Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Thursday, May 09, 2013

Kelantan, Terengganu "Kami Nok Usem Nate"

Kelantan dan Terengganu ada banyak persamaan dalam banyak hal. Orang Terengganu boleh faham bahasa Kelantan walaupun dia tak boleh bercakap Kelantan. Begitu juga orang Kelantan boleh faham bahasa Terengganu walaupun dia tak boleh bercakap lorat Terengganu.

Tapi dari segi politik, sangat berbeza kedua-dua negeri ini. Walaupun kedua-duanya kubu kuat PAS. Tapi kerjasama antara PAS Terengganu dan PAS Kelantan sangat erat.. saya ulangi sangat erat.

Misalnya IT, saraf, bilik gerakan dll Mereka saling tukar menukar pandangan dan strategi. PAS Kelantan agak mahir dalam saraf dan bilik gerakan, terutama pasal maklumat daftara pemilih serta pengundi. Manakala Terengganu lebih kepada IT. Hanya IT Kelantan mempunyai peruntukan yang banyak.  Sebenarnya ini bukan sahaja berlaku pada parti PAS malah UMNO juga dikatakan bertukar pandangan.

UMNO Kelantan cuba belajar bagaimana UMNO Terengganu boleh jatuhkan PAS Terengganu hanya satu penggal sahaja.

Salah satu strategi PAS PUSAT untuk kembali semula mendapat sokongan terutama orang-orang Melayu, slogan PAS GANTI UMNO diperkenalkan. PAS GANTI UMNO (PGU) hanya berjalan lancar di Terengganu sahaja dimana Terengganu boleh mengadakan 7 PGU. Di negeri-negeri lain slogan ASAL BUKAN UMNO lebih realistik, jadi PGU tenggelam.

Saya tak berapa suka PGU, sebab perkataan PAS itu akan menjadi mangsa sasaran. Saya lebih suka ABU, asal bukan UMNO, jadi perkataan UMNO menjadi sasaran tanpa melibatkan mana-mana parti. itu pendapat saya, lain dengan kepimpinan. Rupanya PGU ini pun dibahaskan beberapa kali sehingga tak ada keputusan di kalangan kepimpinan, sehingga yang duduk di kerusi roda juga terpaksan buat keputusan...

Kritikan kepada PGU ialah PAS akan berperangai macam UMNO dan ada yang mengiyakan kerana sekarang ini UMNO pula menjadi juara suara Islam (walaupun bukan betul..) misalnya kalimah Allah.. dll.

Ok dah lari jauh..

Dulu Terengganu tak terima keputusan Sultan menolak Idris Jusoh menjadi MB. Maka bantahan pun dibuat. Terkeluarlah "Kami Nak Deris Natang"

Macam saya kata, Kelantan terikut perangai UMNO ini, tak setuju dengan Sultan menolak Husam... Nasib baik mereka yang membantah tak tulis slogan "KAMI NOK USEM NATE"

walaupun joke.. saya serius pasal kepentingan dalam Jamaah..

Perangai pengikut Husam ini suatu yang sangat buruk, dia kudis dalam Jamaah, Husam ada sebut pasal Khalid Ibnu Walid dalam video tapi malang Husam tidak menghayati bagaimana pengikut Muawiyyah yang membantah Saidina Ali... juga kerana tidak puas hati??

Apa terjadi kepada jamaah islam ketika itu?? Saya sudah tulis jangan rosakkan langkah pertama pertukaran MB di Kelantan... NANTI BURUK PADAHnya!!!

Kamu ada pemimpin dan kamu akan bertanggungjawab setiap kepimpinan kamu!!



Note:
Saya rasa nak tulis perkara ini bila terbaca (kelik)



No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily