Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, October 07, 2017

PAS bantu mangsa roboh rumah di Subang


MANGSA roboh rumah di Subang kini tinggal sementara di sebuah inap desa hasil bantuan PAS Kawasan Subang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Datuk Iskandar Samad berkata, Kerajaan Negeri telah menyediakan rumah di PPR Seksyen 8 Kota Damansara bagi kedua-dua bekas pegawai masjid berkenaan.

Ia diuruskan oleh Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd dan kerja-kerja pemindahan diuruskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Mereka tak perlu bayar sewa dalam tempoh 6 bulan dan mereka boleh masuk dalam masa terdekat." Kata Datuk Iskandar.

Datuk Iskandar A Samad ialah Ketua Pengarah Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia PAS Pusat (Khidmat Malaysia). Saya bekerja bersama Datuk Iskandar sebagai Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia.

Kerja kami menangani apa saja insiden bencana yang berlaku dalam negara sama ada banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran dam sebagainya. Kami di Khidmat Malaysia berjiwa penyelamat dan bukannya tukang roboh. Yang runtuh kami bina dan yang rosak kami baiki. Yang terperangkap bencana kami bantu dan yang memerlukan kami santuni.

Inilah Khidmat Malaysia dan inilah bakti kami kepada negara. Lantaran itu, cubaan memburukkan imej Datuk Iskandar sebagai seorang pimpinan PAS dalam isu perobohan rumah di Subang adalah tak berasas sama sekali.

DR AZMAN IBRAHIM

AJK PAS Pusat
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
6 Oktober 2017


.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily