Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Tuesday, April 14, 2009

BONGKAR: Taktik Jahat UmNO-Bn

Oleh Hijat Panjang

Bongkar! UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.



Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mengimbas kembali pilihan raya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar.

Dengan cara yang sama itulah Najib kini mengajar Zahid Hamidi untuk mempergunakan Kementerian Pertahanan bagi menambahkan undi untuk UMNO-Barisan Nasional untuk pilihanraya akan datang. Taktik kotor dirancang supaya kesannya berpihak kepada mereka untuk setidak-tidaknya di dalam pilihanraya umum akan datang.

Kita boleh mengesani penipuan pengundi-pengundi pos yang mana nama seorang pengundi terdapat lebih dari satu. Atau dengan kata mudah, nama dia ada kat tempat lain jugak dengan mengubah sedikit nombor tentera yang dipegang oleh seseorang pengundi. Sebagai contoh:

Sila semak secara 'random' nama2 dibawah ni di database SPR dan saksikan sendiri jawapan nya… http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Match 1
T0705196, SHAMSUDDIN BIN JUSOH, 1956, 085 PEKAN
T705196, SAMSUDDIN B JUSOH , 1956, 118 SETIAWANGSA

Match 2
T0708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1958, 085 PEKAN
T708111, JEROME LUCAS A/L LUCAS LOUIS, 1983, 107 SUBANG

Match 3
T0713078, SAIDI BIN ISMAIL, 1961, 033 BESUT
T713078, SAIDI BIN ISMAIL , 1961, 118 SETIAWANGSA

Match 4
T0713701, AMRAN BIN AWANG, 1966, 033 BESUT
T713701, AMRAN B AWANG, 1966, 196 STAMPIN

Match 5
T0713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 033 BESUT
T713794, MOHAMAD SHAMMI BIN AHMAD, 1965, 085 PEKAN

Match 6
T0713844, JOHNNY HARPER@NORAZMAN BIN IBRAHIM, 1965, 159 PASIR GUDANG
T713844, JOHNNY HARPER @ NORAZMAN BIN IBRAHIM , 1965, 118 SETIAWANGSA

Match 7
T0713938, HIPPENI BIN HAMZAH, 1964, 033 BESUT
T713938, HIPPENI B HAMZAH, 1964, 196 STAMPIN

Match 8
T0714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 033 BESUT
T714086, MOHAMAD NOR AHADI BIN HARUN, 1965, 085 PEKAN

Match 9
T0714250, ZAKARIA BIN ABU BAKAR, 1967, 033 BESUT
T714250, ZAKARIA B ABU BAKAR, 1967, 085 PEKAN

Match 10
T0714255, ZIHATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 033 BESUT
T714255, ZIATOL IHAZAIR BIN SAYUTI, 1964, 107 SUBANG

Itu baru 10, dan kedapatan beribu-ribu pengundi di dalam

Zahid berkata :"Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara."

Kita ingin bertanya kepada Zahid semejak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang oleh dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?

Jelas menunjukkan bahawa tiada justifikasi lansung terhadap langkah Kementerian Pertahanan tersebut dan sewajarnya ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat menentang usaha tersebut di Dewan Rakyat bagi menghalang perencanaan jahat manusia-manusia gila kuasa dari UMNO-BN ini.



sumber dari : blog Kelab Greenboc

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

43 comments:

  1. DAN TERBUKTI BAHAWA;
    PRK-PRK BARU-BARU INI TIDAK MEMBERI APA-APA KESAN KEPADA BN KERANA MEREKA SUDAH ADA TAKTIK YANG UTUH UNTUK PRU13 NANTI!!!

    KITA KENA TERUS BERJUANG.....

    MANAPERGI BERSIHHHH!!!!!???

    BERSIHHHHH....KENA TERUS BERJUANG....!!!JANGAN TIDUR...DAN SYOK DENGAN PRK

    PLEASE...

    ReplyDelete
  2. SPR memang berat sebelah.. mangkuk hayun betul la spr ni... lebih baik tak payah buat pilihanraya terus lg senang.. biarkan UMNO/BN perintah malaysia tercinta ni mcm negara ni UMNO/BN yg punya... penat ja kita berusaha untuk menang,kerana yg jadi pengadil tu pun penyokong UMNO/BN jugak... semua yg UMNO/BN buat mesti betul.. yg PR buat semua tak betul... sepatutnya tentera dan polis dikecualikan drpd mengundi,sebab mereka ni adalah org yg akan menyokong siapa saja kerajaan yg menjadi pemerintah

    ReplyDelete
  3. dakwaan anda tak betul. ada yang tak ada rekod.tapi yang ada rekod semuanya tak bertindih pun. lain kali kalau nak buat dakwaan sila cari fakta-fakta yang benar sahaja, saya ni orang pakatan rakyat gak, tapi saya sangat kesal kalau blogger mcm u ni dah guna pendekatan menipu sama seperti orang umno dan BN....MANA MAU DAPAT KEBERKATAN ALLAH............MOHON MAAF DAN BERTAUBAT LAH....

    ReplyDelete
  4. Al Manar, anda pencacai UMNO, x payah menipu kata Pakatan Rakyat.

    Memang senarai nampak bertindih. Orang yang sama tetapi nombor Kad Tenteranya ditambah angka 0 di hadapan.

    Buta atau sengaja buat-buat tak nampak?

    ReplyDelete
  5. al-manar yg bernanar bodoh bahlul mangkuk ayun jadi pencacai UMNO

    ReplyDelete
  6. al manar sang munawir binawer BN...

    ReplyDelete
  7. Al manar, agent yahudi + pencacai umno

    ReplyDelete
  8. Memang benar sekali berlaku banyak penipuan undi Pos tentera. Saya tahu benar akan hal ini kerana saya adalah pesara tentera. banyak pengundi hantu tentera. Orang yang dah pencen, malah yang dah meninggal pun masih ada nama untuk mengundi. Saya ambil contoh diri saya sendiri, dalam PRU 11 2004, nama saya masih wujud dalam senarai pengundi pos, sedangkan masa itu saya sudahpun 4 tahun bersara. Jadi fikir- fikirkan...

    ReplyDelete
  9. sedap saja kata kat orang ya, xpercaya rajin-rajin la sikit check daftar pemilih spr, saya tak kata yang saya tak percaya adanya pengundi hantu, memang percaya dan pernah di tangkap di kampung saya dalam by election baru-baru ni, cumanya dakwaan ni tak tepat, jgn melatah mengata kat orang, check la tengok daftar spr tu, saya ni berniat ikhlas nak menegur orang yang mungkin ada tersalah.islam kan ke agama nasihat, tak tau la kalau ada segolongan org PR tak dak salah dan silap.maksum kot.Kalau nak dakwa boleh la.........

    ReplyDelete
  10. kebodohan al-manar dgn UMNOnya dah terpacul juga akhirnya..Al-manar jgn ckp pasal islamlh geli je baca..

    ReplyDelete
  11. Kalaudah betultu betullah wahai almanar..dah siap dgn bukti ..nak tipu apanye

    Sememangnya tentera mengundi pos di beberapa tempat dan nama masih kekal walaupundah pencen

    ReplyDelete
  12. "Kita ingin bertanya kepada Zahid semejak negara mencapai kemerdekaan, bilakan masanya kita diserang oleh dari darat, udara atau laut oleh pihak tentera dari luar?"

    saudara, saya rasa ramai drpd kita yg sudah lupa kpd sejarah. lupakah kita bagaimana pihak indonesia menyerang kita semasa konfrontasi dulu? dari arah laut, udara, darat.. kesemuanya telah diceroboh! alhamdulillah dgn jasa pemimpin dan anggota tentera, negara kita selamat dan stabil. bukan itu saja, gerakan subversif lewat sosialisme dan komunis masih tersisa, malahan menjerap secara halus hingga sekarang tanpa disediri. sekadar beberapa contoh; cubalah dekati dan fahami sejarah. jgn kita terlalu taksub hingga berpecah. inilah masanya org2 melayu bersatu. fahamilah bagaimana perlembagaan persekutuan tanah melayu 1948 yg melindungi kita digubah & dijalin. harap tulisan sy tidak mengguris nubari mana2 pihak. bangkitlah melayu

    ReplyDelete
  13. satu cadangan: buat kerja dakwah macam yang nabi S.A.W buat.dakwah kpd org non muslim, tegur dan nasihat kepada yang dh muslim, apabila sudah buat begini insyaAllah kurang la masalah orang islam, lani dok melayu la, islam la, kalau ikut al-quran dan sunnah seperti yang ditunjiki oleh nabi S.A.W. bukankah akan berkat.usahakan agar orang muslim p penuhi mesjid setiap 5 waktu, buat yang itu dulu bagi berjaya...............

    ReplyDelete
  14. sorry la kawan2,tp aku try check dalam www.spr.gov.my tak ada rekod yg nombor 0 ditambah dalam nombor tentera seperti contoh2 di atas.. tolong perjelaskan mcm mana... atau pun hanya fitnah semata-mata...

    ReplyDelete
  15. sorry la kawan2,tp aku try check dalam www.spr.gov.my tak ada rekod yg nombor 0 ditambah dalam nombor tentera seperti contoh2 di atas.. tolong perjelaskan mcm mana... atau pun hanya fitnah semata-mata...

    ReplyDelete
  16. sama seperti di atas semak jug???JAWAP...

    ReplyDelete
  17. ish.. tunggu jawapan ni... sampai bila ni... tak pun spr dah update untuk elakkan tembelang pecah....

    ReplyDelete
  18. Aku ada abg ipar seorang tentera bahagian semboyan, dia ni bukannya kerja kat perbatasan tu cuma kerja office hour je pagi pukul lapan masuk kerja petang pukul lima balik rumah dia, kem tentera dia pun dekat dengan kampung dia. Tapi yang peliknya masa PRU 12 yang dulu dia tak boleh mengundi kenapa ye, ke kertas undi di dah siap diundi oleh bos2 diaorang dah tentulah pangkah BN kan. Tapi kat TV pulak masatu aku tgk punyalah TV ni nak menipu rakyat dgn mangatakan demokrasi terpelihara kat negara ni dgn tentera pun mengundi jugak macam org awam. Perghhh. tak habis2 umNO BN ni nak membangsatkan rakyat malaysia ni dgn menipu rakyat.

    ReplyDelete
  19. nk berjuang biar dengan iman..bukan dengan nafsu...macamana nk perjuangkan islam kalau dengan mudahnya menuduh org penipu, kafir, pencacai, yahudi..etc..fikir pakai akal bukan otak sbb..akal akan ditemani iman..otak main logik je..kadang2 dipengaruhi iblis...sbb tu allah kurniakan akal untuk berfikir..bukan kurniakan otak untuk berfikir...

    ReplyDelete
  20. kenapa org-org pembangkang langsung tak guna mata utk melihat dan menilai. 5 buah negeri tumbang ke pembangkang pun kerajaan tipu lagi. Tggu la PRU13 nanti, kita lipat PAS dan PKR habisan.

    ReplyDelete
  21. wahai puak2 umno... kalau tak tipu bukannya 5, 1 malaysia PR ambik... sebab tu yg org2 umno terkejut berok sebab mcmmana bleh kalah 5 negeri sedangkan perancangan dah buat dgn rapi... tp ingatlah wahai umno sesungguhnya ALLAH YG MAHA KUASA.. DIA yg menentukan... mungkin dalam PR(pas,pkr,dap) belum mendapat kata sepakat lg,sebab itulah ALLAH SWT tak memenangkan negara malaysia kpd PR.. ALAAH SWT bg try 5 negeri dulu tgk sama ada bleh mencapai kata sepakat atau tidak... dan sesungguhnya apa yg terjadi di 5 buah negeri PR selama ini akan di jadikan ikhtibar oleh pemimpin2 atasan PR... untuk memimpin negara tercinta ini pada PRU-13 nanti... wallahua'lam

    ReplyDelete
  22. 1-setiap pilihanraya, bila pas pkr kalah, mereka timbulkan isu penghundi hantu. bila mereka menang, spr bagus!

    ReplyDelete
  23. haah...Allah bg try 5 negeri dulu tu pun dah macam2 hal berlaku...dok tuduh kerajaan rasuah la..tipu la..peras keringat rakyat la...tu yg 5 negeri PR tu apa plak? tak rasuah ke? baru jaga 5 negeri dah tamak..dah huru hara...camana nk tadbir negara...

    ReplyDelete
  24. huru hara apa plak... umno/bn yg kacau... huru hara kan negeri PR... umno/bn tamakkan kuasa sampai PR tgh perintah pun nak sapu gak... skrg ni negeri yg tinggal kecuali kelantan semua tgh selesaikan kerja2 kerajaan umno yg di tinggalkan bersepah-sepah... projek2 utk rakyat semua terbengkalai.. dah 50tahun perintah pun masih lagi porak peranda... inikan plak baru setahun lebih... guna la akal yg ALLAH SWT beri utk berfikir.. jgn perlekehkan org ja...

    ReplyDelete
  25. ni nak jawab pada mart...
    spr memang tak bagus,walaupun kami menang tp terpaksa tahan dan tangkap bnyk pengundi hantu... hang tak tau ka??? kalau tak tau jgn cakap pandai...

    ReplyDelete
  26. Tentera wataniah seramai 600.000 itu sebenarnya untuk dilatih dan dihantar ke negara negara islam yang bergolak, contohnya di Gaza, Lebenon, Afghanistan, Irag, Thailand, Philipina dan sebagainya !!!!!!!!!!Apabila musim PRU dan PRK mereka akan balik jadi pengundi HANTU !!!!!!!Itu aje perancangan si Zahid ni. Dia ingat rakyat bodoh !!!!!!

    ReplyDelete
  27. Masalahnya sapa yg ajar lompat2 parti ni...tu la..dok pujuk org merata2..bila kena batang hidung sendiri pandai pulak marah2...

    ReplyDelete
  28. WAHAI PENYOKONG PENYOKONG 'ALIF MIM NUN TENDANG WAW = SARKIS'.... Bukannya tamak... Bukannya Huru hara... tapi BN yang dengki buat macam macam hal nak ganggu pentadbiran PR... Itu yang nampak huru hara... Di Perak Sapa yg buat huru hara??? Kalau bukan UMNO... Kat Selangor sapa yg buat kacau??? K toyo yg wujudkan isu repair kenderaan MB la, Lembu la.... Sedangkan dia dengan BALKIS ape ceritanya??? Kebas duit juta juta.... Apa dah jadi di terengganu???? UMNO DERIS VS UMNO AHMAD SAID...

    UMNO TERENGGANU attitude http://www.youtube.com/watch?v=OWGkbXAw7No&eurl=http%3A%2F%2Fvideo%2Egoogle%2Ecom%2Fvideosearch%3Fhl%3Den%26q%3Dterengganu%26rlz%3D1R2GGIE%5Fen%26um%3D1%26ie%3DUTF%2D8%26sa%3DN%26tab%3Dwv&feature=player_embedded

    UMNO PAHANG attitude http://www.metacafe.com/watch/1139441/adnan_yaakob_aksi_lucah_menteri_besar_pahang_untuk_rakyat/

    UMNO SELANGOR & PERLIS attitude
    http://www.youtube.com/watch?v=CJL6YBZGRMA

    UMNO Kelantan attitude
    http://video.google.com/videosearch?q=shahidan+kassim&www_google_domain=www.google.com&hl=en&emb=0&aq=0&oq=shahidan&start=10#q=samseng&hl=en&emb=0&start=80

    UMNO Pulau Pinang attitude
    http://www.youtube.com/watch?v=areO9KHEo78&feature=related

    Dannnn bermacam macam lagiiiiii...

    Kalau nak cerita pasai UMNO sampai kiamat pun tak abih....

    TIPU ITU BAGUS.... ASALKAN DAPAT APA YANG AKU MAHU.....KUASA!!!! PANGKAT!!!!! WANG!!!!.....- itulah yang ada dalam pemikiran orang UMNO dari dulu kini dan selamanya....

    ReplyDelete
  29. diharap agar segala dakwaan akan mempunyai lebih nilai pertanggungjawaban.saya sayang perjuangan islam, jgn kerana sentimen kita melatah, jangan kerana orang kita, kita tidak mahu memperbetulkan kesilapan, kita sorok-sorokkan, kalau kesalahan orang lain kita dedahkan. di antara sifat jahat org yahudi yang di laknat Allah adalah apabila kesalahan terkena diri sendiri atau kroni, di sorok-sorokkan, hukuman hanya berjalan apabila dilakukan oleh org lemah dan tak punya pertalian atau kepentingan kpd mereka, saya tak nafikan mungkin spr cepat2 update senarai ni, tapi kalau boleh dakwaan semacam ini lain kali hendaklah di pertimbangkan dengan sebaik mungkin sebelum diketengahkan........Ya Allah berilah kejayaan kepada pejuang islam dan jadikanlah kami ini hidup dan berjuang di atas Sunnah nabiMu MUHAMMAD S.A.W dan sahabat yang diredhaiMU...amin

    ReplyDelete
  30. UMNO yang mengajar lompat melompat. ADUN zaman Datuk Asri melompat hasil gerak jahat UMNO. nak bukti apa lagi.
    'bapak borek, anak rintik'

    ReplyDelete
  31. al manar kata pada puak2 umno ker???

    ReplyDelete
  32. memang puak2 umno suka sembunyikan kesalahan ahli2 yg berkempetingan dan kroni2 mereka...

    ReplyDelete
  33. emmm bagus lah kalau ade yg pro atau kon baru lah terbuka sikit :)

    ReplyDelete
  34. saya kata kepada sesiapa saja sebagai peringatan,terutama kepada diri saya sendiri dan pejuang-pejuang islam..semoga perjuangan kita akan diberkati.perjuangan x semestinya hanya di dalam pilihanraya dan mengundi saja.....

    ReplyDelete
  35. ramainya orang bangang buat komen dalam blog ini. Patutkah menidakkan hak kerakyatan polis dan tertera untuk mengundi? Bukan semua polis dan tentera sokong BN la ngok? Apakah polis dan tentera juga tidak ada pandangan dan pendapat politik mereka sendiri?

    No pengenalan polis dan tentera berbeza dengan no kad pengenalan biasa. Ada huruf prefix di depan nombor. KP Rakyat biasa ada 10 nombor. Macamana nak tambah 0 depan nombor tentera dan polis untuk menjadikan no kp rakyat biasa?

    SIAPA ITU SPR? SPR adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan. Seperti kakitangan kerajaan yang lainnya, di antara mereka juga menyokong parti-parti yang berlainan. Mereka juga warganegara. Kalau dah tak percaya SPR, lain kali pilihanraya kita panggil Barack Obama dengan gengnya menjadi SPR. Mugabe pun boleh jugak.

    Kalau setakat nak buat komen rambang siapa pun boleh buat. Pernahkah yang dok buat komen ni benar-benar dah tengok daftar pemilih sebenar dan dah buat penelitian. Jangan hanya membuat rumusan fikiran berdasarkan ceritera yang kita baca oleh penulis-penulis atau penyampai-penyampai khabaran yang berkepentingan.

    Cuba teliti contoh yang diberikan: Mungkin benar kedua-duanya adalah orang yang sama terdaftar di dua kawasan yang berbeza. Persoalannya, mungkinkah orang ini boleh hadir mengundi di kedua-dua kawasan pada hari yang sama semasa pilihanraya?

    Untuk dikeluarkan kertas undi, seseorang pengundi berdaftar mesti mengemukakan kad pengenalan bergambar yang sah. Di dalam bilik pembuangan undi dibenarkan wakil calon-calon bertanding hadir untuk memerhati proses pembuangan undi. Wakil/ejen calon yang disebut sebagai POLLING AGENT. Polling Agent diberi kuasa untuk membantah seseorang daripada mengundi jika menimbulkan keraguan dipihaknya melalui proses yang ditetapkan. "Hantu" dengan pengenalan palsu boleh disingkirkan dengan mudah, jika benar hantu.

    Selagi seseorang itu berdaftar sebagai pengundi sah dan namanya terdapat di dalam daftar pemilih yang disahkan, haknya untuk mengundi tidak boleh dinafikan walaupun beliau tidak bermastautin di dalam kawasan yang diadakan pilihanraya; kecuali berlaku percanggahan pada dokumen pengenalan diri dan daftar pemilih.

    Askar wataniah adalah pasukan sukarela tentera. Ahli Wataniah tidak diberikan pengenalan tentera menggantikan kad pengenalan sedia ada seperti mereka yang enlisted sebagai tentera regular. Kalau masuk tenterapun kad pengenalan lama dilupuskan setelah diberikan kad tentera. Setelah bersara kad tentera pula dilupuskan dan kad pengenalan biasa diberikan semula.

    Harap maklum sebelum membaut komen tidak berasas.

    ReplyDelete
  36. walaupun dengan pengundi hantu yg dikesan dalam daftar pemilih...

    walaupun media massa perdana jadi bahan iklan BN....

    walaupun rakyat dikatakan sudah tidak menyokong PR...

    walaupun Anwar dicerca dengan hebat...

    walaupun Najib yakin menang...

    walaupun Mahathir turun berkempen...

    PR masih lagi menang dgn gayanya!!!!!

    REFORMASI!!!!

    ReplyDelete
  37. umno teruskan perjuangan kamu....berjihadlah kamu....slamenye...

    ReplyDelete
  38. betulke tak de kad pengenalan tentera untuk askar wataniah? macammana pulak penubuhan askar wataniah boleh mempengaruhi undi? cuba perjelaskan pembuat artikel... nak la juga tau betulke mende camne boleh jadi atau pembuat artikel main cakap cakap pandai ajer?

    sokong mana yang betul.. :)

    ReplyDelete
  39. SPR website dah upgrade...all info is hidden. so, kita semua tak leh tengok org lain punya details. Penipu SPR..

    ReplyDelete
  40. mintak maaf kepada en syahmi...boleh x tlg buktikan kepada semua yang mengatakan spr ni penipu klau takat cakap je bek x payah wat dosa je...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer