Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Tuesday, April 14, 2009

PANDANGAN YG JUJUR & TERUS-TERANG TERHADAP SUSUNAN KABINET BARU NAJIB

Dari seorang pengunjung blog The Scribe A.Kadir Jasin:

Dato:

Saya rasa Dato harus menghentikan usaha mem-propaganda-kan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Tolonglah bercakap secara jujur dan terus-terang. Janganlah menjujung buta-buta axis Najib-Mahathir.

Soalan utama yang ingin saya kemukakan di sini: Siapa kata jemaah/kabinet Menteri Najib itu secara menyeluruhnya 'kecil' seperti kata Dato?



Biar saya huraikan.

Kabinet Abdullah Badawi saiznya 67 (32 menteri dan 35 timbalan menteri).

Kabinet Mahathir tahun 1999 saiznya 54 (27 menteri dan 27 timbalan menteri).

Kabinet Najib Razak bagaimana pula? Saiznya 68! (28 menteri dan 40 timbalan menteri).

Ertinya, walaupun dikurangkan sedikit bilangan menteri penuh sebanyak 4 saja, bilangan timbalan menteri naik sebanyak 5!

Dan dengan itu, saiz kabinet yang diwar-warkan akan dikecilkan, kononnya, adalah satu penipuan besar terhadap rakyat Malaysia. Malah, kabinet Najib adalah kabinet yang memegang rekod sebagai kabinet yang TERBESAR sekali dalam sejarah Malaysia.

Negara-negara dengan bilangan penduduk yang dua atau tiga kali ganda penduduk daripada Malaysia pun ada yang saiz kabinetnya lagi kecil daripada kabinet menteri negara kita. Bayangkanlah.

Mengikut satu kajian sains mengenai saiz kabinet yang paling efisyen, apa-apa kabinet yang lebih besar dari 20 menteri sudah kira semakin kurang efisyen (the "20-person rule" -- hukum 20 orang).

Najib sudah jauh melangkau nombor 20 itu (sudah kurang efisyen), dan lebih daripada itu menambahkan lagi bilangan timbalan menteri dengan mengisi jawatan-jawatan ini dengan orang-orang politik yang tidak semestinya layak atas merit atau kebolehan semata-matta:

-- golongan ahli politik dari Sabah ditambah ramai (kerana bimbang mereka akan menarik balik sokongan mereka kepada Barisan);

-- memberi 4 jawatan menteri kepada MCA yang kalah teruk dalam pilihanraya 2008, sama seperti bilangan jawatan menteri tahun 2004 di mana MCA menang besar;

-- Najib melantik orang politik yang telah kalah teruk dalam pilihanraya umum (iaitu orang-orang yang tidak diiktiraf oleh rakyat): Koh Tsu Koon dari Gerakan (parti yang hancur kalah ranap di pilihanraya 2008), Shahrizat Jalil,
Chew Mei Fun dan Awang Adek Hussin. Semuanya ditolak rakyat masa pilihanraya.

Ramai daripada menteri kabinet adalah sisa-sisa dari rejim Mahathir dan Abdullah Badawi juga.

Jadi Dato, macam mana Dato boleh tergamak nak sebut kabinet Najib ini "menarik"?

Tolong jujur sikitlah Dato kalau nak dilihat sebagai penganalisa politik yang boleh dipercaya.

Kalau Dato tidak boleh mengimbangkan komen yang positif dengan komen dan kritikan yang negatif, dan cuma menghelah rakyat dengan memberi komen-komen yang lembut dan manis sahaja, saya rasa baik Dato tolak jemputan masuk televisyen untuk rancangan-rancangan berbentuk 'analisis'.

Para pembaca sekalian harus juga was-was apabila membaca tulisan Dato Kadir Jasin dan para penganalisa politik yang sewaktu dengan beliau agar tidak menelan bulat-bulat semua yang dikatakan mereka sebagai benar dan betul. Gunakanlah akal fikiran untuk menilai tulisan-tulisan mereka ini dengan berhati-hati. Luaskan bacaan dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang berbeza untuk mengimbangkan pandangan yang sempit.

Wassalam.

8:09 AM

9 comments:

  1. dato dah tua

    mungkin tak pandai mengira lagi

    atau mengalami sindrom Melayu Mudah Lupa

    ReplyDelete
  2. au pun ttkktu nak kata apa yg penting duinii selamat dari azab neraka

    ReplyDelete
  3. aku pun tak tau apa nak cakap yang penting dunia ni selamat dari azab neraka

    ReplyDelete
  4. Biar macam mane pun kabinet malaysia kita sebagai rakyat malaysia harus hormat kepada pemimpin...

    ReplyDelete
  5. banyak sangat politik ayam kat reban pon tak makan.. :)

    ReplyDelete
  6. awal-awal...matematik dah fail...mgkn dato belajar ilmu hisab.....kena upgrade pemikiran
    sikit...jgn kerana duit...kita gelap mata

    ReplyDelete
  7. apa nak heran, dah berpuluh tahun dah darah daging UMNO wujud dalam tubuh badan dan pemikiran Kadiaq nih, berpuluh tahun jadi anjing UMNO, menyalak utk UMNO, subahat dgn UMNO, ampa pecaya ka dia dah berubah?? Tuih!! tuih!! Tuih!!

    ReplyDelete
  8. jangan mempersalahkan dan menghina UMNO begitu.sebelum ni umnolah yang memperjuangkan nasib orang melayu.Jangan kerana ada diantara pemimpin UMNO yang melakukan salah kita terus nak menghukum UMNO.Kalau selepas ini andai kata pakatan rakyat melakukan kesalahan yang sama seperti UMNO sekrang apakah masyarakan akan menghina dan mengherdik pakatan rakyat seperti mana masyarakat menghina UMNO sekarang fikir2lah

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer