Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Monday, June 17, 2013

Akhirnya berjaya pakai seluar dalam dengan betul


Setelah sekian lama Superman dikatakan tak boleh mengenakan seluar dalam dengan betul. Banyak lawak menyebut tentang perkara ini.

Seluar dalam diluar, dengan berwarna merah yang menyerlah (seluar dalam merah ini biasanya seluar dalam perempuan) diwatakkan sebagai hero Amerika. Suatu yang sangat lucu. Malah mengaibkan bagi wanita jika melihatnya.

Pengacara Rancangan Bual Bicara Primadona Enggan Sebut Nama Ustaz Azhar



Sebelum ini heboh pasal UMNO Kelantan buat patisyen mengaitkan Ustaz Azhar Idrus sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu. Sekarang pengacara dan juga pelakon terkenal Erra Fazira yang enggan menyebut nama penceramah terkemuka negara, Ustaz Azhar Idrus semasa promo pencarian rancangan terbaru Astro Oasis iaitu Pencetus Ummah.

Sunday, June 09, 2013

Ini Bukan Kisah Dogeng, PSM telah ditolak untuk bersama Pakatan Rakyat


Saifuddin Nasution menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa Pakatan Rakyat (PR) menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak.

Menurut Saifudin, keputusan tersebut telah dilakukan bersama-sama dengan ahli Majlis Tertinggi PR yang lain pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini.

Teruk Hancur Kereta Mangsa Jabatan Runtuh



Teruk juga kereta Perodua Kelisa yang terhempas dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Jenazah pemandu kereta Perodua tersebut ialah Tajudin Zainal Abidin, 45, berjaya dikeluarkan semalam.

Pimpinan PAS patut adakan Usrah Tahap Pertama


Pagi tadi Pimpinan PAS Pusat telah mengadakan USRAH. Antara yang di bincangkan berkenaan sudut al Quran ialah Surah Al-Imran: 137-142

137. Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

Saturday, June 08, 2013

Marah betul Puak Blogger UMNO kepada Ustaz Azhar!!


Marah betul blogger UMNO kepada Ustaz Azhar Idrus. Gambar di atas adalah gambar yang dipaparkan kononnya Ustaz Azhar dengan "keter" baru... (bangang juga rupanya blogger ni!!) Nasib baik dia tak tulis papagomo dengan kapal selam baru... pasal papagomo naik kapal selam!

"Mangkok yang cuba tunjuk kemewahan dunia kepada pengikut taksubnya melalui kiriman foto-foto d media maya..entah apa tujuan pun aakj tak tahu..apakah ini cara mangkok jamban ni nak naikkan level zuhud pengikutnya?

Seruan Solat Untuk Mengadap Allah



Dr. Muhammad Mursi, Presdien Mesir berhenti seketika berucap apabila masuk waktu solat dan terus melaungkan azan. Suatu perbuatan yang jarang ada kepimpinan dunia Islam buat.

Saya banyak kali mengikuti perhimpunan Agung UMNO semenjak daripada Tun Mahathir sehingga kepada Najib Razak. Ucapan Penanguhan Presiden biasanya sehingga nak maghrib.. Asar jadi ASAR GAJAH (yang ada mungkin subuh).

Siapa Kata Orang Perempuan Tak Boleh Panjat Pokok Kelapa??


Dulu jika bergaduh dengan budak perempuan, kita kata awak boleh panjat kelapa ke??  Memang panjang pokok kelapa kalau tak ada takok (tempat letak kaki) berjelir!!!

Masa naik ok, tapi kalau turun pakai lif..(lepas tangan, hanya pegang slow-slow) jawabnya nelas (tergelumpas) dada. Ini yang perempuan tak boleh buat!!!!
 

Berfikir di luar kotak dan Inovatif!



Saya terbaca satu posting di facebook oleh Admin Sabahan Fakta Menarik Dunia (SFMD). Agak menarik juga untuk dikongsikan bersama untuk tatapan pembaca blog ini yang saraf dengan polimik politik semasa..

Semasa rompakan di Guangzhou, China, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Ku Li berundur dan tidak akan bertanding pada PRU14


Mengiku berita daripada Bernama, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah menyatakan hasratnya untuk berundur dan tidak lagi menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan jawatan itu pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).


Menurutnya, keputusan itu diambil sebagaimana yang diumumkan sebelum PRU13 lalu dan menyerahkan kepada rakyat Gua Musang untuk memilih pemimpin baru selepas ini yang lebih berwibawa dan mampu memberi khidmat terbaik.

Biar betul Hairie??


Terlihat di Warta Perdana, dengan tajuk besar "Kesian Hairie: Dilupakan selepas Pakatan Rakyat Menang 3 Negeri".

Saya bersifat terbuka dan saya rasa setiap orang yang bergiat dengan politik terutama PAS seharus sedar bahawa setiap gerak geri kita akan dimanipulasi untuk memburukkan gerakan Islam dan Jamaah Islam (PAS).

Friday, June 07, 2013

Manusia pun ada yang nak jadi hodoh dan jahat


Pada logik akan tidak manusia mahu jadi hodoh dan jahat. Kalau kita tanya semua penjenayah semuanya akan mengatakan dia mahu jadi baik.

Begitu juga kalau kita tanya yang hodoh dan buruk semuanya mahu jadi cantik dan elok. Tapi sungguh aneh apa yang berlaku di Brazil dimana seorang pemuda yang asalnya seorang yang kacak (lihat gambar asalnya di tepi kanan) telah melakukan pembedahan dan pemindahan sebahagian daripada muka anjing kepada diri sendiri untuk dilihat sebagai unik dan sesuatu yang sangat luar biasa.

Komen Santai Misi Jahat Kiram


Terbaca dalam Sinar Harian temu bual wartawan Sinar Harian dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.

Datuk Pahlawan Hamza berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas  dilancarkan.

5 Orang melayu Terkaya Di Malaysia 2013


Menurut Majalah Niaga dot com 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion

Nik Abdul Nik Aziz Tak Perlu Nafi


Bagi saya ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tak perlu menafikan penglibatan dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook ‘Nik Abduh Fan Club’.

Dalam laman sosial "Nik Abduh Fan Club" tertera kenyataan ‘Pas tidak memerlukan undi daripada golongan sekularis, humanis dan sosialis daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang. Sebaliknya DAP dan PKR memerlukan undi Pas untuk menang, dan pemimpin PR diharap sedar dengan kekuatan Pas'.

Gambar-gambar Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh



Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam 5 Jun 2013.

Di bawah ini adalah gambar-gambar di tempat kejadian daripada pelbagai sumber media sosial.

Jika UMNO menyerang Penasihat kenapa PAS tidak??


Selepas PRU-13, beberapa tokoh UMNO mula menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib. Siri serangan ini adalah dikatakan bermula kerana akan ada pemilihan UMNO. Tapi serangan itu tertumpu kepada penasihat Najib dan ramai tokoh veteran meminta memecat mereka.

Serangan ini agak terbantut disebabkan tiada sokongan daripada blogger UMNO. Blogger UMNO pula dilihat semacam meneliti apa yang dikatakan oleh ketua mereka "Tun Mahathir". Berbeza di zaman Pak Lah yang mana blogger UMNO terlalu laju menyerang Pak Lah sehingga Pak Lah dilihat terlalu lemah, sedangkan Najib sebenarnya lebih lemah daripada pencapaian Pak Lah.

Siapa punya angkara untuk melagakan PAS?


Semalam saya dapat tag facebook daripada seorang teman mengenai gambar di atas dengan satu komentar "Minta tolong semua sahabat2 bhw potret dan kata2 yg dikaitkan dgn YB Hanipa Maidin adalah fitnah dan Hanipa tidak pernah mengeluarkan kata2 begitu. Skrg YB Hanipa sibuk dgn urusan petisyen pru13 dan dia minta sgt2 jgn ganggu tumpuan dia dgn keeja2 fitnah ini san saya yakin ini kerja jahat umno utk pecahkan PAS."

Saya berpendapat sebaran penafian seperti ini juga adalah "TEKNIK" untuk menyebar fitnah dengan cara berkesan. Apatah lagi sebaran ini diulas pula seperti saya mengulas ini. Perkara yang nak disampaikan makin meluas tersebar.

Fitnah menjadi mainan sesedap mulut


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dalam akhbar NST telah menulis bahawa Tuan Guru Nik ABdul Aziz Nik Mat adalah "Bapak Kafir". Tulisan yang menilai sesorang dari segi agamanya bukan perkara mainan melainkan seseorang itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

Saya teringat dulu pernah ada tulisan Said Hawa mengkafirkan Ayahtulloh Khomeini kerana ada krisis di masa itu.

Sunday, June 02, 2013

Betul ke Penguduran TG Nik Abdul Aziz adalah konspirasi?


Saya terbaca tulisan Dinsman. Saya sama dengan Dinsman rasa perkara ini suatu yang tidak benar, "biar betul" ada pimpinan Kelantan mampu buat konspirasi menjatuhkan TGNA?? Hanya saya berpendapat cerita ini adalah satu kospirasi jahat kepada kepimpinan PAS Kelantan yang telah dimanahkan sendiri oleh TGNA.

Hebat penyebar fitnah dikalangan "Jamaah PAS", mereka sanggup buat apa sahaja asalkan hajatnya boleh tercapai. Kalau difikiran secara 'mendatar' macam tak logik ada orang PAS yang solat 'tunggang tunggik' tapi suka buat fitnah.

Setelah menghilang kini nama Zulkifli Nordin muncul lagi


Entah di mana, apa dia buat saya tak pasti tapi menurut sumber yang rapat dengannya Zulkifli Nordin kurang keluar dan dilihat di tempat awam. Tapi ZulKulim ini masih aktif menulis dalam blognya. Anwar Ibrahim adalah sasaran utama setiap penulis terkini selepas "terlingkup" dalam PRU13 lalu.

Tulisan-tulisan yang banyak berfokus kepada undi popular lebih bersifat penulisan 'dendam' dan fakta yang diajukan bersifat emosi dan marahkan Anwar Ibrahim.

Tahniah Kepada Ustaz Azizan Menjadi Yang Pertama


Tahniah kepada Ustaz Azizan Abdul Razak kerana dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri. Ada 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong sahaja.

Ustaz Azizan adalah pemimpin PAS pertama, rasanya adalah pemimpin pembangkang pertama yang mendapat gelaran berkenaan.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer