Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Friday, May 10, 2013

Kita Nak Otak Bukan Kaki - Ustaz Hadi

 

Saya dikhabarkan oleh PA Ustaz Azizan Abdul Razak, abg Muzaini Azizan bahawa ketika kehadiran Tuan Guru Haji Hadi di Hospital Pulau Pinang yang kebetulan juga turut dihadiri oleh Menteri Besar baharu Kelantan pada petang kelmarin sebelum ustaz masuk bilik pembedahan pada jam lebih kurang 3 petang.


Antara Sebab BN Boleh Bertahan PRU13 Kerana Kempen Video Ini!!



Menurut analisis daripada Bilik Gerakan BN, kalau tidak BN kalah tapi dapat juga bertahan dengan simple majoriti, salah satu sebab video kempen ini...

Betul ke Ketua Polis Negara Nak Letak Jawatan??


Banyak SMS saya terima untuk pengesahan mengenai Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar nak letak jawatan kerana tak tahan desakan daripada pihak UMNO berhubung dengan Perhimpunan di Stadium Kelana Jaya beru-baru ini. Katanya berita daripada sumber Bukit Aman.

Saya gelak, kata saya apa yang terdapat di internet perlu dihalusi. Oleh kerana media ini bebas ada banyak perkara kadang kala disalahgunakan. Tak payah pergi jauh sekadar berita Ustaz Azizan sudah cukup.. Sakit dan Mati?? Bila potong kaki Hari ini atau Esok?? 2 Kali atau satu dulu?? semuanya tak ada maklumat tapi berlumba-lumba untuk menyampaikan untuk menjadi yang pertama.

Ustaz Azhar, Salahudin, Mustafa & Tan Sri Muhammad Taib



Ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus di Perkarangan Masjid Rusila pada Majlis PASCA PRU13 pada 8 Mei 2013.

Salahudin, Mustafa & Tan Sri Muhammad Taib lihat di bawah.

Akhbar Taiwan Mengambar Najib Sebagai Ahli SIlap Mata


Akhbar Taiwan mengambarkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai seorang ahli silap mata yang mampu mengubah keputusan pilihan raya.

Kenyataan Penuh Azmin Ali



Dalam masa 48 jam yang lalu, pelbagai khabar angin beredar di kalangan media, internet dan media sosial berkenaan kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden KEADILAN dan kesetiaan saya kepada Pakatan Rakyat di peringkat Negeri dan Persekutuan. Khabar – khabar angin ini menggambarkan saya akan meletakkan jawatan dalam Parti dan sebagai wakil rakyat yang dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen.

Saya percaya khabar – khabar angin ini dimulakan oleh UMNO – BN. Dari khabar – khabar angin ini, mereka ingin menuduh saya sebagai individu yang tidak bertanggungjawab, yang akan meninggalkan Parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik, seterusnya mengkhianati amanah yang diberikan kepada saya oleh rakyat.

Citer Pasal Ibrahim Ali



Selepas PRU semua orang bertanya pasal Ibrahim Ali. Ke mana sebenar Ibrahim Ali ini?

Pengundi Hantu Marahkan BN (Tak Dapat Duit): Bakar Bendera & Bakar Diri!!



Bila saya lihat video ini, tergolek saya gelak. Ini adalah kejadian benar, bukan lakonan. TAPI bukan realiti di sini sekadar nak perli UMNO @ BN

Betulkah Azmin dakwa Anwar minta siap sedia ganti Khalid??


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak khabar angin beliau akan meletakkan jawatan dalam PKR, apatah lagi keluar parti dalam sidang media tadi, di pejabat Parti Keadilan Selangor.

Katanya khabar angi itu datangnya dari BN. Menurutnya keputusan untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Selangor hendaklah diambil secara musyawarah. Sehingga kini, katanya adun-adun PKR di Selangor belum lagi dipanggil dan dirunding untuk melantik sesiapa pun sebagai menteri besar.

Sikap Najib dengan Kaum Cina


Sikap politik Najib dengan masyarakat Cina boleh ditunjukkan dengan aksi 2 ekor kucing diatas.

Rakyat sekarang sudah boleh berfikir dan menilai. Suasana tidak lagi sama seperti sebelum era internet apabila semuanya senang dikelentong. Sekarang ialah zaman maklumat dihujung jari. Setiap perbuatan, tingkah laku samada baik atau buruk boleh diketahui umum hanya dalam masa beberapa saat sahaja.

Negara Kita Makin Tak Selamat: Kanak-kanak perempuan 12 tahun dirogol dan dibunuh



Indek Jenayah makin meningkat, kadar pembunuhan juga bertambah, tetapi perkara ini di nafikan kononnya Malaysia adalah negara Asia paling selamat. Itu semua pembohongan oleh UMNO dan BN. Kita dimomok dengan maklumat palsu.

Semalam kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai mangsa rogol dan bunuh dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi.

Dua lapor polis untuk artikel Muka Hadapan Utusan Semalam

Utusan pecah rekod lagi, ini bukan pasal saman. Ini kes polis. Dua individu membuat laporan polis terhadap akhbar Utusan Malaysia berhubung artikel muka depannya kelmarin, yang didakwa mempunyai unsur hasutan.

Laporan berkenaan dibuat seorang pengurus, Chok Ying San, 39, dan peguam, Sin Yoong Ming, 43, yang menyifatkan artikel disiarkan cuba membakar sentimen perkauman dan permusuhan kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa, berkata pengadu yang membuat laporan di Balai Polis Travers, memohon siasatan menyeluruh dijalankan ke atas akhbar berkenaan.

Masjid di Melaka tidak dipagar mulai sekarang

Hari ini semua institusi masjid di negeri ini tidak akan lagi dipagar bagi memberi ruang yang luas di kawasan sekitarnya untuk digunakan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti rekreasi, kata Menteri Besar Baru Datuk Idris Haron yang menggantikan MB BENGONG sebelum ini.

Langkah ini baik, saya setuju boleh memastikan peranan masjid bukan setakat sebagai tempat ibadat tetapi juga membolehkan orang ramai berkumpul untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

Peranan masjid kembali kepada peranan asalnya, institusi ini berperanan mengajak masyarakat, ahli keluarga dan golongan remaja mendekati rumah Allah.

Liang Lahad Untuk Kaki Ustaz Azizan


Gambar ini saya petik daripada album fb "Garis Media" dengan petikan caption Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.

Liang bersebelahan dengan kubur Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor. Sama-sama kita doakan semoga Ustaz Azizan serta keluarganya tabah..

Ucapan Penuh Presiden PAS pada Ceramah PASCA PRU13



Kehadiran yang begitu ramai pada malam tersebut, dianggarkan 20,000 orang. Mungkin ada yang tak sempat hadir dan mendengar ceramah pada malam tersebut. Saya petikan ceramah TG Haji Abdul Hadi di Dewan Tok Guru, Perkarangan Masjid Rusila pada 8 Mei 2013untuk dihayati bersama....

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer