bercakap di dalam program Bual Bicara Harakah sesi ke-6 hari ini,
Nasrudin berkata, isu pindaan RUU355 ini adalah titik perubahan untuk
umat Islam bangkit tanpa mencurigai antara satu sama lain.
Katanya, pindaan ini menjadi tanggungjawab bersama dan perlu bantu membantu bagi memperkasakan RUU ini.
"Kita tidak mampu nak buat semua tetapi kita ada kaedah. Perkara tidak mampu jangan buat semua," katanya di My Harakah Bazaar.
Justeru katanya, di dalam pindaan ini semua pihak tidak perlu
gopoh-gapah dan perlu melalui proses yang sewajarnya untuk memperbaiki
kelemahan.
"Jangan gopoh, seumpama kita berjalan di atas lantai yang licin
barulah kita selamat.
Kita bimbang akan tergelincir. Banyak proses buat
keputusan yang perlu dihormati dan dicermati, kerana kesempurnaan perlu
lalui proses yang cermat," katanya.
Program Bual Bicara Pasca Himpunan 355 Syariah Diperkasa Rakyat
Sejahtera turut membarisi dua lagi lagi ahli panel iaitu Timbalan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan
mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim manakala
moderatornya adalah Pengarah Komunikasi Korporat PAS Roslan Shahir Mohd
Shahir. – HARAKAHDAILY 9/3/2017
.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....
No comments:
Post a Comment