Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Tuesday, April 14, 2009

Malik Dahului Maktar Sebagai Calon Timbalan KM 1 Pulau Pinang..??

Oleh Hijat Panjang

ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim, disebut-sebut sebagai timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut minggu lalu.

Abdul Malik dilihat sebagai calon pilihan kerana mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila ditugaskan sebagai exco perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna.

Beliau sebelum ini diberikan tugas hal-ehwal Islam yang dipegang Mohammad Fairus bagi "meringankan tugas" ADUN Penanti itu.


Seorang lagi calon timbalan satu ketua menteri, Maktar Shapee pula dilihat berpotensi dilantik sebagai exco bagi mengambil alih portfolio pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat yang diketuai oleh Mohammad Fairus sebelum ini.

Maktar, juga ADUN Sungai Bakap, mengetuai PKR Nibong Tebal.

Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, walaupun Maktar aktif menjalankan tanggungjawabnya sebagai ADUN, pesara guru itu difahamkan "kurang pandai berpolitik" – menjadikan beliau tidak sesuai mengisi jawatan penting itu.

Abdul Malik dan Maktar dipertimbangkan ke jawatan nombor dua itu apabila terdapat dua orang sahaja ADUN PKR berbangsa Melayu – selain Muhmmad Fairus – dalam kerajaan Pulau Pinang.

Malik bagaimanapun ketika dihubungi hari ini berkata, beliau "belum lagi" mendapat sebarang makluman daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau dihubungi secara rasmi oleh PKR, Malik mengulangi jawapan yang sama: "Belum lagi."

Usaha mendapatkan reaksi Maktar setakat ini belum berhasil.

Sementara Setiausaha PKR Pulau Pinang, Mustafa Kamal Mohd Yusof berkata, status kekosongan kerusi timbalan ketua menteri itu "tidak langsung dibincangkan" dalam mesyuarat perhubungan semalam.

Tambahnya, PKR negeri menyerahkan sepenuhnya keputusan mencari pengganti Fairus kepada kebijaksanaan ketua umumnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Semalam Dato' Seri Anwar datang, beliau tidak ada sebut langsung tentang perkara itu," katanya.

- sumber dari Malaysiakini.


* p/s - takkan la masih jadi persoalan dan tanda tanya siapa sepatutnya jadi tkm 1 p.pinang..??? nak kena saring dan cari calon yang paling sesuai betoi-betoi ka baru nak namakan pada KM..??? Baru nak ambek pengajaran ka dari pengalaman yang sudah..??? Takkan kott..??? Ataupun masih tak puas hati dengan 2 calon yang dok ada tuu...??? Atau yang letak jawatan tu masih jadi tarohan harapan nusa dan bangsa ka..???? Dan dari laporan Mkini YB Maktar tu apa dia..??? "kurang pandai berpolitik"...??? Macamana tu tak pandai berpolitik hah..??? Yenna daaaa...apa dia nii...????


--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

1 comment:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer