Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Tuesday, April 14, 2009

Pakatan Rakyat: Kerajaan Persekutuan 2011?

Oleh PuteraBatu

Pada kurang daripada 5 tahun lepas UMNO dan BN memegang kuasa yang paling besar dalam sejarah negara dengan menguasai lebih daripada 90% kerusi Dewan Rakyat.

Tetapi sifat takabbur dan riak mula menjadi bibit-bibit perpecahan dan kehancuran UMNO dan BN.

Allah SWT telah berfirman, sekiranya kamu bersyukur maka akan aku tambahkan nikmatku, dan sekiranya kamu kufur, maka azabku amatlah pedih.

Kini keadaan sudah terbalik. Dahulunya UMNO dan BN mengekalkan sokongan golongan Melayu pada nisbah lebih kurang 50%, dan bergantung kepada sokongan padu golongan bukan Melayu; kini keadaan sudah berubah. Sekiranya warga Cina, India, Kadazan, Dayak dan warga Malaysia selain Melayu menyokong Pakatan Rakyat dan UMNO berterusan memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka kekuasaan yang BN rasai dahulu akan berpindah kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Golongan muda yang lebih-kurang 100% mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya UMNO dimana UMNO memohon restu rakyat (tetapi tidak direstui) lebih memeritkan suasana.

Ahli akar umbi haruslah meningkatkan usaha menambahkan ahli untuk memastikan 'mood' berterusan hingga ke tarikh PEMILU yang akan datang. Bersiap-sedialah golongan Umarak Suuk seperti Hamid Albar yang akan merasakan peritnya ditahan dibawah ISA.

Harapan saya agar Abang Mat Sabu 'ditabalkan' sebagai Menteri Dalam Negeri dan berkuasa penuh untuk menuntut keADILan bagi tahanan yang dipisahkan daripada keluarga dan sanak saudara tanpa bukti empirik.

Telah saya katakan dalam posting saya sebelum ini bahawa teori RAHMAN akan berakhir dengan N; iaitu Najib Razak; dan dengan huruf itulah juga terbenamnya politik perkauman, tindas menindas dan politik ugutan.

Amin.


http://puterabatu.blogspot.com/

6 comments:

  1. harap-harap kalau PR jadi kerajaan dan BN jadi pembangkang,tak adalah rusuhan,letupan bom dan bunuh membunuh.

    ReplyDelete
  2. Selepas Teori RAHMAN Teori ANWAR?

    ReplyDelete
  3. pakatan rakyat lah yang patut memerintah kerajaan.

    Aku mau Dato' Seri Anwar jadi PM
    TPM: Nurul Izzah
    TPM2: Dato' Seri Wan Azizah

    Naib Presiden: Husam
    Naib Presiden: Lim kit Siang
    Naib Presiden: Karpal Singh

    Semoga allah merahmati keluarga Dato' Seri Anwar

    ini lah yang diimpikan oleh rakyat malaysia

    ReplyDelete
  4. Yang buat artikel ni, fikirkanlah secara bijak bukan menggunakan akal yang dangkal. Kalau ketuanan melayu hilang. kamu nak jadi apa. Bersyukurlah dengan nikmat sekarang. Pergilah negara lain,kamu tak jumpa negara demokrassi seperti Malaysia. Semua negara ada perasuah, tapi Malaysia adalah antara negara terbaik yang membanteras Rasuah. Ko Ingat kalau Pakatan Rakyat jadi pemimpin tak ada Rasuah. Perak belum setahun ditakbir Nizar, Cina je dapat keuntungan. Sekolah Cina dibaiki, sekolah Agama terbiar macam tu je. Jangan satu hari nanti bangsa Melayu jadi macam Rohingnya. Kita yang mempelopori tanah ini. Kita berhak menjadi tuan kepada tanah ini. Kaum Cina dan India juga diberi hak untuk menetap di tanah ini. Tapi kekuasaan masih pada Melayu dan Bumiputra Sabah & Sarawak. Fikir dengan tenang.

    ReplyDelete
  5. saya sokong sangat2 pe yang ditulis oleh mohd afandi.kita sebagai rakyat malaysia seharusnya bersyukur kerana negara kita masih aman dan tenteram jangan tau asik mengkritik je...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer