Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Friday, May 03, 2013

Manifesto UMNO @ BN masih menepikan Hak Kebebasan Akhbar



Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menepikan hak kebebasan media yang mutlak dalam plan transformasinya kata Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

 "(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu menjadikan kebebasan media sebagai plan transformasi, tapi malangnya perkara seperti ini tidak diambil perduli.

 
"Kerajaan dilihat masih menyekat hak kebebasan media, di mana dikatakan media kita telah bebas?

"Ia hanya dari segi penggunaan internet, kita bebas sedikit kalau surat khabar, televisyen dan radio ia dilihat masih tak bebas," katanya pada Forum Hari Kebebasan Media Sedunia, di sini, hari ini.

Forum ini dianjurkan bersama oleh Asian Institute for Development Communication, Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel) dan Sinar Harian.

Ia diadakan sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini.

Forum bertajuk “Safe To Speak: Securing Freedom of Expression In All Media” ini mengetengahkan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk A Kadir Jasin; Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman sebagai ahli panel.

Menurutnya, kerajaan di pimpinan oleh Najib tidak melaksanakan langkah mentransformasikan kebebasan media dan menyebabkan Malaysia dianggap sebagai mundur.

Beliau juga berkata, kerajaan wajar memberikan kebebasan media secara mutlak termasuk penghapusan permit akhbar bagi membolehkan bahan berita dihasilkan tanpa halangan.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer