Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, May 03, 2013

Serahan Memorandum GATERA kepada SPR


Iklim dan budaya politik keji dalam kempen pilihanraya umum ke 13 yang kian melata telah mendapat perhatian sebahagian besar para cendekiawan di Malaysia. Pelbagai isu moral yang keji dan penyalahgunaan kuasa dalam PRU 13 ini telah membangkitkan rasa kesedaran mereka untuk bangkit bagi memperbetulkan situasi ini dari kian membarah.

Satu memorandum berkenaan etika dan keadilan dalam pilihanraya telah disampaikan oleh  Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA) kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 10.30 pagi. Serahan oleh Dr. Shaharir selaku ketua GATERA ini telah dibuat di ibu pejabat SPR, Putrajaya dan diterima oleh Dato' Hj. Nordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha (Pilihanraya). Rombongan wakil GATERA seramai 5 orang ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Di antara yang turut hadir ialah Sdr. Dinsman, Sdr. Kassim, Prof Mokhtar dan juga Sdr. Kamaruzaman mewakili profesional muda.

Di dalam perjumpaan tersebut, Dr. Shaharir menegaskan bahawa SPR masih belum berjaya meyakinkan sebahagian besar rakyat dalam aspek integriti dan amanah sewaktu menjalankan tugas-tugasnya, seperti isu dakwat dan peti undi pos. Ianya tidak speatutnya berlaku kerana Malaysia telah merdeka lebih 50 tahun dan sepatutnya berpengalaman dalam menguruskan hal-hal berkaitan pilihan raya. GATERA juga menegaskan semua kempen parti-parti politik mestilah mengikut lunas-lunas yang bersopan, etika dan adil.

Turut memberikan respon ialah Sdr. Kamaruzaman yang memberikan pandangan bahawa SPR seharusnya bertindak sebagai pengadil yang adil. Semua kempen parti politik haruslah diberikan ruang yang sama rata sama ada di media elektronik mahupun di media cetak. SPR seharusnya bertegas dalam hal-hal ini tanpa berasa takut kepada mana-mana pihak. Beliau juga menambah bahawa GATERA mendesak SPR menggunakan segala kuasa yang ada kepadanya untuk membetulkan keadaan yang tidak bermoral ini.

1 comment:

  1. kita tgk SPR masih Dayus atau bertindak adil.

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily