Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, May 04, 2013

Cakap-cakap Pasal Banner, Poster, Bendera dan Kempen



Banner protes Calon UMNO di Kok Lanas yang memang tak pernah ada di Kelantan, balik pun jarang. Tapi masih jadi calon BN.
 

Tak putus asa, Pasang Semula!! Tahniah PAS Terengganu



SPR termasuk MPK (Majlis Perbandaran Kemaman telah menurunkan banner PAS. Sila baca di sini. Tapi PAS Cukai tidak putus asa untuk pasang semula. Mesti 'bengang' punya MPK.

Sekarang ini pemuda kita pasang semula banner UFO di Depan bomba Taman Chukai Utama. Kita nak tengok kejahatan Umno Barisan Nasional hari ini berapa jam banner ini boleh bertahan! Polis pon kelihatan menunggu termasuk SB yang memantau daripada jauh.

Jika PR Menang, Bukan Melayu Akan Jadi PM & Kristian Jadi Agama Rasmi?



*Kursus Jenazah Terakhir* [Kuliah Jemputan] UAI 61]
Dataran Padang Bukit Katil, Melaka
21 April 2013

Walaupun Buat Kenduri, Tak Ada Orang datang Ceramah UMNO!!!


UMNO Selayang Buat Kenduri Rakyat. Bukan sebarang kenduri, Kenduri RAKYAT 1 MALAYSIA. Nak kempen rakyat untuk sokong UMNO @ BN. Tapi malangnya tak ada yang sudi datang nak makan!!
 

Blog Pro BN buat Cerita Mitos Tun Mahathir.. Maybe Dongeng Rakyat kot!


Saat akhir ini, banyak sangat cerita-cerita fantasi akan dipaparkan untuk menunjukkan kehebatan seseorang. Sebentar tadi terbaca satu dan banyak di 'paste' di facebook, kononnya Tun Mahathir di tembak di Bosnia demi menyelamat umat Islam di sana.

Yang aku hairan bin ajaib kenapa gambar Arafat dipaparkan. Bengong betul blogger UMNO, tak boleh nak bezakan antara Palestine dengan Bosnia Herzegovina.

TV3 Kantoi Lagi!!! Suruh Rakyat Kelantan Lawan UMNO!



Semalam TV3 menyiarkan dalam bar 'news'nya supaya rakyat Kelantan berjihad melawan pembangkang di Kelantan. Bangang punya Ketua Pengarah, pembangkang di Kelantan adalah UMNO!!

Samada Bangang atau memang sengaja nak perkena Najib serta Muyhidin. Nanti ada yang kena tunjuk sebab kerana buat kerja bangang.

Bangla mari, IC Biru mari, Duit mari, Undi mari


Rakyat Bangladesh yang datang untuk mengundi.
Diberi IC membolehkan mereka dapat mengundi.
Diberi wang sebanyak RM1000 seorang.
"Cap Dacing" menjadi pilihan dihati.

PRU13: Dari Perlis Hingga Ke Sabah Rakyat Tak Sabar Nak Tolak UMNO/BN

Oleh: Tok Janggut

“Encik, orang ini bukan rakyat Malaysia, tapi dia nak mengundi”. Adu seorang petugas SAMM kepada SPR atau Polis yang bertugas di tempat mengundi esok. “Tak apa, dia ada IC biru dan di daftar sebagai pengundi, jadi biar dia mengundi, jawap pegawai SPR atau Polis. “Apakah encik sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk jual dan gadai maruah negara kita ke? Yang bagi IC dan daftar pengundi ini kerja Mahathir dan UMNO untuk gadai negara kita dan hak kita.” Bantah petugas SAMM itu lagi. Pegawai SPR dan Polis itu diam, mungkin mereka berdua berfikir akan kebenaran kata-kata petugas SAMM itu yangmana kerja terkutuk dan keji UMNO ini akan mengancam keselamatan, hak dan kedaulatan anak cucu mereka dikemudian hari kelak dan mereka berdua juga termasuk bersubahat dengan UMNO.

UMNO Terengganu ceramah kepada kerusi!



Tinjau kami pada saat-saat akhir siri ceramah UMNO di sekitar negeri Terengganu menunjukkan tiada sambutan. Benar satu kajian daripada Universiti Malaya (UM) bahawa Terengganu jatuh kepada Pakatan Rakyat untuk PRU 13 nanti kerana bantahan kepada UMNO secara diam.

Antara yang di sebut dalam kajian tersebut ialah kepimpinan UMNO Terengganu yang lebih mementing diri sendiri dan puak, serta perbalahan yang ketara antara faktor penyumbang kepada penolakan BN @ UMNO tereutama golongan muda dan atas pagar.

Pemimpin DAP pun tak terlepas dengan Kempen Lucah BN @ UMNO


Hari ini Calon DAP Likaz Junz Wong telah difitnah berpoya-poya dengan ramai gadis dan menyebab ada yang mengandung. Rupanya bukan sahaja PKR dan PAS terkena sebarang bahan lucah, DAP pun tak terkecuali...

Calon DAP Likas Junz Wong pada mulanya enggan mempedulikan penyebaran gambar yang diubahsuai dengan mamaparkannya sebagai kaki perempuan di kalangan pengundi muda sekitar Kota Kinabalu melalui media sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.

Saya Banyak Suka Chef ni lol


Demam IniKaliLah dan ubah merebak di serata Malaysia, tak kira tua atau muda. Tak kira apa pekerjaan. Paling cantik chef ini buat kepada tembikai....

Tahukah Anda Undi Anda Adakah Rahsia!



Cara UMNO berkempen kepada golongan miskin yang menerima bantuan dan ahli-ahli UMNO yang menerima bantuan, jika mereka mengundi Pakatan Rakyat, undi mereka diketahui dan bantuan BR1M juga akan ditarik balik selepas PRU13 nanti.

Ugutan bahawa kertas undi ada nombor siri adalah cara psikologi untuk menangkutkan mereka yang mendapat bantuan kewangan terutama ahli-ahli UMNO sendiri. UMNO menggunakan wanitanya untuk bergerak rumah ke rumah untuk proses menakutkan ahlinya daripada berpaling tadah.
 

Tawaran Pakatan Rakyat 2



Antara tawaran tersebut termasuk menurunkan harga minyak, menurunkan tarif elektrik dan air, menghapuskan tol, menghapuskan monopoli serta menurunkan harga kereta.

Laman, Akhbar, Sekarang Surat Majlis Syura PAS Palsu Pulak Dah!!!



Jika surat ini daripada Majlis Syura PAS, sepatutnya yang mengeluarkannya SU Majlis Syura bukan SU Agong PAS. Kantoi punya UMNO!!!

Langkah terdesak, surat palsu pula diedar

Tak ada harapan BN nak rampas semula Kedah!!



Ceramah Pakatan Rakyat di Kulim Kedah. Anwar Ibrahim antara penceramah utama. Nampak gaya tak ada harapan BN untuk rampas semula Kedah kerana mood rakyat kembali untuk menjahanamkan UMNO @ BN.

Flash Mob: Kempen Saraf Terakhir

Baru-baru ini terbaca dalam FB, ada seruan dari alam siber minta semua yang berminat untuk turun ke jalan-jalan utama di kawasan masing-masing, membawa sepanduk menyatakan sokongan untuk Pakatan, dalam apa yang disebut sebagai Flash Mob – sebuah term yang agak baru dlm dimensi kempen politik masa kini.

Petang semalam, kami turun ke Jln-Jln utama sekitar daerah Kulim nak join Flash Mob ini, tapi tak adalah pula orang ber-flash mob di sebelah Kulim ini. Bila talipon seorang sahabat dari Markas, dia cakap depa terlalu sibuk dengan urusan kempen dan meraih undi, tak ada masa nak pikiaq bab-bab flash mob ini. Tak apalah, dari Kedah kami terus ke Penang.




Tawaran Pakatan Rakyat



"Slogan Ubah yang dilaungkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat belum tentu bawa kebaikan untuk rakyat."

Masih Hidup Walaupun Kepala Berlubang

Lelaki ini berasal dari Sichuan dikatakan telah mengalami kemalangan yang telah meninggalkan lubang sebesar penumbuk di kepalanya.


Gambar ini diambil di Taiyuan , China di jalanan, di mana lelaki ini dilihat menggunakan kerusi roda walaupun kepalanya berlubang besar.


Flashmob Pemantau di hadapan Wisma Persekutuan


SEBAGAI tanda sokongan Pemantau Rakyat kepada profesyenalisme penjawat awam dalam suasana pilihan raya yang ada masa kini, Pemantau Rakyat sekali lagi mengadakan flashmob di hadapan Wisma Persekutuan, Kota Bharu pagi ini. (gambar atas)
 
Sokongan kepada penjawat awam ini bertujuan menunjukkan kebersamaan rakyat untuk mendokong kebebasan penjawat awam dari sebarang anasir ugutan dan pengaruh tak berpatutan dari parti-parti politik tertentu.

 

Undi Warga Asing: Barisan Nasional Gadai Masa Depan Malaysia

Angkatan Muda Keadilan Selangor begitu bimbang tentang maklumat bahawa terdapatnya kemasukkan besar-besaran pengundi asing ke Semenanjung terutamanya Selangor bagi membantu taktik kotor Barisan Nasional untuk memenangi Pilihanraya Umum ke 13 ini seperti yang didedahkan oleh Ketua Umum Keadilan , Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Keadaan ini menurut pemerhatian AMK Selangor, telah mewujudkan rasa bimbang dan syak wasangka terhadap ketelusan sebenar SPR dan apakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Imigresen , PDRM dan Pejabat Perdana Menteri sendiri dalam konspirasi jahat yang dilakukan semata-mata untuk menjamin kemenangan secara penipuan kepada Barisan Nasional. 

Sembang PRU: Cerita Mr Bean

Baru-baru ini dalam perjalanan pulang daripada jemputan berceramah PRU di Batu 5, Sik Kedah, saya singgah di Kg Batu Besar Sik, tak beberapa jauh dari Pondok Lanai Parit Panjang – nak pi tengok sendiri replika kapal terbang besar yang kawan-kawan duk heboh dalam FB itu.

Waktu kami sampai dah dekat jam 1.30 pagi, tapi orang masih ramai. Mengikut kata seorang pakcik kat situ, kalau siangnya penuh dengan pengunjung entah dari mana-mana. Dia kata, berdasarkan buku catatan pelawat itu, semua negeri dah sampai kecuali dari Sabah dan Serawak saja, nak habag kata memang berpusu-pusu pelawat mai dari seluruh pelusuk Malaysia.

(Bergambar kenangan di tangga menaiki pesawat – boleh tahan besar juga pesawat ini)

Panas Konspirasi Pakatan Rakyat PRU13 Goyang Terbongkar




Assalamualaikum Tok Janggut / TKOOffline,

Saya tertarik dengan artikal Pengundi Rakyat Asing: Bukti UMNO/BN Sudah Tidak percaya & Tidak Peduli Pada Rakyat Sendiri bertarikh Friday, May 03 @ 22:01:14 MYT . Satu usaha terakhir ntuk kesedaran rakyat Malaysia akan gejala warga pendatang asing sebagai pengundi.

Penyalahgunaan Kuasa Pemerintahan Penjawat Awam AADK

Tidak kira parti mana pun yang memerintah, kami warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan terus mendokong misi dan visi Jabatan selaras dengan kehendak kerajaan dan rakyat Malaysia.

AADK adalah sebuah agensi yang terlibat secara lansung dalam mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah,merawat dan memulih penagih dadah,mencegah penagihan semula serta membanteras bekalan,pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Manifesto Pakatan Rakyat Adalah Komitmen Ikhlas Kami

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan-rakan dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia berbagai agama, kaum dan etnik, untuk menjadi pengundi yang bebas dan merdeka dengan menjadikan peluang mengundi dalam PRU-13 ini sebagai saat penting dalam sejarah Malaysia.

2. Lihatlah bahawa PR menawarkan calon-calon yang lebih amanah dan berkelayakan, disamping lebih memahami penat lelah rakyat yang menjadi warganegara Malaysia yang tercinta ini.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer