Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Monday, May 06, 2013

Nasharudin Daud MB Kelantan?

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata semasa Muktamar PAS ke-53 dulu iaitu 3 Jun 2007 bahawa calon yang bakal menggantikannya sebagai Menteri Besar Kelantan sudah ada dalam fikirannya tetapi tidak boleh disebut bagi menjaga perasaan orang lain.

"Saya memang tak boleh menafikan sudah ada calon pengganti tetapi saya tak boleh sebut kerana kalau sebut A (bakal calon) B pula akan berkecil hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam meraikan petugas media sempena Muktamar Tahunan PAS ke-53.

Dua hari sebelum tempoh pengundian iaitu 3 mei 2013 sekali lagi, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan beliau sudah mempunyai nama pengganti sebagai Menteri Besar Kelantan,  jawatan disandangnya sejak 23 tahun yang lalu.

Mursyidul Am Pas yang berusia 82 tahun itu, bagaimanapun tidak mahu mendedahkan siapa calon pilihannya, selain tidak menyatakan bila tempoh peralihan kuasa itu akan berlaku.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dilihat calon paling layak menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya Menteri Besar itu berundur, kata setengah orang.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga disebut-sebut. Manakala golongan muda ada mengatakan Dato' Husam Musa. 

Tapi saya berpendapat Dato' Husam lebih layak jadi Perdana Menteri Malaysia untuk PAS.

Saya lebih memilih dan berpendapat Speaker Dun, Datuk Nasuruddin Daud adalah calon dalam fikiran Tuan Guru, kerana selama ini Ustaz Nasruddin Daud adalah orang yang dilantih oleh Tuan Guru seleian daripada Husam.

Ustaz Nasruddin mempunyai kepetahan berhujah, ilmu mantik yang tinggi sudah menghampiri Tuan Guru. Sepanjang penelitian saya Ustaz Nasharuddin Daud tidak keluar daripada Kelantan untuk berceramah sudah menghampiri 10 tahun bagi menumpu dalaman....

Walahualam...
Sekadar pendapat memecah kesunyian perbahasan maya..

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily