Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Wednesday, May 08, 2013

Keadaan Traffik yang sesak untuk ke Stadium Kelana Jaya



Keadaan traffik yang sesak. Live traffic update. Only valid in Malaysia. This jam is due to the gathering in Stadium Kelana Jaya. 

Sebelah Pantai Timur: Himpunan Rakyat Pasca PRU13 malam ini juga penuh sesak!!



Himpunan Rakyat Pasca PRU13 di Masjid Rusila, Marang Terengganu kerana membantah keputusan Pilihan Raya ke-13 yang diselubungi penipuan.

Walaupun Hujan, Stadium Kelana Jaya Penuh...


Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan. Manakala penunggang motosikal yang melewati pemandu yang berpakaian hitam yang terperangkap dalam kesesakan di LDP, melaungkan "Ini Kalilah". Sekarang ini dijangkan 50,000 orang sudah memenuhi Stadium Kelana Jaya walaupun dalam keadaan basah kuyup!!

Keadaan Ustaz Azizan terkini stabil!! Alhamdulillah



Keadaan Ustaz Azizan Razak terkini adalah stabil. Bekas Menteri Besar Kedah, yang kini berada di Hospital Pulau Pinang. Mari kita doakan beliau cepat sembuh. "Ya Allah, berilah kesihatan kepada Ustaz Azizan Razak, permudahkanlah kepadanya. Berilah kesembuhan kepadanya agar dapat terus berjuang memartabatkan Islam di Tanah Air Malaysia tercinta ini "

Ustaz Azizan Walaupun Sakit masih Ingat Pusat Pendidikan....

Status kesihatan bekas Menteri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih stabil dan beliau menerima rawatan untuk menggerakkan kaki dan tangan sementara tekanan darahnya kembali normal di Unit Kardiologi Hospital Pulau Pinang.

Sebelum ini dilaporkan, sekitar jam 5.30 pagi tadi, keadaan beliau agak tenat tapi agak beransur normal menjelang jam 10.44 pagi tadi.

Ustaz Azizan yang dimasukkan ke hospital itu petang semalam mengalami komplikasi hipertensi, diabetes dan ginjal.

Bila PAS terima kad "Don't Give Up" daripada orang cina



Setiap kali kalah, dan memang banyak kali kalah dalam PRU saya selaku pekerja parti PAS hanya sekadar "moyok" dan kami akan dengar kata-kata pimpinan kami terutama di kalangan ulama untuk meningkatkan motivasi.

"Kita tak kalah, tapi belum memang", "Tiada istilah kalah dalam perjuangan Islam" antara kata-kata membakar semangat.

PAS Serah MB Selangor Kepada Khalid

Isu MB Selangor menjadi satu daripada isu yang hangat diperkatakan selain "Tsunami Cina". Dalam mengulas isu banyak yang tersasur dan tak kurang pula yang suka membuat tuduhan melulu. Ulama PAS menjadi mangsa, sebab lidah tak bertulang.

Saya sebelum ini ada menyebut PAS akan menyerahkan kepada Tan Sri Khalid, bila mengulas kenyataan Dr Hassan Ali (ruj. di sini). Hanya saya sebut masa di ambil 1 atau 2 minggu kerana ada beberapa perkara dibincangkan terutama posisi penting di Selangor perlu di sepakatkan di antara komponen Pakatan Rakyat. Panjang masa antara sebabnya nak wujud atau tidak jawatan Timbalan Menteri Besar misalnya...

Mahkamah Tinggi Terengganu Membatalkan Rampasan Tanah oleh JKKK UMNO - Takbir!!!!


Sebelum ini pemimpin Umno cawangan yang memimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah “merampas” tanah yang sebelum ini dimiliki oleh Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) di Kampung Kolam Mak Tagar, Jalan Santong, Paka, Dungun.

Puak JKKK UMNO ini tekah membahagikan tanah sekolah ini kepada beberapa lot dan dikongsikan antara mereka. Perbuatan jahat UMNO di kecam hebat dan perkara ini melibatkan demo dan akhir sekali masuk ke Mahkamah!!!!
 

Hari Ini Ahmad Said Buat Lawak!!



Ahmad Said dalam satu kenyataan dalam FBnya memberitahu bahawa kelewatan perlantikan Menteri Besar Terengganu adalah disebabkan PM Dato' Seri Najib sibuk dengan pelbagai urusan. Katanya lagi PM akan membuat perlantikan Menteri Besar secara berperingkat-peringkat.. (kah kah sejak bila pula ada peraturan macam ni!) jadi Terengganu kena tunggu giliran.

Terengganu macam biasa "nombor bong" (akhir sekali) ikut giliran macam PRU lalu kot!

UMNO Memang Rancang Nak Singkirkan MCA?



Prestasi MCA makin teruk pada PRU kali ini berbanding dengan sebelumnya. Dulu MCA menang 15 kerusi tetapi kali ini cuma tinggal 4 sahaja lagi. Banyak penganalisis mengatakan kekalahan MCA bukan sahaja disebabkan pengundi Cina menyokong DAP malah pengundi Melayu yang 'kor' UMNO juga berkurang memberikan kerjasasama bagi membantu MCA.

Jika sebelum ini DAP berjaya meranapkan parti Gerakan di Pulau Pinang kini mereka telah berjaya menerobos benteng kuat MCA di Johor. Kemaraan DAP dikatakan ada kaitan dengan perseketaan dalamannya dengan UMNO.

Tak Payah buat kecoh pasal Kelantan


Saya tak ambil 'endah' sangat pasal perlantikan MB baru serta barisan exconya. Pasal Husam pun saya tak pusing, hanya saya berpendapat Husam adalah calon PM bagi PAS, jika bukan Anwar Ibrahim sebab, kalau kita kenal rapat dengan "Ayah Chik" dia tak minat kepada perkara ini.

Jawapan seleroh "Jadi Nelayan" itu sebenar adalah jawapan dari hati nuraninya. Tambah pula kesihatan beliau yang tak beberapa baik sudah banyak tahun.

Najib Mesti Berundur Demi Maruahnya dan Maruah UMNO



Sebelum ini apabila Pak Lah tidak dapat mempertahankan 2/3 kerusi parlimen, Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz mendesak Pak Lah meletak jawatan. Tapi sekarang apabila pencapaian Najib yang lebih teruk daripada Pak Lah. Dua Beranak ini berdian diri dan seolah-olah mempertahankan Najib dan kelemahan Najib.

Mana maruah dan kehebatan UMNO?? Mana suara hero-hero? Mana suara blogger UMNO? Semuanya menjadi bisu, pekak dan tuli ATAU Mereka dah jadi dayus dalam politik?
 

Nasrudin ajak Saifuddin bangunkan Temerloh bersama


Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu kenyataannya dia akan bersama-sama dengan semua orang akan membangunkan Temerloh. Dalam usaha ini Ustaz Nasruddin akan membentuk satu Majlis Panel Perunding.

Bila ditanya apa yang akan diuasakan dalam panel tersebut. Beliau menjawab majlis panel itu akan menumpukan kepada kebajikan, bertepatan dengan manifesto Pakatan Rakyat. Majlis Panel ini akan bertemakan "Temerloh Daerah Berkebajikan" tambah beliau.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer