Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Friday, May 03, 2013

Celaka Punya Barua UMNO: Petang Pasang, Malam dah Hilang!!!



Baru petang tadi pemuda pasang, sekarang ini SPR termasuk MPK (Majlis Perbandaran Kemaman - Mat Said Punya Geng) dah turunkan banner yang dipasang. Agak kurang sopan demokrasi Umno Barisan Nasional. Hanya beberapa jam boleh bertahan.

Ini menunjukkan Umno Penakut dan menggunakan semua jentera untuk menang pilihanraya. Alhamdulillah, ini laluan utama dan kiraan kami puluhan ribu tengok dan tahu kejahatan melampau BN terutama Umno Bn negeri terengganu.

Serahan Memorandum GATERA kepada SPR


Iklim dan budaya politik keji dalam kempen pilihanraya umum ke 13 yang kian melata telah mendapat perhatian sebahagian besar para cendekiawan di Malaysia. Pelbagai isu moral yang keji dan penyalahgunaan kuasa dalam PRU 13 ini telah membangkitkan rasa kesedaran mereka untuk bangkit bagi memperbetulkan situasi ini dari kian membarah.

Pekerja Indonasia Dapat IC dan BR1M??


"My maid said most of her frens were given free IC during February onwards also given BR1M" - Ini adalah kata-kata orang yang menguload video di atas.

Komen daripada video berkenaan pula "ya sebab itu la ramai pihak check banyak no i/c yg bertindih, satu alamat g check rumah kosong, tapi dlm list ada 10 orang duduk situ mggunakan nama dan bangsa yg berbeza. boleh kaitkan tak? banyak sgt kemungkinan. ramai sgt org dah buktikan. dah adu SPR, spr nafikan. walhal hakikatnya ada dan wujud. saudara boleh nafikan, tapi ianya benar2 berlaku. bukti banyak tersebar, takkan nak tutup mata. tak sedih tengok negara tergadai mcm ni?"

Pengundi Rakyat Asing: Bukti UMNO/BN Sudah Tidak percaya & Tidak Peduli Pada Rakyat Sendiri

Oleh: Tok Janggut




Mula-mula apabila didedahkan akan penglibatan UMNO membawa rakyat asing dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung, PR dituduh buat fitnah dan mereka-reka cerita walaupun dibuktikan dengan gambar-gambar yang diambil dari lapanganterbang akan kebanjiran rakyat asing yang wajah mereka jelas merupakan rakyat Mynmar, Bangla, Filiphina dan Indonesia. Akhirnya calun BN Putrajaya bangkit mengaku akan kebenaran tuduhan PR itu tetapi atas alasan kesemua yang dibawa melalui pesawat itu pengundi berdaftar.


Pesanan khas Anwar kepada penjawat awam


Penjawat awam yang dihormati sekalian,

Alhamdulilah, saya berucap syukur kehadrat ilahi kerana telah diberi kesempatan sekali lagi untuk mewarkahkah penghargaan serta ingatan saya kepada tuan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian, setelah hampir 15 tahun saya meninggalkan sektor awam. Di sektor awamlah, saya membentuk pengalaman serta nilai jatidiri saya sebagai seorang insan, bapa, ketua keluarga dan seterusnya, negarawan. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang.

Bocor: Perbualan antara Raja Nong Chik dan Rusli Baba



Saya ingin melaporkan perbualan bocor direkodkan di antara Raja Nong Chik (calon BN) dan Rusli Baba (calon Bebas) untuk Lembah Pantai.

Adalah dipercayai bahawa audio yang dicatatkan sebelum pengumuman GE13 calon BN.


Tak Ada Otak!!


"Mereka" kata TAK NAK bila PAKATAN RAKYAT tawarkan untuk hapuskan AES;
"Mereka" kata TAK NAK bila PAKATAN RAKYAT tawarkan untuk hapuskan PTPTN ganti dengan biasiswa;
"Mereka" kata TAK NAK bila PAKATAN RAKYAT tawarkan untuk hapuskan TOL;

Sultan Kelantan Murka Kepada Penderhaka Di Gua Musang



Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama Rakyat di Pusat Sivik Gua Musang, Kelantan.

Orang India Bukan Islam pun Nak Tolong PAS.. Melayu Islam??

 
Siva seorang India yang cacat anggota kaki terpaksa bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Siva memahami dan menghayati perlunya Malaysia menjadi negara yang adil dan saksama. Masyarkat majmuk yang hidup hormoni tanpa prajudis antara kaum.

Siva juga memahami dan mengerti bahawa PAS adalah parti Islam Melayu yang benar-benar menghayati agamanya dan tidak menzalimi kaum lain.

Teknik Layar Hijau: Ada kesanaan dengan Video Sumpah Laknat Saiful 2??



Teknik Layar Hijau (Chroma Key), teknik yang digunakan untuk 'superimpose' dua klip video menjadi satu. Adakah cara ini digunakan untuk video Sumpah Laknat Kali kedua Saiful di Kaabah?

Isteri Guan Eng botak kepala bantah politik wang

Oleh Malaysiakini

Lebih 100 penyokong Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin DAP dan orang ramai, berkumpul di Kuil Kek Lok Si untuk menyaksikan 'protes botak', yang diketuai oleh Betty Chew - isteri Lim Guan Eng - untuk menentang politik wang.

"Acara ini dianjurkan oleh mereka yang menentang politik wang, oleh penyokong kita dan bukan oleh parti," kata Betty selepas membotakkan kepalanya.

Riba PTPTN tiba-tiba lesap menjelang hari pengundian PRU 13 !

Oleh Syawal
Riba PTPTN yang dikenakan secara konsisten pada setiap bulan kepada peminjam, didapati tiada lagi pada penyata PTPTN untuk bulan Mei 2013.

Berkemungkinan besar, ini merupakan satu percubaan untuk mententeramkan peminjam PTPTN yang cukup marah dengan hutang yang semakin meningkat disebabkan riba PTPTN tersebut. Saya berharap pihak PTPTN dapat memberi respon berhubung kes ini dan membuat kenyataan rasmi supaya tiada lagi persoalan yang berbangkit.

Transformasi Najib: Pegawai Kerajaan Kongsi Kereta dan Naik Bas

Oleh ahmadhadeed



Rata rata ramai pegawai kerajaan yang bukan bekerja untuk BN tetapi bekerja untuk kerajaan Malaysia yang tercinta telah menunjukkan sokongan kepada perubahan cara mengurus negara. Sebenarnya mereka tahu semua kepincangan pengurusan BN menyalah guna dana negara dan peruntukan tetapi mereka tidak dapat berkongsi akibat berbagai sekatan termasuk sekatan pegawai tinggi untuk melibatkan diri dalam kegiatan politik.

Walau pun di ishtiharkan pegawai kerajaan boleh melibatkan diri dalam politik dengan kebenaran ketua jabatan , hanya mereka yang menyokong BN saja diberi kebenaran. Walau pun ada keistimewaan untuk bersara awal untuk menjadi calon pilihanraya namun hanya ahli BN saja yang dapat keistimewaan itu.

PRU13 pilihan raya 'paling lucah', kata Kadir


Oleh Salmiah Druhamad Drahsin


Shah Alam – Ketika Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (Pru13) Tinggal Dua Hari Sahaja Lagi, Media Arus Perdana Yang Menjadi Nadi Kepada Parti Pemerintah Dikritik Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

Bercakap Di Pentas Forum Sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Kadir Berkata, Dunia Media Pada Hari Ini Seolah-Olah Dicemari Oleh Pemberitaan Yang Berbeza Dalam Pilihan Raya Lalu.

Manifesto UMNO @ BN masih menepikan Hak Kebebasan Akhbar



Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menepikan hak kebebasan media yang mutlak dalam plan transformasinya kata Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

 "(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu menjadikan kebebasan media sebagai plan transformasi, tapi malangnya perkara seperti ini tidak diambil perduli.

UMNO Jerlun Sindir Najib??



Replika kapal selam dengan bendera BN di Jerlun, Kedah. Replika biasa dibuat atas sesuatu isu atau tema. Misalnya replika dacing atau wau bulan melambangkan parti. Manakala kapal selam menjadi paling top untuk PRU13 kali ini kerana isu penyelewengan dan rasuah pembelian kapal selam oleh DS Najib.

Apakah replika di atas satu 'pengkhianatan'?

Dr Maza: Nabi Tak Didik Untuk Bersumpah Di Kaabah



Dr Asri Zainal Abidin dalam kenyataan terkininya di twitter menyebut tidak pernah Nabi Muhammad s.a.w. mendidik umatnya untuk bersumpah di Kaabah jika berlaku sebarang masalah pertikaian sesuatu perkara.

Beliau ada menyebut "Kita sedia maklum terdapatnya hadith tentang keutamaan solat di Masjid al Haram serta kemustajaban berdoa di hadapan Kaabah. Tetapi Rasulullah tidak pernah mendidik umatnya untuk bersumpah di hadapan Kaabah kerana bimbing ianya menyamai perbuatan masyarakat arab jahiliyyah yang gemar bersumpah dan menilik nasib (dengan anak panah) di depan Kaabah…”

Orang Sabah Buang UMNO



PAS bertanding di Sabah sebagai memenuhi syarat dakwah. Visi di Sabah lebih kepada versi dakwah, menyampaiakan kebaikan agama kepada penduduk sana. Memberikan penjelasan Islam kepada umat Islam di sana yang tidak memahami Islam secara menyeleuruh.

PRU13 adalah satu daripada medan ke arah itu. Walaupun PAS masih baru di sana, penerimaan orang sabah Islam dan bukan Islam sungguh menakjudkan.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer