Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Monday, May 06, 2013

Datuk Ahmad Yakob Menteri Besar Kelantan Baru

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilantik sebagai Menteri Besar baru Kelantan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memutuskan untuk tidak lagi memegang jawatan yang disandangnya sejak 23 tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai timbalan menteri besar bagi menggantikan Ahmad.

Majlis pelantikan  dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Berehat bukan makna berundur



Gambar di atas adalah Nik Abdul yang berjaya mengalahkan "giant" Pasir Mas dengan majoriti lebih 5K bersama ayah'danya Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Beberapa tahun lalu saya terbaca dalam blog Nik Abdul ni dia kata kalau boleh "maki" (?) dia akan maki siapa yang nak ayahnya pegang jawatan... mungkin ramai yang salah faham maksud tersebut akhirnya dia menjadi mangsa politik 'kurang ajar" dalam PAS.

Akibat politik kurang ajar tersebut setiap gerak gerinya apatah lagi jika ada kesilapan akan menjadi bahan tonton di media sosial.

Jika Gagal Letak Jawatan


Terbaca di blog Penarik Beca pasal Cina Gerakan lebih bermaruah. Saya tak sependapat dengan Penarik Beca dalam banyak hal. Kalau 10, 11 tak sependapat... faham kan!! Tapi dalam bab siapa bertanggungjawab ni saya setuju sangat. Bukan semua kepimpinan yang kalah kena undur. Tapi yang merancang dan buat strategi tu fahamlah kena ada 'maruah' dan beri orang lain pula!
 
Terbaca juga jawapan kenapa PAS Kedah kalah.

Ahmad Razif Ganti Ahmad Said Menteri Besar Terengganu??



Seperti PRU lalu, UMNO Terengganu sedang berlaga menentukan calon Menteri Besar. Team Mat Said dan Team Deris Jusoh sebelum ini telah didamaikan oleh Najib sebelum PRU-13. Nasib baik berdamai, kalau tidak Terengganu sudah pasti dapat kepada PAS semula.

UMNO Terengganu tak mahu Mat Said, walaupun Mat Said Bossnya. Mereka kata Mat Said harus bertanggungjawab atas kemenangan tipis UMNO di Terengganu. Mereka nak muka baru.

Nasharudin Daud MB Kelantan?

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata semasa Muktamar PAS ke-53 dulu iaitu 3 Jun 2007 bahawa calon yang bakal menggantikannya sebagai Menteri Besar Kelantan sudah ada dalam fikirannya tetapi tidak boleh disebut bagi menjaga perasaan orang lain.

"Saya memang tak boleh menafikan sudah ada calon pengganti tetapi saya tak boleh sebut kerana kalau sebut A (bakal calon) B pula akan berkecil hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam meraikan petugas media sempena Muktamar Tahunan PAS ke-53.

Dua hari sebelum tempoh pengundian iaitu 3 mei 2013 sekali lagi, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan beliau sudah mempunyai nama pengganti sebagai Menteri Besar Kelantan,  jawatan disandangnya sejak 23 tahun yang lalu.

Baik PM tidur daripada PM Angkat Diri dan menyalahkan orang lain


Apabila kehilangan lebih banyak kerusi maka Najib menyalahkan orang Cina. orang Cina dijadikan KAMBING HITAM. Mengapa Najib tak menyalahkan diri sendirinya sendiri yang selalu memainkan isu-isu perkauman. Najib juga berkempen atas dirinya sendiri bukan atas BARISAN NASIONAL??

Apa guna MCA dan MIC serta 14 parti gabungan lain??

Tak Sampai 5% Peti Undi Kawasan Cina & India Sokong Zul Nordin!

Projek nak tawan Selangor, UMNO @ BN sanggup terima calon katak. Malah UMNO @ BN nak jadikan dia ini sebagai senjata untuk menyerang dan mencerca Anwar Ibrahim. Tapi malangnya strategi Tun Mahathir yang digunapakai oleh Najib akhirnya makan tuan.

Masyarakat bandar terutama Cina meluat dan benci orang yang tak ada penderian dan bercakap berbelit-belit. Manakala masyarakat India pun sama, mereka tak boleh maafkan Zul Nordin atas penghinaan kepada kaum india.

Selepas ugut, Chua Soi Lek menghukum pengundi Cina

Sebelum PRU-13 Chua Soi Lek menggugut masyarakat Cina, jika MCA tak boleh baiki prestasinya untuk PRU-13, MCA tak akan tuntut sebarang jawatan dalam Kabinet Persekutuan. maksud tak akan isi..

Tapi malang prestasi MCA makin merundum dan mungkin MCA akan berkubur. Atas kemerosotan prestasinya pada PRU-13 semalam Chui Soi Lek akan mengotakan janjinya.

Dalam tweet terbaru beliau di laman Tweeter, beliau berkata: "MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."

Cita-cita Najib untuk kronikan UMNO @ BN gagal


Sebelum ini ada artikel menyebut bagaimana 5 pegawai Najib telah digunakan untuk menyinkir 5 calon utama BN bagi memperkukuhkan kedudukan Najib selepas PRU nanti daripada serangan untuk pemilihan calon dalam pemilihan UMNO nanti. Artikel oleh WTKO di sini boleh di rujuk.

Hasrat dan cita-cita Najib untuk mencipta kuasa dalam kerajaan gagal apabila kesemua pegawainya kalah dalam PRU-13 semalam.

Ingat sebenarnya kita dah Menang!



Ini adalah kata-kata Arwah Dato' Fadhil Mohd Nor yang selalu ber'desing' ditelingaku. Kadangkala air mata mengalir tapi hati ku tabah menerima semua ini. Penat lelah semuanya ku abadikan untuk perjuangan ini.

Pendakwah sentiasa menang.. dan akan memang. Sebab kita senang hati dengan apa ketentuanNya.

Muktamad BN 133, PR 89 (DAP 38, PKR 28, PAS 21) dan BEBAS 0



Barisan Nasional (BN) berjaya pemerintahan semula setelah memperoleh 133 kerusi Parlimen pada jam 3.20 pagi tadi manakala Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan Pas) pula mengumpulkan hanya 89 kerusi Parlimen. PR sebelum ini pada PRU12 hanya mendapat 80.

PR menambah 21 kerusi baru dan kalah pada 7 kerusi yang pernah dimenangi pada PRU-12 iaitu :

Ali Rustam Kalah Dengan Shamsul - Padam Muka Cakap Besar!!

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dikalahkan oleh Pengerusi Keadilan Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan majoriti 5,447 undi.

Kekalahan ini memalukan Ali Rustam yang bercakap banyak dan cara politik yang kasar serta sombong.

Sebelum ini Shamsul berkata “Ali Rustam dikenali sebagai Ketua Menteri yang sarat dengan masalah dan rekodnya juga tidak baik. Sebelum ini, beliau juga diminta berundur kerana ada masalah politik wang. Ini peluang terbaik untuk kita menang,”

PAS Kalah di Kedah. Ramai tokoh PAS kalah kali ini



Keputusan PRU-13 kali ini untuk PAS, nak kata teruk taklah teruk sangat. Tapi banyak perkara kena buat analisis.

Kedah jatuh ke tangan BN, macam sebelum ini Terengganu jatuh. Bila jatuh sukar nak bangun semula. Kerja kuat pun sekurang-kurang 2 kali PRU, maknanya 10 tahun baru boleh bangkit sedikit.

Nurul Izzah kekal kerusi Lembah Pantai


Ini satu lagi kawasan yang dijaja kononnya Nurul izzah kalah.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer