Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Thursday, May 09, 2013

Ustaz Azizan Telah Selesai Pemotongan Sebelah Kaki


Saya mendapat maklumat daripada kenalan, Ustaz Azizan selamat menjalankan pembedahan memotong sebelah kaki. Pihak pakar akan menangguhkan dulu untuk pemotongan kaki kedua untuk melihat perkembangan kesihatannya.

Kaki sebelah mana, sorry tak sempat nak tanya...

Azmin Dah Buat Sidang Media??


Ini adalah gambar kononnya sidang media Azmin dibuat di suatu tempat di rashiakan atas dasar keselamatan. Kononnya perkara ini telah disahkan menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu perkara tersebut..






Ustaz Azizan akan jalani pembedahan bagi memetong kedua-dua kakinya

Mengiku berita daripada Bernama, Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman.

Sumber ini adalah daripada setiausaha akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya.

9 Manusia yang mendapat pertolongan Allah SWT


Siapakah orang yang memperoleh kebaikan, kemenangan, kejayaan dan pertolongan Allah SWT dalam kehidupan dunia?

Ini pertanyaan yang baik, selain kita berpolitik rasanya kita kena toleh diri kita adakah kita 'RAPAT' dengan ALLAH dan setiasa mendapat pertolonganNYA??


Pelajar Bukan Islam Mendalami Islam



Lim Jia Piau Edward, 10 tahun darjah 4 dan belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang sejak setahun lalu. Pelajar bukan Islam terutama keturunan Cina biasanya bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina SRKJ (C) Tanjong Karang tapi dia berbeza...

Semua ahli keluarganya bukan beragama Islam tetapi Lim dihantar belajar agama Islam di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Desa Tanjong Karang.

Betul ke Ada Sidang media Azmi Esok di Hotel De Palma, Ampang ??

Menurut berita yang diterima, Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang kira-kira jam 11 pagi. Walau bagaimana pun maklumat ini masih belum disahkan.

Sidang media ini  dikatakan ada kaitan jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Walaubagaimana pun ada sedikit pencanggahan maklumat, jika dilihat kenyataannya di Sinar Harian. Azmin menafikan dia akan keluar PKR malah dia kata PKR sebati dengan jiwa dan raganya.

Bersorak Rimau Dalam Zoo! Mat Said Sah MB Terengganu

Datuk Seri Ahmad Said kekal sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua. Adun Kijal itu dijangka mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah jam 3 petang ini.

Sebelum ini beberapa spekulasi mulai tersebar kemungkinan Ahmad Said tidak dikekalkan dan mungkin diganti dengan calon baru. Tiga nama disebut-sebut untuk dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan kekananan dan pengalaman dalam kerajaan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (EXCO).

PAS Setuju Tan Sri Khalid Terus menjadi MB Selangor - Penegasan




PAS Setuju Tan Sri Khalid Terus menjadi MB Selangor, kata Tuan Guru haji Abdul Awang dalam ceramah PASCA PRU13 di Rusila 8/5/2013.

Siapa Bunuh Petugas PKR Parlimen Tapah??



Satu lagi pembunuhan kejam....siapa pembunuhnya?  Mayat petugas PKR bagi Parlimet Tapah ditemui terapung dalam lombong di kawasan Perindustrian Bemban, kelmarin......

"Lokasi kejadian adalah lombong terbiar di belakang kawasan perindustrian dan jauh dari kediaman penduduk.

Nik Aziz Nak Ludah Orang UMNO??

Sebentar tadi saya mendapat "mentioned you in a comment" di facebook oleh rakan cybertropper UMNO, Mohd Noor, sama dengan nama ayah saya pasal Nik Aziz nak ludah orang UMNO yang nak berjabat salam persahabatan antara UMNO-PAS.

Saya jawab, saya kena dengar dan teliti ucapan Nik Aziz dulu, pasal dia bercakap "bahasa dia dalam". Maksudnya orang bodoh tak boleh faham KAH KAH KAH.

Saya dah lihat isu ini dimainkan dalam fb puak-puak UMNO tapi saya tak ambil kisah, pasal serangan kepada 'orang tua' ini sangat hebat!

NiK Aziz Nik Mat akan lepas jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan


Datuk Nik Aziz Nik Mat sebentar tadi maklumkan akan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Musyidul Am PAS. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, pagi ini.

Kelantan, Terengganu "Kami Nok Usem Nate"

Kelantan dan Terengganu ada banyak persamaan dalam banyak hal. Orang Terengganu boleh faham bahasa Kelantan walaupun dia tak boleh bercakap Kelantan. Begitu juga orang Kelantan boleh faham bahasa Terengganu walaupun dia tak boleh bercakap lorat Terengganu.

Tapi dari segi politik, sangat berbeza kedua-dua negeri ini. Walaupun kedua-duanya kubu kuat PAS. Tapi kerjasama antara PAS Terengganu dan PAS Kelantan sangat erat.. saya ulangi sangat erat.

Dalam Pakatan Rakyat Kita Kena Realistik



Kecoh pasal MB Selangor. Untuk PAS dan DAP rasanya dah selesai. Semalam Presiden PAS, Tuan Guru Hajib Abdul Hadi Awang telah memaklumkan dia menelefon Pesuruhjaya PAS Selangor untuk tidak menutut jawatan tersebut.

Dalam menguatkan Pakatan Rakyat di Selangor agar kekal dan bertahan lama sebagaimana PAS Kelantan boleh bertahan 23 tahun perlu difikir bersama. Pakatan Rakyat perlu banyak berbincang dan polimik yang berlaku jangan sampai berpanjangan.

PAS dan DAP setuju Khalid Kekal MB Selangor, Tapi ada yang tak setuju pulak!!!



PAS melalui dua kenyataan awal Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani dan SU Agong memberitahu bahawa PAS tak tuntut kerusi MB Selangor malah bersetuju Tan Sri Khalid Ibrahim kekal MB Selangor.

DAP melalui SUnya Lim Guan Eng telah memberikan kenyataan sama bersetuju Khalid kekal sebagi MB Selangor. Tapi malangnya ada yang tak setuju PULAK!!!
 

Kenapa boleh jadi begini di Dun Damak Pahang??


Calon bebas Cikgu Koh Boon Heng Naib Pengerusi DAP Pahang selaku Pengerusi DAP Jerantut bertanding atas tiket BEBAS. Manakan Dr Jamaluddin pula atas tiket PKR.

Gaduh PKR-DAP yang jadi mangsanya adalah PAS. Calon PAS Parlimen Jerantut iaitu Dr.Hamzah Jaafar. Calon terbabit adalah merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang juga Yang DiPertua PAS Jerantut.

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer