Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Sunday, January 18, 2009

“Character Assassination” senjata makan tuan

Oleh Mummy Rokiah

Kekalahan Wan Farid di dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu tidak dapat dinafikan hasil dari gambar beliau berkaroake bersama keluarga yang telah di “positioned” kan seolah-olah Wan Farid kaki "enjoy". Gambar ini tersebar luas sebaik sahaja apabila nama Wan Farid diumumkan sebagai calun. Melalui rangkian cyber hari ini sebaran ini begitu cepat dan meluas khususnya sasaran kepada pengundi luar yang sibuk bekerja di luar Terangganu. Gambar ini lebih menyakinkan lagi apabila diperkuatkan dengan kenyataan sikap Wan Farid yang sombong dan tidak mesra rakyat seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir. Sebab itu jika dilihat peratus pengundi luar yang balik mengundi menurun begitu mendadak.

Apabila isu ini tersebar, jentera UMNO dan Wan Farid sendiri lambat menghidunya dan penjelasan perkara yang sebenar juga terlalu lewat. UMNO "take it easy".


Sebenarnya strategi “character assassination” (CA) ini telah berjaya diamalkan di dalam pilihanraya 1986. Ketika itu BN di bawah Tun Mahathir menghadapi tentangan hebat dari Tengku Razaleigh Hamzah dari Semangat 46. Ini ekoran dari perbalahan yang teruk di dalam UMNO sendiri sehingga UMNO diisytiharkan pertubuhan haram. Kekuatan BN telah lumpuh apabila PBS dari Sabah mengistiharkan keluar dari BN. Sehinggalah tersebarnya gambar Tengku Razaleigh Hamzah memakai tengkolok berlambang salib.

Propanganda ini telah dilakukan oleh Utusan Malaysia di bawah Zainudin Maidin pada ketika itu. Gambar-gambar ini disebar meluas di seluruh mesjid-mesjid dan akhbar Utusan Malaysia. (sumber - rujuk http://cari.com.my/viewhead.php?tid=370708 – “Aku masih ingat lagi, masa tu masih bersekolah tengok terpampang gambar besar Ku Li pakai salib atas kepalanya. Utusan Malaysia menulis betapa kesalnya orang Melayu kerana Ku Li menjadi ejen Kristian. Digambarkan seolah2 Ku Li sudah masuk Kristian. Utusan semasa itu dipegang oleh Zainuddin Maidin. Dia tahu kelemahan orang melayu ialah agama & adat resam. Walaupun ramai orang melayu tonggang arak tapi bab-bab lambang salib nih orang melayu cukup sensitif.” ) Strategi ini berjaya memulihkan kembali kekuatan Mahathir dan BN.

Strategi ini ternyata senjata makan tuan, apabila gambar-gambar Najib dikaitkan bersama wanita Mongolia dan dahulu gambar-gambar Mahathir juga di “fabricate” untuk membunuh watak mereka.

Hari ini apa yang berlaku adalah “duplication” dari apa yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Cumanya jika dahulu diperalatkan media-media massa yang di bawah kawalan mereka yang berkuasa tetapi sekarang dilakukan melalui jentera-jentera cyber yang diluar kawalan dan lebih bebas. Media kerajaan seperti RTM menghadapi kejatuhan rating kerana pengstrukturan baru yang memeningkan akibatnya apa-apa juga mesej dari RTM tidak sampai.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Pengunduran Pak Lah: Siapa ‘dalang’?

Oleh Wasilah

KUALA LUMPUR: Tempoh enam bulan yang mendatang tentunya menjanjikan sesuatu yang menimbulkan lebih tanda tanya berkenaan masa depan politik negara.

Pengunduran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan menamakan Timbalannya sebagai penganti beliau dilihat sebagai sesuatu yang tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan parti itu sendiri- demikian jelas bekas pemimpin kanan parti Melayu itu Tengku Razaleigh Hamzah.

Tetapi itu semua adalah tradisi Umno dan selaku parti Melayu tentunya Umno akan tetap beriman dengan tradisi ini.


Bagaimanapun pengunduran awal penuh dramatik Pak Lah ini dari tarikh yang dipersetujui bersama mengundang pelbagai spekulasi. Dan persoalan yang kerap dibincangkan pada peringkat akar-umbi politik di Malaysia dewasa ini ialah terarah kepada siapakah ‘Dalang’ yang mencaturkan semua ini.

Soal kelantangan Tan Sri Muhyiddin Yasin sejak pulang dari memujuk Tun Mahathir agar kembali kepada Umno dan peranananya membentes Pak Lah secara terbuka di dalam dan khabarnya antara yang paling berani semasa mesyuarat Majlis Tertinggi mengundang wujudnya teori konspirasi baharu.

Manakala Najib selaku orang nombor dua parti seperti biasa hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak terlibat dalam kumpulan yang mendesak Abdullah agar berundur.

Watak diam Najib ini sememangnya telah menjadi tradisi beliau apabila berhadapan dengan sesuatu kemelut yang melibatkan kepentingan peribadinya. Muhyiddin pula biarpun dicanang pada peringkat akar-umbi sebagai calon yang paling gantang bagi mengantikan Pak Lah tiba-tiba mengundur ke belakang dengan menyatakan taat setianya untuk menjadi regu kepada anak Bapa Pembangunan Malaysia itu.

Bagaimana Muhyiddin yang telah pergi merayu kepada Tun Mahathir boleh memilih untuk setia kepada Najib sedangkan Tun sendiri sudah menyatakan hilang keyakinan kepada Najib.

Pendapat Tun ini bukan calang-calang pandangan, ia aadalah tokoh negarawan yang menjadi aset penting negara selama 22 tahun.

Dalam satu situasi Mahathir kelihatan lebih memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh yang sepatutnya bergandingan dengan Muhyiddin. Tetapi nasib malang sekali lagi menimpa Putera Raja dari Kelantan itu. Apabila tiba waktu pencalonan sehingga berita ini ditulis beliau masih gagal mendapat sebarang pencalonan.

Lebih mengejutkan lagi bilamana penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar dalam Blognya mendedahkan bagaimana Mahathir sebenarnya masih lagi tidak selesa dengan watak Tengku Razaleigh dalam Umno. Sikap Mahathir ini semakin menyakinkan khalayak siapa sebenarnya yang mahu disokong oleh beliau bagi mengantikan Abdullah yang sering dikritiknya itu.

Khabar dari kem Abdullah sendiri tidak kurang hebatnya. Bagi mereka Abdullah sebenarnya masih bernafsu untuk bertempur biarpun pada satu peringkat beliau begitu kecewa dengan sikap sebahagian ahli Majlis Tertinggi yang menikamnya dari belakang berkenaan peralihan kuasa yang dipersetujui bersama.

Keyakinan dari kem Abdullah ini untuk bertempur semakin menyerlah berlandaskan kepada perkembangan terkini yang berlaku serta melibatkan imej Najib selaku pengantinya.

Pendedahan maklumat berkenaan sisitem khidmat pesanan ringkas(SMS) Najib dan peguam terkenal Datuk Shafee juga mengundang persoalan. Begitu mudahnya memperolehi maklumat sulit berhubungan orang nombor dua negara.

Begitu juga persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen lebih terarah kepada Najib yang ditabalkan selaku Menteri Kewangan 1.

Kembali didendangkan ialah komisyen pembelian kapal selam serta yang terkini berkenaan urusan meragukan pembelian helikopter yang mengantikan Nuri turut bergema di Dewan Rakyat.

Semua ini jangka bagi membangkitkan imej buruk Najib di mata rakyat serta menggagalkan perjalanannya menuju ke Putrajaya.

Berbaki enam bulan lagi Pak Lah semakin bertekad untuk melakukan sesuatu yang bermakna kepada negara ini. Pengumuman penubuhan tiga suruhanjaya adalah landasan terbaik untuk memulihkan imej beliau dalam sejarah negara ini pada masa hadapan.

Tindakan sesetengah pihak yang mencanangkan Abdullah selaku ‘Bapa Pendemokrasian Malaysia’ bukanlah sesuatu yang perlu dipandang sinis. Bersandarkan kepada fakta dan realiti mungkin timbul sedikit kebenaran terhadap pengiktirafan itu.

Jika propaganda ini diterima rakyat, ternyata Abdullah adalah pemenangnya. Maka apabila genap enam bulan tarikh pengunduranya, beliau boleh sahaja menarik balik ataupun menganjak kebelakang sedikit berkenaan pengundurannya.

Lazimnya ia bukan sesuatu yang luarbiasa tetapi Mahathir pernah menangguhkan pengundurannya dan secara tradisinya akar-umbi Umno akan kembali patuh kepada Presiden yang telah kembali mendakap kuasa.

Rakyat menghukum BN, sekali lagi

Oleh Zilkifli Nordin

Alhamdulillah, calun PAS, Hj Abdul Wahid Endut telah memenangi piliharaya kecil Kuala Terengganu P.36 dengan undi 32883, manakala calun BN memperolehi 32252 undi. Rakyat berbilang kaum sekali lagi menghukum BN dengan menolak calon yang bertanding. Mesej yang disampaikan oleh rakyat kali ini jelas walaupun BN telah menyalahgunakan jentera kerajaan termasuk PDRM dengan hasrat menakut-nakutkan pengundi.

Mereka membuat tipu-daya, dan Allah juga membuat tipu daya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.


Allahuakbar,
Allahuakbar,
Allahuakbar!

Kuala Terengganu - Menuju al Aqsa

Oleh Nik Abdol Nik Abdul Aziz

Salam Kamunting,

Saya perasan nombor plat kereta Honda Elysion saya semasa tiba di Kuala Terengganu pada hari penamaan calon 6 Januari lepas. PAS 17. Saya lantas tunjuk ’eksen’ pada rakan - rakan, ” 17 Januari ini milik PAS, insya Allah.” Ego saya dengan cerianya disambut ramai - ramai dengan ulangan ucapan, “insya Allah.” Rasanya ada yang bertakbir, Allahu akbar.

Allah berfirman, ” Tiadalah kemenangan kecuali daripada sisiNya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Allahu akbar waliLlahil hamd. PAS diisytiharkan menang dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu pada hari ini 17 Januari 2009 dengan majoriti agak selesa.


Kemenangan adalah kemanisan segera beriman kepada Allah di dunia ini. Ia membenarkan janji Allah yang telah benar semenjak azalinya di hadapan mata makhluknya di dunia ini sebelum akhiratNya. Ia menambah iman dan menjirus kesejukan di dada setiap mukmin yang berjuang di jalanNya.

” Perangilah mereka habis - habisan, pasti Allah mengenakan azabNya terhadap mereka dengan tangan - tangan kamu dan menghinakan mereka, lalu Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan mengubati dada kaum yang beriman dan menghilangkan kemarahan di hati mereka ( terhadap kejahatan musuh Allah ) dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia kehendaki. Allahlah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” - at Taubah: 14-15.

( Ayat ini diturunkan kepada kaum musyrikin yang menentang Allah dan rasulNya di Mekah. Tidakkah inilah apa yang dirasai kaum munafikin yang memerangi agama Allah daripada didaulatkan di negara sendiri sepanjang zaman? )

Apabila saya khabarkan kegembiraan ini kepada ayahanda sekejap tadi, dia segera berpesan, sujudlah dua rakaat dan jangan sesekali menghina UMNO yang telah kalah. Nanti musuh bingkas dengan kemarahan lalu berlaku kejam dan zalim sebagaimana biasanya.

Ya, UMNO tetap harimau liar yang tercedera.

Tahniah untuk semua pejuang PAS yang telah berjuang behabisan dan bermatian di sana. Di hadapan kamulah diriku terasa kerdil.

Tahniah untuk semua penyokong PAS yang telah turut menyumbang demi kemenangan Islam di Malaysia. PAS menambah kerusi di Parlimen dengan merampas kerusi UMNO.

Tahniah untuk seluruh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang telah mengundi PAS. Undi anda besar tagangannya di hadapan Allah nanti insya Allah. Itulah saksi berani anda menolak jahiliyah dan menerima Islam.

Saya yakin, doa kita untuk Kuala Terengganu sentiasa beriringan doa kita untuk Palestin. Itulah lunaknya mengecapi kemenangan ini.

Ayuh berhimpun di Kota Bharu 23 Januari ini. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa akan berusaha mengumpulkan RM10 ribu untuk Palestin. Untuk kamu wahai saudaraku pejuang HAMAS..

Ayuh, beralih dari medan jihad kecil di Kuala Terengganu kepada medan jihad yang lebih besar yang bersimbah darah di bumi Palestin. Allah menghancurkan kamu wahai Yahudi laknatuLlah..

Bersama titipkan tahniah anda untuk kemenangan di Kuala Terengganu di ruang komentar.



Pengundi Masih Marah Kepada BN ?

Oleh A Kadir Jasin

PADA hari Jumaat, 16 Januari, akhbar arus perdana Berita Harian menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata : “Barisan Upbeat, Pas Edgy” (Barisan Yakin, Pas Gementar).


BH menokok tambah dengan menyiarkan temu ramah dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak di mana Timbalan Presiden Umno itu menyangkal persamaan antara Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Utusan Malaysia memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi” dan semalam (17 Januari) menyiarkan tajuk ringkas “Siapa Pilihan Pengundi?”

Ternyata sekali BH dan NST membuat ramalan yang songsang sama ada kerana maklumat dan perisikannya tidak tepat atau kerana mahu menjaga hati pihak-pihak tertentu.

Seperti umum sudah maklum BN gagal mempertahankan Kuala Terengganu malah telah kalah dengan teruk.

Calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan 2,631 undi. Dia memperoleh 30,252 undi berbanding Abdul Wahid yang memperoleh 32,883 undi.

Pengundi Kuala Terengganu nampaknya tidak termakan janji melangit yang dibuat oleh Umno dan BN malahan ahli dan penyokong Umno sendiri nampaknya masih marah dan menyimpan dendam terhadap kepemimpinan parti mereka.

Kekalahan ini pastinyalah memberi kesan yang besar kepada BN dan Umno, khasnya kepada Mohd Najib yang menjadi kepala perang Umno dan BN walaupun beliau berkata kekalahan itu tidak bermakna pengundi menolak BN dan memberi undi tidak percaya kepadanya.

Kekalahan ini sedikit sebanyak membayangkan yang pengundi Kuala Terengganu belum bersedia untuk memberi “endorsement” kepada beliau atau kepada proses pemulihan Umno dan BN yang diuar-uarkan itu.

Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu.

Ini tentunya akan menyukarkan lagi kedudukan Mohd Najib apabila beliau mengambil alih pemerintahan negara Mac ini.

Tetapi seandainya beliau faham sentimen pengundi dan bersedia membuat perubahan yang drastik ke atas Umno, BN dan kerajaan selepas mengambil alih pemerintahan beliau mungkin dapat meredakan kemarahan pengundi khasnya dan rakyat jelata amnya.

Kekalahan di Kuala Terengganu adalah sumpahan dan bala yang sangat besar kepada Umno dan BN kerana ia adalah kerusi BN dan terletak di dalam negeri yang memberi sokongan yang sangat kuat kepada BN pada pilihan raya umum Mac lalu.

Gagal menakluki semula Permatang Pauh Ogos lalu tidak teruk kerana ia kubu Anwar Ibrahim dan terletak di dalam negeri yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.

Sekiranya Umno dan BN gagal memahami sebab musabab kekalahannya di Kuala Terengganu dan mengambil tindakan mengatasi kesilapannya, tragedi yang sama akan menimpanya pada pilihan raya kecil yang lain dan, yang lebih mendesak, pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil.

Nyata andaian umum mengenai ketidaksuaian calon BN tetap apabila dia bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu sebaliknya kalah dengan teruk.

Janji pembangunan, penaburan wang dan kempen yang keterlaluan menyebabkan ramai pemilih berasa jijik. Begitu juga dengan peranan media massa arus perdana yang tidak berpijak kepada realiti apabila membuat laporan dan analisis menyokong Umno dan BN.

Boleh jadi juga pengundi masih belum puas hati dengan perubahan yang berlaku di Umno dan BN maka mereka terus menghukum Umno dan BN walaupun Abdullah sudah berjanji akan mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan kepada Mohd Najib Mac ini.

Mungkin juga kaedah kempen “carpet bombing” oleh Umno dan BN, dan pergantungannya kepada jentera kerajaan, media massa arus perdana dan orang luar tidak lagi berkesan malah memualkan pemilih.

Kemenangan calon Pas membuktikan yang parti itu serta rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyatnya semakin kuat dan diyakini walaupun wujud perbezaan yang besar antara Pas dan DAP.

Apa pun, semua pihak wajib menerima pilihan yang dibuat oleh pengundi Kuala Terengganu itu.

To recap,

1. Umno and BN are not getting stronger, not yet;

2. The voters are yet to be fully convinced that they have changed;

3. Wan Ahmad Farid being the PM’s political secretary and is linked to Khairy Jamaluddin and 4th Floor was the wrong choice as a candidate;

4. Umno must be brave enough to acknowledge that Abdullah, Khairy, the 4th Floor Boys and some segments of the mainstream media are a liability during the by-election;

5. Mohd Najib is yet to sharpen his skills and be totally accepted as the anointed successor to Abdullah. He has own baggage that he needs to unload;

6. To make thing worse for Umno and the BN, Pas had successfully put up a much better candidate;

7. Umno and the BN have not changed their campaign tactics and styles. It's still the carpet bombing method;

8. The people are put off by the huge police presence and the presence of so many unfamiliar outside campaigners who are unfamiliar with KT;

9. The voters were put off by candidates of the Umno election this March using KT to “canvass” for votes or merely to show their faces to the party bosses;

10. Mixing local, national and international issues (Gaza) confused the voters;

11. Attempt to exploit the Hudud Law to pin down Pas and to stir up squabbles among PR parties backfired or had not affected the oppositions much;

12. The voters are getting more mature. They are not as easily spooked, intimidated and bribed;

13. They know now that the development money is their own money and are, therefore, entitled to it;

14. Mohd Najib, by not accepting defeat with humility, suggests the general arrogance of Umno and BN leaders and their inability to accept the fact that Umno and BN are no longer supreme;

15. Change or Umno and the BN will suffer further humiliation in the coming months and years, starting with the Sawarak state election;

16. For Umno, starts by firing those non-performing staff at its headquarters, remove those state liaison chiefs whose states fell to the opposition parties in the last general elections and not elect them to the Supreme Council in the March party election;

17. Come down from the high chairs. Stop from being treated like Kings, Lords and Masters. Sit on the plastic chairs with the rakyat and the voters. You are Wakil Rakyat. You are elected by them. You are not their Lords and Masters. They are, in fact, your Masters; and

18. They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen.

Thank you and God bless.



Menang Sorak keliling Bandar

Oleh Dunia Tiger

Ramai yang bertanya kepada saya mengapa BN kalah.

Ramai juga yang memberikan faktor menyumbang kepada kekalahan BN khasnya UMNO.

Bagi saya, mereka mempunyai jawapan tersendiri. Jawapan itu bergantung di tahap mana kedudukan mereka sama ada sebagai petugas parti, pemerhati, pengkaji dan penganalisis politik, mereka yang cari makan, pelobi politik, pencacai, pemimpin tulen ataupun "pengarah" kempen tidak rasmi.


Oleh itu tidak hairanlah alasan seperti berikut diutarakan:

1. Penyokong BN tidak keluar mengundi.
2. Jentera parti tidak bergerak berbanding lawan.
3. Faktor calon berbanding calon lawan.
4. Penolakan penduduk Terengganu kepada projek besar.
5. Kemelut ekonomi yang memberi tempias kepada negara.
6. Kemelut politik dalaman UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
7. Kekecewaan penyokong arwah Dato' Razali Ismail - beliau diketepikan. Tidak terpilih menjadi G7. Betul ke?
8. Ada pemimpin yang datang ke KT tetapi sebagai pelawat. Ada juga yang bermain golf di Ibai Golf Kelab. Salah ke? Mungkin ketika waktu berehat kot.
9. Ada pemimpin yang hisap cigar di lobi hotel seolah-olah tidak memperdulikan orang yang lalu lalang di lobi hotel. Salah ke?. Berlagak ke? Saya pun hisap cigar. Tetapi yang dibeli pada harga murah di Langkawi. Itupun isteri tolong beli. Ada orang kata saya hisap curut. Curut pun curutlah. Itu yang sesuai dihisap selain gudang garam.
10. Ceramah lawan yang menambat hati.
11. Propaganda lawan yang menjadi.
12. Sikap penduduk KT semula jadi yang suka bertukar-tukar dalam pemilihan parti.
13. Faktor lain?

Posting Asal - N90 - 9.23 pagi (lapangan terbang sultan mahmud)

Tahniah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sesungguhnya itulah pilihan pengundi KT yang mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

Malam tadi mereka bersorak keliling bandar merayakan kemenangan calon kesayangan.

Tahu ke apa yang disorakkan?


Apakah implikasi KT terhadap Najib dan Umno?

Oleh Roslan SMS

Menang dalam satu-satu pilihan raya kecil bagi parti pembangkang bukanlah suatu tugas yang mudah malah kadangkala ia hampir mustahil. Bayangkan keseluruhan jentera kekuatan parti pemerintah yang tidak pernah bertanding mengikut peraturan itu, akan ditalakan ke arah jentera pembangkang yang kecil dan serba kekurangan. Seingat saya kali terakhir PAS menang dalam pilihan raya kecil Parlimen adalah pada tahun 1998 apabila Ustaz Hashim Jasin menang di parlimen Arau mengalahkan Ismail Kassim.

Tetapi dalam politik tiada yang mustahil.

Cuma apabila Umno/BN kalah dalam pilihan raya kecil terutama apabila berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu PAS, sudah barang tentu di sana ada suatu kesilapan dan kesalahan besar yang telah ia lakukan. Apakah faktornya di Kuala Terengganus ehingga Umno tewas dalam kerusi miliknya?

Jentera BN diketua baka Presidennya Najib Tun Razak, walaupun calonnya Wan Farid, tetapi Najib dilihat sebagai teraju BN di KT. Apa yang tidak Najib katakana terhadap PAS di KT, apa yang tidak Najib janjikan kepada para pengduni di KT, hakikatnya yang bertanding dan bertempur adalah Najib lawan PAS bukannya Wan Farid lawan Wahid.

Oleh itu apabila BN kalah, siapakaha lagi yang paling wajar dipersalahkan jika tidak Najib, selain Wan Farid, jentera BN dan faktor-faktor lain.

Kata Najib kekalahannya di KT tidak bermakna sokongan terhadap pembangkang (PAS dan PKR) meningkat. Kata Najib lagi keputusan KT ini tiada impak terhadap lanskap politik negara. Betulkah begitu?

Bukankah kemenangan PAS ini menandakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat meningkat kerana KT ini dulunya kerusi Umno tetapi dimenangi PAS? Jika tidak meningkat sudah pasti yang menang Umno bukan PAS! Benarkah kemenangan di KT ini tiada impak terhadap lanskap politik negara atau ia nanti akan melihat suatu perubahan besar dan menggemparkan berlaku?!

Bagi saya kemenangan di KT ini adalah satu isyarat kemerosotan dan tidak mustahil dengan izin Allah swt “signal” kejatuhan BN dan Umno. Jika PRU ke 12 lalu adalah tsunami politik terhadap BN apabila hilang majoriti duapertiga di Dewan Rakyat dan hilang kuasa di 5 buah negeri, kemenangan berganda di Permatang Pauh dan kini KT bagi Pakatan Rakyat adalah manifestasi kesediaan rakyat untuk menerima perubahan, dan apakah lagi perubahan paling besar dalam negara selain kesediaan untuk melihat BNdan Umno digantikan oleh satu gagasan politik baru di Malaysia!

Bagi saya itulah terjemahan yang sebenar terhadap sikap para pengundi dan rakyat yang ditunjukkan di Peramatang Pauh dan kini KT. Oleh itu bagi rakan-rakan khasnya dalam Umno, inilah masa yang paling sesuai bagi anda semua untuk melakukan muhasabah dan memikirkan semasak-masaknya. Najib bakal dinobatkan sebagai Presiden Umno dan PM pada bulan Mac ini, dalam erti kata lain Jeneral baru yang akan mengetaui bala tentera BN dan Umno, tetapi dalam dua peperangan kecil berturut-turut beliau tewas, bukan pada kadar atau skala kecil tetapi tewas teruk! Yakinkah anda yang beliau nanti mampu memimpin Umno dan BN?

Pemimpin diukur dari segi rekdo kini rekod Najib dalam dua pilihan raya kecil berturut-turut boleh ditontoni rakyat. Tidakkah ini mencerminkan masa depan yang kabur dan mungkin gelap bagi Umno? Rakyat mahukan perubahan dan ia ditegaskan tanpa segan-silu dan takut di Permatang Pauh dan kini di KT. Lalu tunggu apa lagi. Perjuangan untuk membela bangsa, agama dan negara harus diteruskan, tetapi bukan melalui bahtera yang nakhoda dan kapalnya sudah “kluk klek” dan hampir karam.

Demi bangsa, agama dan negara ayuhlah kita bersatu di bawah nakhidan dan bahtera yang semakin disenangi dan diterima rakyat. Pakatan Rakyat meniti dibibir dan hati sanubari rakyat jelata kini. Keluarlah barisan masuk bulatan, kami sedia meneriam anda semua. Biarkan Najib dan rakan-rakan tinggal dan karam sebagai bahan bahan dalam lipatan sejarah.



Facebook Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Selatan Online

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer