Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, May 18, 2013

Pasal Artis, Ada Ke Kiri dan Ada Ke Kanan

Pada PRU-13 baru-baru ini, artis juga turut mewarnai suasana apabila 3 orang artist turut bertanding. Kehadiran artis membawa suatu perubahan bahawa selain daripada selalu dibabitkan kepada perkara negetif artis kini akan menjadi YB yang sudah pasti memmpin masyarakat.

Dunia artis masih dalam kelam ada yang ke kiri dengan penuh masalah dan noda. Terkini Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jais pada 3.30 pagi semalam.

Serbuan dilakukan di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Shah Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan Jais.

Tidak semua ke kiri, ada ke kanan untuk berubah. Terkini juga Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Ejen 88 dan 44 kini sudah tampil dengan imej baharu bertudung.

Katanya "SAYA baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah lima hari yang lalu. Alhamdulillah, pemergian saya ke Mekah kali ini telah membuka pintu hati saya untuk bertudung."

"Tujuan saya ke sana adalah menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, saya berkesempatan mengerjakan umrah bersama suami dan anak," ujarnya memulakan bicara.

Menurut Eja, sebenarnya niat untuk mengubah penampilannya itu sudah mula difikirkan sejak dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada tahun lalu. Ujarnya, niat tersebut kemudiannya tertangguh begitu sahaja dan kini dia sangat bersyukur kerana telah dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk bertudung.

"Sebelum ini saya sudah tiga kali mengerjakan umrah sejak tahun 2008, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku apabila pulang ke Malaysia dan saya masih kekal dengan imej dan penampilan yang sama.

"Bagaimanapun, ibadah umrah yang keempat ini telah memberi rahmat buat diri saya kerana telah diberi petunjuk dan berkat doa yang tidak putus-putus," jelasnya.








 

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily