Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, January 17, 2009

Takbir PAS/Pakatan rakyat menang majoriti 2,631 undi

Oleh SP

Keputusan terakhir PAS 32,883 undi manakala BN 30,252 undi dan Bebas 193 undi serta hilang wang pertaruhan (tak boleh bantu fakir miskinlah...)

keluar mengundi ialah 79.73 peratus iaitu 63,967 daripada 80,229 pengundi yang berdaftar.

Pilihan ke-12 sebelum ini Haji Razali memperoleh 32,562 undi, manakala Haji Mohamad Sabu 31,934 undi dan Maimun 685 undi.

* Berkat Istikarah Tuan Guru, keputusan ulama, Solat Hajat kaum muslimin, doa mereka yang dizalimi usaha gigih Pakatan Rakyat pelbagai kaum adalah intisari kemenangan.

Esok saya berpuasa menyatakan kesyukuran kepada Ilahi...
Rehat dulu...

3 Peti Undi Lagi - PAS mendahului dengan majoriti 2,544

Oleh SP

Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut dipercayai kini telah mempunyai undi yang selesa untuk menang kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Penjumlahan undi di Stadium Negeri di sini, menunjukkan calon PAS memperolehi 32,225 undi manakala calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memperoleh 29,681 undi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 190 undi.

Perkembangan terbaru itu adalah berdasarkan pengiraan 141 daripada 144 peti undi yang selesai dikira setakat ini.








PAS masih mendahului 1,751 undi - 9.00pm

Oleh SP

Maklumat akhir kami setakat 9.00pm, PAS memperolehi 28,249 undi manakala BN pula 26,498 undi dan calon bebas 160 undi. Ada kira-kira 9,000 undi masih belum kira daripada 44 peti undi yang masih belum dibuka/kira. Setakat ini 100 peti undi telah dikira.

Maklumat yang kami terima 44 peti undi yang masih belum dikira adalah peti undi kawasan kubu PAS. - Takbir!!!



Ada 10k belum kira: Pas Mendahului 1,985 undi

Oleh SP

Maklumat Bilik IT pukul 8.45pm menyatakan secara tidak rasmi PAS memperolehi 27,488
manakala BN pula memperolehi 25,503 undi. PAS secara tidak rasmi mendahuli dengan kelebihi 1,985 undi.

Takbir!! Masih ada kira-kira 10,000 undi masih belum dikira. Harap bersabar.



Najib tidak akan hadir di tempat pengumuman

Oleh SP
Menurut sumber rapat dengan UMNO, Dato' Seri Najib telah menerima taklimat daripada SU Jentera Pilihan Raya BN dan telah membuat keputusan untuk berangkat pulang dan tidak akan hadir semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang dijangka akan diumumkan kira-kira pukul 10.30 malam nanti.

BN Telah meramalkan akan kalah dengan majoriti 3,200 undi.
** Ada yang bertanya nanti, kenapa gambar kemalangan. Jawab aku itulah hati Najib, remuk.....

Keputusan Tak rasmi Daripada Bilik IT Kami

Oleh SP

Kami terima 3 keputusan (pasal banyak kali kira). Keputusan tak rasmi ialah yang terakhir setelah hampir 85% peti undi ialah:-

PAS = 25,588
BN = 23,533
PAS menang dengan majoriti 2,055 undi.

Sebentar tadi SMS PAS mendahului 2,072 undi
PAS ketika ini mendapat 23,956 undi berbanding BN - 21,884 undi. Manakala calon Bebas - 138 undi. Jumlah majoriti yang dimenangi PAS - 2072 undi.

Jumlah undi yang dikira setakat ini 41.42 peratus.

Manakala undi pos, PAS hanya meraihkan undi sebanyak 86 undi, dan BN - 1039 undi. Dan Bebas hanya mendapat satu undi.

Maklumat tidak rasmi itu dikeluarkan di Markaz Besar PAS di Kuala Ibai.




Undi POS membuatkan BN Menang Tipis

Oleh SP

BN setakat ini memperolehi 15,385 undi dan PAS mendapat 15,189 undi setelah dikira undi POS. Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 92 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan kira-kira pukul 8 malam tadi.

Baru 30 ribu, undi keseluruhan ialah 63,967 daripada 80,229 kerana yang mengundi ialah 79.73%.



Keputusan Setangah Jalan: Setakat ini PAS menang tipis

Oleh SP

Pengiraan setakat sebelum maghrib, PAS mendapat 14,802 undi manakala BN 14,644 undi. PAS hanya mendahului dengan undi kecil sebanyak 158 undi.

Kedudukan terlalu sengit, 50-50. Itu ulasan dikalangan yang dihubungi.



Manakala undi POS pula, PAS hanya memeperolehi 86 undi. Semuanya dibolok oleh BN (1,039 undi) manakala 1 diperolehi calon bebas. 86 undi yang diperolehi oleh PAS dipercayai hanya datang dari pertugas pilihan raya sahaja.

70% keluar mengundi, PAS yakin menang

Oleh G. MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Hampir 70 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih Ahli Parlimen baru bagi kerusi Kuala Terengganu - kali kedua selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu merupakan pertambahan sebanyak 30 peratus sejak pukul 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, beberapa pemimpin PAS yang dihubungi berkata, mereka berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk mencapai kemenangan hari ini.

Bagaimanapun, mereka tetap bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, setakat tengah hari tadi, kira-kita 40 peratus pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

"Seramai 41.84 peratus atau 33,133 pengundi sudah mengundi setakat ini," kata Abdul Aziz yang turut menyifatkannya sebagai memuaskan.

Beliau yakin ramai yang akan keluar mengundi menjelang 5 petang ini.

Daripada 33,133 itu, seramai 1,323 mengundi antara 8 dan 9 pagi, 18,624 (antara 9 dan 10 pagi), 3,225 (antara 10 dan 11 pagi) dan 9,850 (11 pagi dan 12 tengah hari).

Kerusi ini mempunyai 80,229 pengundi tetapi hanya 79,194 orang mengundi hari ini selepas ditolak pemilih pos.

Calon Barisan Nasional (BN) dan PAS telah pun keluar mengundi seawal pukul 8 pagi. Calon Bebas bukan merupakan pengundi di sini.

"Dalam tempoh empat jam kita sudah ada 42 peratus, purata 10 peratus dalam sejam. Ada lagi lima jam lagi, jika dapat 50 peratus lagi bermakna kita boleh capai 90 peratus," kata beliau pada sidang media di Stadium Negeri di sini pukul 12.30 tengah hari tadi.

Kata beliau, bilangan pengundi yang keluar mengundi adalah tinggi di kalangan mereka yang berusia iaitu melebihi 40 tahun.

"Peratusan mereka yang keluar mengundi di Saluran Satu dan Dua iaitu orang-orang yang berumur adalah tinggi... kira-kira 50 peratus.

"Bagaimanapun peratusan orang muda (Saluran Tiga, Empat dan Lima) yang keluar mengudi masih rendah," katanya.

Saluran Tiga, Empat dan Lima dikhaskan untuk mereka berumur bawah 40 tahun.

Jelas beliau, antara pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi, hanya kira-kira 25 peratus pemilih muda yang keluar mengundi.

"Berdasarkan pengalaman lalu, golongan muda biasanya akan keluar mengundi pada sebelah petang tetapi saya berharap mereka akan keluar mengundi secepat yang boleh," katanya.

Mengenai perjalanan urusan pengundian, beliau berkata: "Saya tidak nampak apa-apa masalah."

"Dan, berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau yang sebelum itu ditemui di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang pukul 9.25 pagi tadi.

Beliau juga berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kejadian tidak diingini setakat tengah hari tadi.

"Saya melihat proses pengundian ini macam pesta... semua gembira, pekerja-pekerja pilihan raya dari semua pari nampak mesra sesama mereka," katanya lagi.

Seperti lazimnya, jalan-jalan menuju ke pusat pengundian dibanjiri peraih undi kedua-dua parti yang bertanding iaitu BN dan PAS.

Bagaimanapun peraih undi calon Bebas tidak kelihatan.

Dalam pada itu, tinjauan mStar Online mendapati cuaca di sini sehingga 1.30 tengah hari adalah cerah walaupun sebelum ini diramalkan mendung.

Sebelah petang pula diramalkan hujan.

Pengundi-pengundi mula menuju ke pusat-pusat pengundian dalam jumlah yang banyak sejak pukul 8.30 pagi tadi.

Pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi dan akan ditutup 5 petang ini.

Berbanding persekitaran hari pengundian pada 8 Mac lalu, suasana kelihatan lebih rancak pagi ini. - The Star

Kehadiran 7 trak FRU di Ladang jadi tanda tanya

Oleh Lanjusoh

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat mulai bimbang dengan kehadiran lebih ramai anggota polis simpanan persekutuan (FRU) di beberapa pusat pengundian yang disifat agak panas.

Kehadiran anggota keselamatan itu dicurigai kerana bilangan di sesetengah tempat begitu ramai sehingga ada tujuh trak iaitu di Sekolah Kebangsaan Ladang.

Manakala di tempat-tempat lain termasuk di Wakaf Mempelam, Dun Bandar dan Dun Batu Buruk juga kelihatan trak FRU.

Seorang petugas Pakatan Rakyat berkata, kehadiran bilangan anggota FRU yang begitu ramai dibimbangi memberi laluan kepada kemungkinan pengundi hantu masuk.

"Ini kerana Umno mahu peratusan keluar mengundi lebih 85 peratus bagi mempertahankan kerusi tersebut. Dan kalau tidak sampai jumlah itu peluang Umno menjadi sukar.

"Oleh itu dibimbangi kehadiran FRU boleh memberi ruang kepada kegiatan tidak sihat berlaku, bukan lagi menjadi keselamatan tempat pembuangan undi," kata seorang petugas dari Gua Musang.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar menjelaskan bilangan anggota polis yang dikerah ke sini seramai 3,500 orang. Sedangkan sebelum ini kenyataan dari Bukit Aman menyebut 6,000 orang.

Namun ramai berpendapat bilangan itu lebih ramai kalau ditengok dengan penempatan sementara yang dibina di setiap Dun. - mj_



Penyokong BN didakwa agresif di Bukit Losong

Laporan: Malaysiakini

Beberapa penyokong PAS menyuarakan rasa kesal mereka dengan tindakan pekerja BN yang didakwa mereka bersikap agresif dengan menarik tangan pengundi yang tiba untuk mengundi di Sekolah Menengan Bukit Losong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

Mereka mendakwa, sebaik sahaja pengundi keluar kereta, penyokong BN itu terus memegang tangan mereka dan menunjukkan poster calon BN ke arah muka mereka.

Seorang penyokong PAS, Hanafiah Mat memberitahu Malaysiakini kejadian berlaku sejak jam 7.45 tadi dan berlarutan hingga sekarang.

Hanafiah berkata, penyokong BN terbabit dipercayai dari Kelantan.

"Kami nampak penyokong BN Terengganu tidak berbuat demikian," tambahnya.

Menurutnya, tindak tanduk penyokong BN telah menimbul kemarahan di kalangan pengundi berkenaan, tetapi tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

"Ini kerana, ada masanya, poster calon BN yang dipegang, hampir terkena muka pengundi," katanya.

Sementara itu, calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut antara yang terawal mengundi pagi ini.

Wan Ahmad Farid merupakan pengundi pertama mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar pada jam 8.02 pagi.

Beliau ditemani isterinya, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab, yang turut mengundi di pusat yang sama.

Manakala calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut pula mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga jam 8.07 pagi.

Calon bebas Azharudin Mamat atau Adam bagaimanapun tidak mengundi di kawasan Parlimen itu kerana beliau merupakan pengundi berdaftar di Parlimen Petaling Jaya Utara.

Cuaca di sekitar Kuala Terengganu adalah baik dan pengundi dilihat sudah mula keluar ke tempat mengundi masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab.

Sebanyak 143 saluran di 36 pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 80,229 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Ali Rustam kena 'boo' di KT

Oleh Muda Mohd Noor
Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam 'diboo' oleh penyokong parti pembangkang apabila tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Ini menyebabkan beliau - yang juga ketua Menteri Melaka - tidak dapat menghampiri pintu utama pusat mengundi sekolah kebangsaan tersebut.

Mengulas mengenai kejadian itu, Mohd Ali berkata beliau kecewa dengan tindakan penyokong pembangkang yang terlalu ramai berkumpul di kawasan pusat pengundi sekolah berkenaan.

“Saya mendapat tahu mereka bukan orang tempatan. Sebaliknya adalah penyokong luar.

“Saya rasa SPR perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan jumlah penyokong parti di kawasan tempat mengundi untuk memberi keselesaan kepada orang ramai menunaikan tanggungjawab (mengundi),” katanya

“Laporan daripada petugas-petugas peti undi BN, khusunya di DUN Wakaf Mempelam, calon BN Datuk Wan Farid sedang mandahului dengan majoriti kecil.

“Semua pusat mengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu menunjukkan mereka menyokong calon BN,” katanya.


Bekerja keras

Nkuala terengganu by election 170109 polling day ipfaib ketua puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika ditemui di sekolah tersebut, berkata BN sedang mendahului.

“Ini berdasarkan kempen-kempen yang kita jalankan sejak dua minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie turut mengesahkan calon BN sedang mendahului dalam pengundi hari ini.

“Kita mendapat sokongan yang sangat positif dari semua peti undi di sini (Kuala Terengganu)

“Mereka bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN (Datuk Wan Ahmad Farid).

Sementara itu, dua pusat mengundi - Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga dan Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam - sibuk dengan orang ramai yang keluar mengundi sejak jam 8 pagi tadi.


Poster parti

Kedua-dua pusat mengundi tersebut terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school 02Orang ramai termasuk penyokong kedua-dua pihak mula memenuhi kawasan tempat mengundi sebelum jam 8 pagi.

Mereka membawa sepanduk masing-masing. Kawasan sekitarnya juga dipasang dan direntangi dengan kain pemidang dan bendera di sepanjang jalan di kawasan tempat mengundi berkenaan.

Mereka saling bersorak antara satu sama lain. Penyokong Barisan Nasional (BN) melaungkan perkataan “Hidup Barisan’, dan PAS pula bertakbir.

Di kedua-dua pusat mengundi berkenaan, tidak langsung kelihatan petugas, bendera dan kain retang PKR dan DAP. Yang hanya kelihatan adalah daripada PAS.


Polis kawal keadaan


kuala terengganu by election 170109 polling day capDi Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga, kira-kira 100 penyokong PAS berkumpul di kawasan laluan utama pusat mengundi.

Mereka menunjuk-nunjukkan poster calon dan PAS kepada kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Manakala tidak jauh dari situ, kira-kira 100 petugas dan penyokong BN turut mempamerkan poster calon dan parti kepada orang ramai yang lalu lalang di situ.

Di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga juga kelihatan 100 anggota polis termasuk pasukan trafik mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul dan mengawal lalulintas.

Bagaimanapun, sehingga ini tidak ada sebarang kejadiaan yang tidak diingini berlaku.

kuala terengganu by election voting day 170109 umno supporter02Pada waktu ini, suasana di kedua-dua tempat mengundi berkenaan semakin muram. Cuaca sekarang redup tetapi panas.

Di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, dua pemimpin utama BN kelihatan sedang beramah mesra dengan petugas-petugas parti itu.

Mereka ialah Naib Presdien Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tiba di pusat mengundi kira-kira jam 11.30 pagi.



Hanya Penipuan Sahaja Yang Boleh Memenangkan BN

Oleh Ibrahim Baba

Dengan izin Allah, P036 hampir pasti dimenangi Wahid Endut dengan majoriti yang besar - kecuali BN berjaya menggunakan pelbagai tektik penipuan yang sudahpun mereka sedia untuk melaksanakannya.

Berdasar kepada bertanya khabar rakan-rakan yang “on the ground” berkempen dan juga mereka menganalisa jauh dari KT, baik dari kem PAS mahupun dari kawan-kawan di UMNO/BN, keputusan malam ini pasti berpihak kepada calon PAS.

Terlalu banyak sebab dan faktor yang menjuruskan kemenangan itu akan menjadi berat sebelah. Faktor personaliti-personaliti yang bertanding, faktor parti-parti yang terlibat, faktor-faktor isu yang dibawa dan juga trend pengundi yang ingin perubahan.

Faktor utama arwah Razali menang Mac 2008 adalah juga kerana personaliti. Faktor tersebut dibebankan lagi dengan faktor Mat Sabu sendiri. Kita tola k penyokong setia PAS dan penyokong setia UMNO - yang kita tahu letak mana-mana calon sudah pasti akan mengundi parti mereka. Yang membezakan dan menentukan ialah pengundi yang tidak menyokong parti yang selalu dikategorikan sebagai orang atas pagar atau kelabu.

Mereka ini tidak senang dengan calon luar seperti Mat Sabu. Ini ditambah pula faktor keperibadian arwah Razali yang disenangi orang ramai - terutama mereka di dalam bidang pendidikan (yang mana terdapat peratusan yang besar di Kuala Terengganu) - serta ‘track-record” beliau sepenggal sebelum itu.

Dalam PRK kali ini terdapat kemiripan faktor-faktor di atas cuma ianya terbalik. Wahid Endut diibaratkan Razali dan Wan Farid boleh disamakan dengan Mat Sabu. Wan Farid adalah orang luar bagi kebanyakkan orang biasa. Bila masanya Wan Farid tinggal dan berkhidmat di Terengganu? Personaliti yang tidak mesra masyarakat, gongnya, dan pelbagai lagi fator negatif.

Kemudian, Wahid pula mempunyai “track-record” lima penggal. Kalau ada keburukkan dan ada yang tidak kena - dalam 520penggal tu pasti banyak yang orang ramai bercakap. Tetapi - sepakat orang ramai bahawa rekod Wahid bersih.

Satu lagi faktor yang difikirkan oleh orang-orang20atas pagar yang memahami serba sedikit cara-cara pemilihan dalam parti UMNO sudah pasti amat fahambahawa tidak semudah itu untuk Wan Farid naik memegang jawatan dalam parti. Mereka yang telah selama-lamanya bersama UMNO bahagian boleh tersingkir - sudah pasti ada sesuatu senjata yang Wan Farid punyai untuk menang. Umumnya sepakati senjatanya kotor.

Malah semua yang negatif ada pada Wan Farid untuk menang sedangkan semua yang semua yang positif ada pada Wahid untuk menang - maka pasti Wahid akan diumum sebagai wakil rakyat untuk P036 malam ini. Dengan izin Allah.

Sekian, IB

http://ibrahimbaba.wordpress.com/2009/01/17/hanya-penipuan-sahaja-yang-boleh-memenangkan-bn/

Pengerusi Putera Umno 'ditahan' kerana menyamar, laporan polis akan dibuat

Oleh Mohd Nor Yahya

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi apabila skuad pemantau PAS yang diketuai oleh Syed Fadil Husin dan Ahmad Rizal menyedari Abdul Azeez keluar daripada tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cahbang Tiga, dekat sini.


Azeez didapati memakai kad pas agen Barisan Nasional (BN) kepunyaan Ibrahim Omar nombor kad pengenalan 660404-11-5335 dan mendakwa beliau merupakan anak tempatan sedangkan beliau adalah calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Baling, Kedah melawan Dato' Taib Azzamuddin daripada PAS.

Satu laporan polis bakal dibuat kerana kesalahan Azeez yang didakwa menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Berita lanjut menyusul kemudian. - azm _


Wahid dan keluarga, pemilih pertama membuang undi

Oleh Webmaster PAS

KUALA TERENGGANU, 17 jan - Dalam tempoh 10 bulan, menyaksikan sekali lagi rakyat di Kuala Terengganu akan membuang undi buat kali keduanya dalam pilihanraya kecil ini berikutan kematian penyandang kerusi Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu.

Calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama isterinya Wan Fatimah Wan Abdullah bersama lima anak antara pemilih pertama yang menunaikan tangggungjawab di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang, dekat sini.

Kira-kira jam 7 pagi tadi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa masuk peti undi. Bagaimanapun pintu masuk utama ke tempat pengundian hanya dibuka jam 8.05 pagi. Abdul Wahid bersama isteri membuang undi pada jam 8.15 pagi. Dan sebentar tadi sudah keluar dari pusat pengundian tersebut.


Proses pengundian bagi menentukan lanskap baru politik negara yang bermula sebentar tadi menjadi semakin rancak setelah pusat pengundian mula dibuka.

Petugas dari awal lagi memenuhi bangsal panas di kawasan berhampiran pusat pengundian di lihat tidak mempunyai masalah walaupun kedudukan bangsal panas PAS dan BN bersebelahan.

.....

Saingan kekal sengit, 20 peratus sudah mengundi

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 25 peratus warga Kuala Terengganu telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil yang diadakan untuk memilih ahli Parlimen yang baru - kali kedua selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu.

Tinjauan mStar Online menunjukkan pengundi-pengundi sudah mula menuju ke pusat-pusat pengundian dalam jumlah yang banyak sepanjang dua jam yang lalu.

Berbanding persekitaran hari pengundian pada 8 Mac lalu, suasana kelihatan lebih rancak pada pagi ini.

Bagi Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, beliau menyifatkan proses pengundian ketika ini berjalan dengan lancar.

"Saya tidak nampak apa-apa masalah dan berharap keaadaan ini beterusan sehingga petang," kata beliau ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Pasir Panjang sebentar tadi.

Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sehingga pukul 11 pagi, kira-kira 25 peratus pengundi telah keluar mengundi.

BERITA TERDAHULU

Saingan sengit, proses pengundian berjalan lancar

KUALA TERENGGANU: Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu mula melangkah ke pusat-pusat mengundi untuk memilih ahli Parlimen yang baru pagi ini.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.

Persaingan itu membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).

Daripada 80,229 pemilih yang layak mengundi kali ini, seramai 1,035 merupakan pengundi pos di mana kira-kira 96 peratus telah pun mengundi.

Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di bahagian ini adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Calon BN, Wan Ahmad Farid akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar manakala calon PAS, Mohd. Abdul Wahid mengundi di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga.

Wan Ahmad Farid ketika dihubungi pada pukul 7.45 pagi ini selepas menziarahi pusara ibubapanya dengan diiringi isterinya, Datin Intan Baizura Abdul Wahab di Masjid Raja Bukit Besar berkata beliau yakin penyokong-penyokongnya akan keluar mengundi seramai yang mungkin.

"Yang penting mereka mengundi untuk BN," katanya.

Beliau kemudian menuju ke pusat pengundian yang terletak beberapa meter dari masjid tersebut

Dalam pada itu, Mohd Abdul Wahid ketika dihubungi mStar Online berkata, sokongan untuk PAS dan Pakatan Rakyat memberangsangkan namun bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pengundi-pengundi untuk membuat keputusan.

"Saya gembira dengan sokongan yang mereka berikan kepada saya, dan saya harap ia akan diterjemahkan dalam bentuk undi," katanya.

Bagaimanapun Azharudin tidak mebgundi di Bahagian Kuala Terengganu kali ini.

Beliau mendaftar sebagai pengundi luar Kuala Terenggani.

Wan Ahmad Farid memasukkan kertas undi tepat pada pukul 8.07 minit pagi.

"Saya gembira," kata beliau ketika ditanya perasaannya sejurus selepas keluar dari Saluran Tiga, tempat beliau mengundi.

Dalam pada itu, Mohd Abdul Wahid merupakan pengundi pertama mengundi di Saluran Tiga Sekolah Rendah Kebangsaan Chabang Tiga.

"Saya berharap pengundi matang dan mereka akan memberikan saya peluang (menjadi ahli Parlimen).

"Saya bekerja untuk menang... menang atau kalah kita tunggu sehingga petang," katanya ketika ditemui selepas mengundi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam diiringi oleh isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, proses pengundian setengah jam pertama berjalan dengan lancar.

"Laporan awal menunjukkan tiada sebarnag masalah sepanjang setengah jam selepas proses pengundian dibuka," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Lebih 10 sekatan jalan raya KL - Kuala Terengganu

Oleh Intan Abdullah

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Mungkinkah kehadiran begitu ramai anggota polis membolehkan pilihan raya berjalan lancar. Namun lain pula jadinya bagi pengundi yang pulang dari Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain.

Sekatan jalan raya sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu menyebabkan perjalanan menjadi perlahan. Terdapat lebih 10 sekatan jalan raya.

Malah di setiap sekatan jalan raya, kenderaan disekat dan ditanya hendak ke mana dan tujuan apa.

Manakala setiap penumpang bas pula diperiksa kad pengenalan mereka menyebabkan bas yang sepatutnya sampai di Kuala Terengganu jam 5 pagi terlewat sehingga jam 7 pagi.

Ramai penumpang bas merungut kerana halangan yang terpaksa ditumpuhi sepanjang perjalanan begitu banyak. Malah perkara yang sama berlaku di setiap sekatan.

Sementara itu, penyokong Pakatan Rakyat dari negeri-negeri lain semakin ramai tiba di sini malam tadi. Malah kehadiran petugas dari luar mengatasi jumlah petugas Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sepanjang kempen ini jarang benar kelihatan jentera parti kompenan lain BN termasuk MCA, Gerakan, MIC dan PPP datang membantu kempen Umno.

Ramai berhujah Umno kelihatan keseorangan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. - mj _


Kuala Terengganu : BN gelabah, PAS punyai peluang cerah

Oleh Mohd Rashidi Hassan

DARIPADA laporan awal yang diperolehi, penganalisis menjangkakan PAS mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, berbanding Barisan Nasional.

Difahamkan setakat malam tadi BN berada dalam keadaan gelabah kerana laporan perisikan menunjukkan petanda PAS berada di hadapan dengan 51 peratus berbanding BN 49 peratus.


Angka-angka 'research' atau 'survey' yang dibuat secara profesional menunjukkan 'trend' atau pola kecenderungan pengundi Kuala Terengganu, memihak kepada PAS.

Kebanyakan angka-angka dikeluarkan semuanya menunjukkan bahawa 'PAS is still leading' (PAS masih mengatasi) calon BN sejak dari hari mula penamaan calon lagi.

Sehingga ada yang berani meletakkan PAS mengatasi BN sehingga sepuluh peratus di hadapan.

Bagaimanapun penulis lebih berminat meletakkan angka yang agak konservatif di sekitar 51 peratus di pihak PAS berbanding 49 peratus di pihak BN.

Keselesaan 'trend' pengundi terhadap PAS dibuat berdasarkan 'survey' di empat Dun iaitu Wakaf Mempelam, Batu Burok, Ladang dan Bandar. Wakaf Mempelam dan Batu Buruk adalah kerusi tradisi PAS atau 'strong hold' yang tidak pernah dapat ditembusi BN.

Pada PRU 2008, PAS memenangi Dun Ladang dengan majoriti yang tipis. Manakala BN memenangi Dun Bandar yang ditandingi calon KeADILan. PAS menang tiga Dun, BN menang satu Dun dan satu kerusi Parlimen.

Tanpa mengambilkira undi Dun Bandar, hasil gabungan undi dari ketiga-tiga Dun yang dimenangi PAS, mendapati undi PAS mengatasi BN dengan 2500 undi.

Pada ketika wujud 'trend' ada pengundi yang mengundi PAS bagi kerusi Dun, tetapi mengundi BN bagi kerusi Parlimen.

Begitu pun PAS, walaupun berada dalam kedudukan yang selesa dengan 'trend' kecenderungan pengundi yang memihak, tetap berhati-hati dan tidak 'over- confident'.

Bagaimanapun perlu juga dicatat, hasil tinjauan penulis dari sumber, sehingga petang semalam, laporan dalaman yang diperolehi oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, calon BN Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh, masih ketinggalan 8 peratus di belakang calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.

Oleh sebab itu, Najib selaku Pengarah Pilihan Raya BN dilaporkan mengeluarkan arahan untuk memenangkan calonnya 'at all cost'.

"Tengok malam ini macam mana, kita cuba berbuat sesuatu," kata seorang pegawai yang dipercayai terbabit dengan kerja-kerja penyelidikan dalam satu perbualan sesama mereka di'coffee house' sebuah hotel.

Tidak dapat diduga dengan mudah bagaimana bentuk kemenangan 'at all cost' yang dimaksudkan.

Apapun 'kos terpaksa' yang belum digunakan BN, BN telahpun mengeluarkan belanja yang amat besar untuk menghadapi calon PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Pengeluaran dana khas dari sumber royalti minyak milik rakyat Terengganu di belanjakan tanpa had untuk merasuah rakyat. Terlalu banyak peruntukan dan projek-projek 'instant' buat gula-gula pengundi Kuala Terengganu.

Faktor yang membimbangkan BN

Kebimbangan dan kegelabahan BN dipercayai akibat beberapa laporan dalaman yang diterima dari 'Special Branch' (SB), 'Military Intelligent Officer' (MIO), Kemas dan beberapa agensi lain, tidak memberangsangkan.

BN menyedari mereka menghadapi masalah personaliti calon. Sebab itu mereka mengumumkan calonnya jauh lebih awal daripada calon PAS.

Kerana ketika itu BN berharap mereka mempunyai masa yang cukup untuk 'consolidate' bagi mengatasi masalah dalaman Umno Terengganu yang begitu 'complicated'.

Malangnya sejak hari penamaan calon, BN berada dalam keadaan yang amat sukar. BN berada dalam keadaan yang amat defensif kerana terpaksa menjawab soal keburukan personaliti calonnya berbanding dengan calon PAS.

Wan Farid dituduh elit, dituduh sombong, dituduh tidak mesra rakyat, sukar didekati, macam-macam tuduhan yang tidak perlu dicatatkan di sini. Orang PAS tidak mengetahui sangat perihal calon BN ini, rakyat juga tidak mengetahui secara 'detail' siapa beliau.

Namun, rakyat mengetahui BN menghadapi masalah personaliti calon apabila media arus perdana atau 'mainstream media' yang pro BN, memaparkan kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, berulang kali di muka hadapan.

'Wan Farid bukan calon PM', 'Wan Farid bukan calo sesiapa', 'Wan Farid tidak sombong', 'Wan Farid bukan kaki karaoke' dan pelbagai lagi.

Jawapan seumpama ini barangkali baik untuk tujuan menutup kelemahan calon, tetapi jika dibuat berulang kali dari PM, TPM, Menteri semuanya dalam ceramah, terpaksa 'membela' Wan Farid, menunjukkan 'ada sesuatu yang tidak kena' terhadap calon BN.

Sekaligus paparan media ini yang dibaca pengundi ini, menimbulkan persepsi bahawa calon BN adalah calon yang paling bermasalah dan tidak layak diundi.

Sehingga ada komen-komen negatif dari kumpulan pro Najib yang mengetuai kempen pilihan raya BN, bahawa kali ini mereka mungkin malu kerana tewas bukan kerana isu, tetapi tewas kerana faktor calon.

Sikap elitis Wan Farid juga dirasai di kalangan wartawan. Berbanding calon PAS, Wahid mempunyai jadual yang padat, sehingga 16 'event' yang dihadiri setiap hari dan jadual lawatan beliau diedarkan kepada media setiap hari.

Berbeza dengan Wan Farid. Media pro BN sendiri kadang-kadang tidak mengetahui beliau berada di mana dan kempen di mana. Jadual hariannya tidak diedar.

"Agaknya dia (Wan Farid) tak suka kita ikut dia (buat liputan)," kata seorang wartawan.

"Ada suatu hari itu, kami berjumpa beliau di pejabat Umno, tetapi beliau tidak benarkan wartawan mengikutinya, kerana beliau kata ada 'private function', susah macam ni," ujar beliau.

Masalah ini belum lagi dicampurkan dengan perseteruan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh dengan Dato' Ahmad Said. Umno sedang pening, BN pun pening menghadapi pilihan raya kecil ini.

Hakikatnya, akibat 'personaliti tersendiri' yang dimiliki Wan Farid, BN gagal untuk memperbetulkan masalah dalaman dan permusuhan dalaman di Umno Kuala Terengganu dan Umno Terengganu dari mula hari penamaan calon, hingga sekarang.

Strategi BN tersasar

Tidak dinafikan BN mempunyai sumber kewangan yang banyak. Namun BN lebih tertekan apabila jenteranya tidak berupaya bergerak dengan baik dibanyak tempat.

Realiti yang terpaksa di hadapi calon BN yang amat tidak popular ataupun di anggap sebagai 'wrong bet' ini ialah sabotaj dalaman oleh orang-orang Umno sendiri, dan kegagalannya memenangi hati orang-orang Umno.

Sehingga ada orang-orang Umno menganggap, Wan Farid terpaksa memikul 'dosa-dosa' kepada Umno dan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh abangnya, bekas Adun Ladang, Dato' Wan Hisham Wan Salleh.

Dosa bagaimana yang dimaksudkan, lebih diketahui oleh orang-orang Umno. Hasilnya menyebabkan jentera BN di Dun Ladang tidak bergerak dan sengaja dilumpuh oleh orang-orang Umno sendiri. Lumpuh kerana wujud laporan ada dua markas Dun BN dalam satu kawasan, satu yang diwujudkan Wan Farid, satu lagi diwujudkan oleh Pengerusi Umno Negeri, Ahmad Said.

Sejak awal lagi BN membuat strategi yang silap. Seminggu pertama kempen 'melepaskan' Dun Ladang dan Dun Bandar kerana menganggap ianya kubu kuat BN dan lebih tertumpu kepada Wakaf Mempelam dan Batu Burok.

Hasilnya kubu PAS sukar ditembusi, kubu BN 'jam' (lumpuh). Di Dun Bandar, BN langsung tidak memperolehi hasil yang memberangsangkan di kawasan majoriti pengundi Cina.

Walaupun BN menguasai media, setakat ini banyak stategi BN dari segi kempen, peruntukan, projek dan 'ugutan' terhadap rakyat, berjaya dipintas oleh PAS dengan kerjasama erat pemimpin KeADILan dan DAP.

BN langsung tidak menyerang. Sebaliknya mereka terpaksa menjawab pelbagai isu yang dibangkit oleh PAS, dan bertungkus lumus mempertahankan keperibadian calon yang tercalar serta masalah dalaman yang 'complicated'.

Malang bagi Umno-BN, sebagai parti yang mendabik dada masih gagah kerana menguasai Kerajaan Pusat, tetapi sangat defensif dalam menghadapi pilihan raya kecil ini.

Secara umumnya boleh dikatakan strategi BN tidak mengena akibat usaha-usaha hanya sekadar 'melepas batuk ditangga'. Masalah Umno dan BN Terengganu ini boleh dikiaskan dengan kisah lucu lagenda 'Pak Pandir dengan Mak Andeh'!

Trend Pengundi Kuala Terengganu

Berdasarkan kepada 'trend' pengundian sejak tiga pilihan raya umum yang lepas, pengundi-pengundi di Kuala Terengganu sudah menunjukkan dengan jelas

Pada tahun 1999, calon PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi memperolehi 31,580 undi menewaskan calon BN, Dato' Abu Bakar Daud yang mendapat 17,132 dengan 76.51 peratus keluar mengundi.

Tahun 2004, Kuala Terengganu mencatat peningkatan keluar mengundi kepada 84.54 peratus yang menyaksikan calon BN, Razali Awang mendapat 30,994 undi menewaskan calon PAS, Dr Syed Azman yang mendapat 29,061 undi.

Manakala pada tahun 2008 dengan 82.45 peratus keluar mengundi, Razali mendapat 32,562 menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu (31,934) dan calon bebas, Maimun Yusuf (685).

Daripada fakta dan penyelidikan terhadap pola pemikiran pengundi, bagi orang- orang Melayu, pengundi sudah terbahagi dua. Dalam konteks Terengganu, sudah jelas dikenali dan diketahui siapa penyokong PAS dan siapa penyokong Umno.

Dalam erti kata lain, 'trend' pengundi Melayu sudah boleh dijangka kerana ia berada dalam keadaan 'stagnant'.

BN ada pengundi tegar, PAS juga ada pengundi tegar. Pengundi-pengundi ini adalah pengundi tradisi yang tidak akan memberikan undi kepada parti lawan walau apa pun yang berlaku.

Jika ada pun pengundi di atas pagar atau pengundi yang tidak menetapkan sokongan, hanya sekadar 5 peratus.

Ini bermakna undi penentu bagi calon BN ialah undi dari kaum Tionghua atau Cina yang berada di sekitar 9 ribu.

Berdasarkan beberapa PRU lepas, PAS belum mendapat undi yang memberangsangkan dari kalangan orang-orang Cina.

Ada pendapat mengatakan perubahan drastik sokongan pengundi bukan Melayu terhadap calon Pakatan Rakyat di Pantai Barat, tidak berlaku di Pantai Timur. Ini bermakna, secara tradisionalnya orang Cina adalah pengundi BN.

Tetapi dalam PRK Kuala Terengganu ini amat berbeza. Calon PAS sudah menembusi kawasan pengundi Cina. Pemimpin-pemimpin DAP dan KeADILan 'all-out' berkampung di kawasan Cina sejak sebelum penamaan calon lagi.

'Trend' pengundi Cina sudah berubah. 'Tsunami' politik yang melanda Pantai Barat, sudah sampai ke Pantai Timur.

Sehingga ada badan bebas yang membuat kajian berani meletakkan sokongan Cina terhadap PAS ditahap 70 peratus berbanding BN, 30 peratus.

Sokongan luar biasa ini ditunjukkan dengan sambutan yang amat hebat terhadap kempen calon PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Orang-orang Cina yang terdiri dari kalangan pengundi sendiri yang memungut derma untuk membantu kempen PAS. Mereka membuat dan menaikkan 'banner' sendiri, mereka keluar sepenuhnya membawa anak beranak menyertai ceramah dan kempen PAS.

Berbanding dengan orang Melayu yang berada di saluran satu, majoritinya mengundi BN, hasil tinjauan, dijangkakan pengundi saluran satu dari kaum Cina akan membuat perubahan menyokong PAS kali ini.

Pada tahap ini BN berada dalam amat bimbang kerana kempen-kempen mereka tidak dapat menembusi penempatan Cina, sehingga ada laporan kempen pemimpin Gerakan dan MCA ditolak dan dihalau pengundi Cina.

Jika dibuat stategi kempen secara demokratik, BN akan tewas di kawasan Cina, namun difahamkan pelbagai ugutan dan sogokan terakhir dibuat bagi menyelamatkan calon BN yang sedang berada di tahap 'nyawa-nyawa ikan'.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada analisis ini, penulis berpendapat, jika rakyat tidak termakan 'rasuah' politik dan ugutan, insya Allah PAS akan memenangi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

Isu yang membelenggu calon BN yang boleh menyebabkan kekalahannya, didorong oleh masalah calon, sabotaj dalaman Umno, kesilapan strategi kempen, tiada penumpuan sepenuhnya (mungkin Umno tumpu pemilihan parti Mac depan) dan perubahan sikap rakyat.

Wan Farid bukan sahaja gagal dilihat sebagai calon yang baik untuk mempertahan dan meneruskan kesinambungan rekod Allahyarham Dato' Razali Ismail. Malah tidak mustahil calon bebas, Azaharudin Mamat akan memperolehi undi yang lebih dari kalangan orang Umno yang tidak menyukai Wan Farid, tetapi tidak mahu mengundi PAS.

Sebenarnya, hakikat yang paling besar kali ini bukan Wan Farid semata-mata. BN harus sedar bahawa momentum yang tercetus sejak 8 Mac 2008 masih segar hingga sekarang.

Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat. Di sebalik pelbagai tohmahan media, rakyat semakin yakin dengan kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

BN menghadapi masa depan yang amat sukar kerana keyakinan rakyat terhadap mereka semakin terhakis.

Kuasa rakyat akan menumbangkan hegemoni BN. Kemungkinan BN akan menghadapi masa depan yang buruk pada PRU ke 13 semakin hampir._

Jom Heboh Di Pangkalan Tentera. Apa Rasionalnya?

Oleh Reformis Muda

Sahih ! itulah berita yang di dengar. Persetujuan telah dicapai. Kem Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia Lumut Perak akan diadakan Jom Heboh anjuran TV3 bulan April 2009 ini.

Apakah rasionalnya Jom Heboh diadakan di dalam Pangkalan Tentera? Itu persoalan yang wajar di jawab oleh Panglima Tentera. Adakah kerana gila publisiti atau sebagainya?

Rasanya inilah satunya negara yang membolehkan orang ramai keluar masuk ke Kem Tentera untuk berhibur dan mendengar konsert yang melalaikan bukan sahaja orang ramai malah anggota tentera. Dah tiada privacy dalam tentera jika inilah yang berlaku nanti. Ini akan memudahkan musuh menyelinap masuk dan melihat "rahsia" dalam Pangkalan Tentera kita.

Adakah Panglima tidak sedar akan hal ini?Selanjutnya, layari
http://angkatantentera.blogdrive.com

Israel musnah masjid

Oleh KOSMO

GAZA - Tentera Israel terus mengganas di Gaza semalam apabila melancarkan 40 serangan udara terhadap sejumlah sasaran ke atas pejuang Hamas, terowong dan masjid, kata pihak tentera rejim Zionis.

Tentera Israel memberitahu, sebuah masjid turut dibedil selepas mereka mengesyaki ia digunakan untuk dijadikan tempat menyimpan senjata.

Serangan terbaru itu dilancarkan sehari selepas bangunan-bangunan penting di Gaza terbakar akibat bedilan artileri tentera rejim.

Sementara itu, Israel mengundurkan sebahagian tenteranya pagi semalam dari kawasan Tal Al-Hawa di pinggir bandar Gaza di mana pertempuran sengit berlaku pada hari sebelumnya.

Banyak rumah orang awam musnah di kawasan penempatan yang sarat dengan penduduk itu manakala sebuah hospital turut terbakar.

Agensi perubatan Gaza berkata, setakat ini sekurangnya-kurangnya 23 mayat berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan-bangunan di kawasan itu.

Semalam juga menyaksikan kematian Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam di tangan rejim Zionis.

Beliau merupakan pemimpin Hamas paling kanan yang maut sejak rejim Zionis melancarkan Operasi Cast Lead pada 27 Disember tahun lalu bagi menghapuskan pejuang-pejuang Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah wilayah Israel. - Agensi


KOMBINASI tiga gambar ini menunjukkan letupan sebuah rumah menerusi alat kawalan jauh ketika beberapa kereta kebal tentera Israel melintasi kawasan berkenaan di Genting Gaza semalam.

Kepala babi diletak di surau UM

Oleh Abdul Rahim Sabri

Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa - Mohd Azlan Zainal - yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

Sebelum itu, Mohd Azlan dan seorang lagi rakannya - Ahmad Shahir Md Shah - bertugas mengawal poster dan kain rentang kumpulan tersebut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika itu, katanya, terdapat beberapa orang pelajar yang tidur di dalam surau berkenaan tetapi tidak menyedari kepala babi tersebut diletakkan di situ.

Sebaik sahaja ternampak kepala babi yang diletak di atas bendera parti PAS, Mohd Azlan terus menghubungi pihak keselamatan Universiti Malaya dan pihak polis Brickfields untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditemui wartawan, Mohd Azlan berkata beliau tidak percayai perbuatan itu dilakukan oleh mahasiswa di situ.

Sebaliknya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak lain yang mahu mengganggu-gugat dan mahu memecahkan perpaduan mahasiswa.

Mohd Azlan berkata, pensyarah undang-undang Akademi Pengajian Islam, UM, Dr Ruzman Mohd Noor datang pada kira-kira jam 6 pagi.

"Dr Ruzman juga mengesyaki ada orang tertentu yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Sebelum ini, mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.

Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

Kepala babi di surau lagi??

Oleh Pemberita TKO

Pagi tadi saya menerima e-mail dengan 5 keping gambar. Satu saya upload di sini untuk tatapan semua.

Kita boleh fikir?
Surau..
Bendera PAS..
Kepala Babi...

Siapa manusia yang sanggup buat perkara seperti ini?

Jawapan hanya ada pada para pembaca..

Mata Duitan

Oleh umno dokpakkagawa

Jangan jadi macam ini, hargai diri dan maruah anda. Jika sekira duit diberikan, ambil sahaja kerana duit itu bukan dia orang punya. Duit itu duit rakyat..

Selamat Mengundi



Coretan Selamat Tinggal Kuala Terengganu

Oleh Anak Bulan

(Bulan Penuh 2012) - Seketika memecahkan kesunyian dari P36 Kuala Terengganu. Ketika ini sedang berkemas-kemas untuk pulang ke KL.

Memegang amanah parti dan pimpinan, dihadhirkan diri semata-mata atas kapasiti tersebut. Sebagaimana ketika rancak suasana di PRK Permatang Pauh tahun lalu, dilupakan barang setompok waktu enak, lazat dan nikmat di dunia blog.

Segenap usaha, tenaga, kepandaian, duit, matabenda dan tumpuan terarah menjayakan amanah parti dan jemaah agar tercapai matlamat menyahut seruan-Nya agar ada segolongan dari kalangan hamba-Nya bekerja menyeru ke arah amar ma'aruf nahi mungkar. Penjelasan ini diharap menjawab persoalan rakan-rakan dan pengunjung yang saban hari bertanya khabar dan mengetuk pintu mencungkil berita.

Pahit manis pelbagai pengalaman di tempoh lewat 20 hari yang telah dinfaqkan di sini. Sesekali terkenang 20, 30 malah 40 tahun kebelakang. Syukur tiada lagi kengerian darah dan air mata angkara keganasan juak-juak Umno sepertimana dialami oleh pejuang-pejuang Islam terdahulu.

Seperti di Ghazzah, kekejaman rejim reput Umno masih berterusan di bumi tercinta ini. Cuma bentukluarnya telah bersalin kulit, lebih kreatif lebih inovatif.

Kini aman dalam perit. Barangkali berkat kesabaran dan kesungguhan pejuang terdahulu dalam membawa panji-panji Islam di sebalik asakan ganas dan tekanan zalim rejim sekular Umno yang konsisten menentang Islam. Mungkin juga berkesinambung oleh pendekatan dakwah penuh berhikmah di samping keterbukaan yang ditunjukkan oleh kepimpinan ulama dalam PAS pada hari ini.

Kalah menang PAS dalam pilihanraya kecil ini tidaklah bermakna esok sudah kiamat. Tidak jua ia mampu merubah keazaman dalam menelusuri perjuangan ini. Sudah ditarbiyah sejak lahir, menang kalah kerja tetap tiada henti selagi masih ada nyawa.

Dipanjangkan pengharapan kepada-Nya agar dikurniakan kemenangan kepada calon PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam PRK Kuala Trengganu ini andainya kami benar-benar layak untuk menggapainya. Jika di mata-Mu, kami belum layak atau belum cukup bersedia sebagaimana yang Engkau syaratkan, maka hati ini redha menerima sebarang penangguhan-Mu walaupun kemenanganlah yang amat kami hajati di sini.

Penutup bicara, menyahut seruan rakan-rakan yang meminta saya membuat ramalan. Berdasarkan pemerhatian saya, maka dengan penuh sentimen saya meramalkan PAS akan merampas semula kerusi ini dengan kelebihan 5,000 undi.

Selamat tinggal Kuala Terengganu dan Selamat Mengundi esok. Saya tunggu YB MAWE di Parlimen untuk mengangkat sumpah dalam sidang Februari nanti. Minta-minta janganlah banyak sangat roadblock dalam perjalanan pulang sekejap nanti. - Anak Bulan

anakbulan
Lawati Kumpulan Penyokong Tegar PAS

Kuala Terengganu perlihatkan kekalutan kompenan BN

Oleh Intan Abdullah

PILIHAN RAYA kecil bukanlah pertandingan antara calon tetapi ianya menguji kekuatan antara parti yang diwakili calon berkenaan.

Ianya merupakan medan bagi menguji parti-parti yang bertanding dalam menghadapi isu-isu semasa dalam senario politik negara yang sentiasa bergolak mutakhir ini, pasca pilihan raya umum ke-12.

Faktor calon merupakan faktor sampingan dalam sesuatu pilihan raya, dan dalam konteks pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, faktor peribadi calon iaitu antara Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN dan Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS, sebaliknya lebih menarik perhatian.

Kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing, namun secara realitinya hakikat yang terpaksa diakui banyak pihak bahawa calon yang ditampilkan PAS jauh lebih menyerlah.

Namun, ia bukanlah bertumpu kepada isu pemilihan calon tetapi pilihan yang dibuat itu merupakan satu keputusan bagi menjayakan matlamat pembentukan Dual Party System.

Menjelang Mac 2009, adalah suatu jangka masa yang khusus dan penting dalam merencanakan suasana politik negara.

Dan segala agenda dan perkara yang berlaku dalam perjalanan menuju kepada tempoh tersebut dianggap penting.

Oleh itu, faktor calon adalah terlalu minima berbanding dengan pertarungan untuk merebut pengaruh di antara BN dan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berada di pihak anonymous yakni dalam rangka perancangan menuju ke Putrajaya.

Melihat kepada kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat biar pun tidak bertanding seperti KeADILan dan DAP, namun mereka tetap berhempas pulas.

Mereka bekerja bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya kecil ini bagi menambahkan lagi keyakinan terhadap harapan rakyat untuk melihat lahirnya pemerintahan baru.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu merupakan medan ujian sebenar bagi ahli-ahli, penggerak dan pimpinan PAS dalam merealisasikan usul muktamar yang diadakan Ogos lalu.

Kesungguhan jentera Pakatan Rakyat

Kesungguhan yang ditunjukkan DAP dan KeADILan sangat memberi kesan apabila ianya jelas dapat dilihat menerusi komitmen pemimpin mereka yang menjalankan kempen.

Ini merupakan satu lonjakkan besar dalam senario perkembangan politik negara yang tidak berlaku sebelum ini.

Walau apa pun keputusan pilihan raya kecil ini, kesan kerjasama ini menjadi bukti Pakatan Rakyat boleh melangkah dengan gagah dan bukan lagi pakatan yang rapuh.

Sebaliknya BN kelihatan begitu celaru dengan masalah dalaman yang belum selesai, sepertimana yang ditunjukkan oleh pemimpin MCA dalam satu majlis baru-baru ini.

Kita boleh lihat dengan jelas kedudukan antara pemimpin-pemimpin kanan MCA yang terlalu jauh manakala Chua Soi Lek tidak kelihatan pada pilihan raya kecil ini.

Ia membuatkan ada yang beranggapan seolah-olah Chua dinasihati agar menghilangkan diri daripada kempen kali ini.

Hal tersebut nyata menyinggung masyarakat teochew yang merupakan kumpulan Chua Soi Lek, dengan sikap yang ditunjukkan kepada Chua.

Hubungan antara parti dalam BN iaitu antara MCA, MIC dan Gerakan kelihatan dalam suasana yang tidak selesa.

Punca kepada kekeruhan antara Umno-MCA adalah apabila terdapat pihak yang menyebarkan petikan ucapan ahli parlimen Umno dalam perbahasan dewan rakyat yang membuli pemimpin MCA dan Gerakan.

Sebagai contoh, ahli parlimen Sri Gading mengacau Timbalan Menteri Penerangan ketika memberi penjelasan mengenai isu siaran berita cina di televisyen.

Ia adalah kegelisahan BN kerana mereka memikirkan pertolongan mereka dalam kempen ini seolah-olah mereka berkempen bagi memberi kemenangan kepada Umno dan bukan BN.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan pertarungan antara orang-orang Terengganu kerana ia adalah merupakan lambang kepada senario semasa di seluruh negara.

Jika BN tumbang di Kuala Terengganu, ia akan menjadi petunjuk kepada Pakatan Rakyat dalam usaha menuju ke Putrajaya.

Oleh yang demikian, pilihan raya ini bukanlah isu calon BN dan PAS, tetapi ia merupakan isu penentuan perjalanan politik arus perdana untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. - mj _

Keputusan PRK P036 dijangka pukul 10.30 malam

Oleh G. MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Keputusan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu dijangka pukul 10.30 malam dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarrkan 90 peratus pengundi keluar mengundi esok.

"Insya-Allah kemungkinan (akan diketahui) lebih awal dari itu," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada sidang media di Pusat Media di sini pagi tadi.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mahu pilihan raya kecil ini mencatatkan rekod dengan peratusan keluar mengundi melebih 90 peratus.

"Kita dapat catat rekod proses penamaan calon berjalan lancar walaupun dimaklumkan disertai penyokong 40,000 orang... malah tiada kejadian tidak diingini sepanjang (tempoh) berkempen.

"Oleh itu, kita berharap satu lagi rekod akan dibuat dengan jumlah yang ramai akan keluar mengundi," kata beliau.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi dan ditutup 5 petang.

Perjumlahan undi akan dilakukan di Stadium Negeri.

Mengenai keadaan cuaca, beliau berkata, maklumat diterima menunjukkan persekitaran mendung tetapi menasihatkan orang ramai keluar mengundi lebih awal.

"Saya tiada niat bunuh Altantuya" - Azilah

Sumber: Bernama

SHAH ALAM: Tertuduh pertama kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk membunuh dan melenyapkan wanita Mongolia itu.

Azilah, 32, berkata dia dan tertuduh kedua Sirul Azhar Umar mengunjungi Hotel Malaya, tempat penginapan Altantuya, hanya bertujuan untuk menasihati wanita itu supaya tidak terus menganggu Abdul Razak Abdullah Baginda.

Mereka pergi ke Hotel Malaya pada 18 Oktober 2006 (sehari sebelum kejadian pembunuhan) hanya bertujuan untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu, katanya.

Azilah yang memberikan keterangan membela diri tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa dia dan Sirul Azhar hanya menunggu masa dan tempat yang sesuai untuk menjalankan misi membunuh wanita itu.

Azilah dan Sirul Azhar,37, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis, diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di sini antara 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi keesokan harinya.

Abdul Razak, 48, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu oleh mahkamah yang sama pada 31 Oktober tahun lepas tanpa dipanggil membela diri.

Kepada soalan Tun Abdul Majid adakah dia menerima upah atas perkhidmatan nasihat tersebut, Azilah berkata: "Tiada"

Tun Abdul Majid: "Bagaimana dengan perbelanjaan minyak kereta untuk meronda? Kamu guna perbelanjaan sendiri?"

Azilah: "Takkan itupun nak berkira?"

Tun Abdul Majid: "Jadi tiada upah?"

Azilah: "Tiada."

Tun Abdul Majid: "Jadi itu macam amal jariah sahajalah? Waktu itu bulan puasa kan?"Kenyataan Tun Abdul Majid itu membuatkan semua orang yang berada di dalam mahkamah tertawa.

Azilah turut menafikan dia pernah memberitahu Abdul Razak bahawa dia boleh menyelesaikan masalah ugutan itu kerana pernah membunuh lebih daripada enam orang sebelum ini.

Azilah mengakui bahawa dia dan Sirul Azhar telah berada di Hotel Malaya pada sebelah petang 18 Oktober 2006 (sepertimana rakaman cctv di Hotel Malaya) dan berlegar-legar di hadapan bilik 512 (bilik Altantuya) tetapi dia tidak mengetuk pintu kerana beranggapan akan menganggu privasi orang lain.

"Saya tidak mahu menganggu privasi orang kerana jika saya ketuk tapi tersilap orang, orang marah kita balik, kita kena hormat orang, lagipun bukan masalah kita, kita tolong sahaja," katanya.

Kepada soalan Tun Abul Majid mengapa dia tidak menelefon sahaja Altantuya (untuk beri nasihat), Azilah berkata:"Saya tak terfikir pulak."

Kenyataan Azilah itu ditempelak Tun Abdul Majid dengan berkata: "Kamu dengan "misi" hendak menasihati, tak nak ganggu privasi dan hormat orang, boleh kamu tak terfikir hendak telefon dulu?."

Azilah hanya menjawab: "Tidak terlintas pulak."

Terdahulu Azilah memberitahu dia langsung tidak tahu siapa nama perempuan dan lelaki Cina yang dimaksudkan oleh Abdul Razak dan dia bertindak mencari wanita itu hanya berdasarkan alamat hotel yang diberikan.

Tun Abdul Majid: "Jika kamu tidak tahu nama mereka bagaimana kamu hendak menasihati mereka?"

Azilah: "Boleh. Kita boleh panggil dia "hello brother" bagi lelaki, "hello sister" bagi perempuan."

Mengenai hubungannya dengan Sirul Azhar, Azilah berkata dia mula mengenali tertuduh kedua itu ketika bersama-sama berkhidmat dalam UTK empat tahun lalu dan dia sememangnya mempercayai Sirul Azhar untuk membantu dalam menyelesaikan masalah Abdul Razak.

Hari ini Azilah sekali lagi menegaskan bahawa tindakkannya membantu Abdul Razak adalah atas arahan DSP Musa Safri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin disambung Isnin. BERNAMA

Bila Orang Wakaf Mempelam Bercakap Besut …

Oleh Ibrahim Baba

Apabila orang yang dari Wakaf Mempelam bercakap dengan telor Besut maka dia jadi “bbunyi pelek”. Memang pelik bila menonton berita TV3 malam tadi yang menyiarkan berita 111 ahli PAS menyerah borang kepada Ahmad Said untuk menyertai UMNO.

Apakah sememangnya tidak ada orang PAS yang benar-benar dari Wakaf Mempelam yang keluar PAS maka terpaksa diimport orang luar - yang sememangnya orang-orang Wakaf Mempelam siapa orang PAS dan siapa orang UMNO - maka terpaksa dicari orang yang tidak dikenali … itu yang kena import!

Mungkin bagi orang luar Terengganu tidak perasan pertuturan “orang PAS yang masuk UMNO itu”. Tetapi orang-orang Terengganu tahu bahawa orang-orang Wakaf Mempelam bertutur dengan tambahan “g” seperti mana orang-orang Teghanung lazimnya bertutur bukan seperti telor orang-orang di utara Besut/Jerteh atau Kelantan.

Namun cerita keluar masuk parti ini sudah menjadi terlalu kerap digunakan oleh BN hinggakan sukar lagi orang hendak pandang dan percaya. Setiap kali pilihanraya - itulah kaedah lapok yang diguna.

Orang ramai masih ingat lagi kaedah yang sama digunakan dahulu dengan menyiarkan berita kemasukkan kekanda kepada Cikgu Pa masuk UMNO untuk yang ke berapa kali dah … Akhirnya cerita itu menjadi tamparan kepada Man Bakar dan mengaibkan Idris Jusoh yang merasakan dirinya sendiri tertipu dalam majlis di Marang tersebut.

Cuma terfikir juga IB, rupanya kali ini laporan keluar parti kurang diguna oleh BN. Apakah taktik menipu cara ini sudah tidak diterima orang?

Sekian, IB

Kuala Terengganu di “round” terakhir

Oleh Roslan SMS



Semalam saya sempat bertemu dengan seorang kawan lama berbangsa Tionghua. Beliau seorang veteran, peniaga yang berjaya dari Kelang dan pernah menjadi ahli MCA, Saya dan keluarga mengenali beliau lebih 20 tahun kerana pernah terlibat dalam industri penternakan satu ketika itu.

Tidak lama kami berbual terus sahaja menyentuh isu pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Ternyata rakan-rakan kita dari masyarakat Tionghua begitu prihatin dalam hal-hal politik dan mereka tidak segan-segan untuk menyatakan sokongan dan pendirian mereka terhadap satu-satu isu seccara terbuka. Ini mungkin kerana mereka memperolehi pendedahan yang lebih meluas oleh kerana media khasnya media cetak bahasa mereka lebih banyak dan kandungannya lebih terbuka dan berani, Tidak dinafikan mereka juga merupakan masyarakat pembaca.

Kata kawan saya itu masyarakat Tionghua di Kuala Terengganu berkemungkinan akan memihak kepada calon PAS. Antara faktornya menurut beliau, TPM Najib Tun Razak yang mengetuai jentera BN di sana kelihatan begitu agresif dan keras, kadangkala melampau. Masyarakat Tionghua boleh terima kehadiran beliau sebagai TPM tetapi apabila pendekatan beliau terlalu egoistik, angkuh dan besar kepala, mereka tidak dapat menerima dan mungkin juga benci.

Beliau juga menyebut Najib punya rekod peribadi yang diketahui oleh masyarakt Tionghua (yang saya tidak cadang menghuraikannya di sini), ternyata pemimpin seperti ini tidak layak memimpin negara.

Ternyata walaupun yang bertanding di Kuala Terengganu itu Wan Farid dan Hj Wahid serta seorang calon bebas, tetapi tumpuan lebih terhadap Najib. Maklumlah inilah manusia yang jika ditakdirkan Allah tiada perubahan berlaku, bakal menerajui negara pada bulan Mac nanti. Lalu apa sahaja yang beliau lakukan sudah tentu menjadi tumpuan dan perhatian ramai.

Dari perbualan kami saya dapat membaca bahawa PAS kini sudah tidak menjadi masalah kepada masyarakat Tionghua lagi, tidak barangkali seperti 20-30 tahun lalu. Rakan saya ini boleh terima calon PAS dan malah senang hati dengan penampilan calon PAS di Kuala Terengganu itu.

Saya mengharapkan ini petanda yang baik bagi PAS dan saya mendoakan semoga jika benar bacaan kawan saya itu, masyarakat Tionghua yang terdiri dari para pengundi di Kuala Terengganu akan keluar beramai-ramai mengundi calon PAS pada hari Sabtu nanti.

Dan bagaimana pula dengan pengundi Melayu?

Saya sesungguhnya menaruh harapan yang tinggi terhadap pengundi Melayu. Pengundi Melayu di Kuala Terengganu tanpa banyak kira bicara telah dengan berani mengundi Allahyarham Dato Onn Jaafar (Parti Negara) dan Allahyarham Hasan Adli (PAS) dalam pilihan raya 1959 bagi kerusi KT Utara dan Selatan. Bayangkan Dato Onn , anak Johor yang telah menyumbang jasa dan khidmat pada bangsa dan tanahair, pejuang kemerdekaan yang ditolak dan ditendang oleh Umno, diterima sebagai bintang oleh anak-anak Kuala Terengganu pada tahun 1959!

Begitu juga jangan kita lupa bahawa pengundi di Kuala Terengganu telah dengan berani melawan arus, mengundi Dato Manan Osman pada tahun 1990 yang bertanding atas tiket Semangat 46.

Dengan sejarah yang sedemikian saya tidak nampak mengapa pengundi Melayu Kuala Terengganu hari ini tidak dapat memilih dan mengangkat calon PAS Hj Mohd Abdul Wahid Endut, yang mempunyai latarbelakang dan rekod cemerlang, yang berjuang untuk memartabatkan Islam, sebagai wakil parlimen mereka pada Sabtu ini. Jika sinergi antara pengundi Tionghua dan Melayu serta pengundi India yang kecil bilangannya itu dapat disedar dan digerakkan, insyallah suatu gelombang besar akan berlaku di Kuala Terengganu Sabtu ini.

Kini di babak penghujung ini, disamping terus bekerja ke tahap maksima, jangan sekali-kali kita lupa mengadu pada Allah swt, perbanyakkanlah solat hajat dan berdoa agar diberikan Nya kemenangan pada kita Sabtu ini. Wang, sogokkan dan tekanan telah dan bakal digunakan, tetapi tidak siapa berkuasa menolak kemahuan Allah swt.
Perkenankanlah hajat kami Ya Allah.

Ugutan MB Terengganu

Oleh Penarik Beca

Dalam artikel bertajuk "On the ceramah trail," The Nut Graph melaporkan ugutan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said:

"If the BN loses the polling stations of Pulau Kambing, Bandaran, Kampung Cina ... I will know that you have rejected us," says Ahmad Said. "So I think it is natural if the state government diverts funds to Kemaman [for example]." '

Kalau BN kalah, duit-duit akan dibawa ke Kemaman contohnya. Tak ada duit lagi untuk orang Kuala Terengganu. Unit Pusat Undi mana yang kalah? Pulau Kambing, Bandaran, Kampung Cina? Kalau kalah, kena hadapi hukuman?

Ada juga yang kata, kalau orang-orang Cina Kuala Terengganu kalahkan Barisan Nasional (BN), tak akan ada lagi Cina yang menjadi Exco kerajaan negeri.

Berikut ialah petikan dari artikel The Nut Graph bertajuk "Fence-sitters hold the key":

Siapa dia ni Wan Farid? Semua orang tak suka ... you kena cari orang yang laku, orang yang tak berpolitik wang, tapi boleh berpolitik budi bahasa.
Dan petikan dari "On the ceramah trail":

The criticism of the Barisan Nasional (BN)'s Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh's less personable traits has actually come from Umno leaders like Youth head hopeful Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo and (ex-Umno president) Tun Dr Mahathir Mohamad, which has allowed PAS to quote them without further comment.



Facebook Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Selatan Online

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer