Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Saturday, May 18, 2013
Misi Gabungan UMNO-PAS??
Secara peribadi saya sangat menghormati Ustaz Nasharudin Mat Isa kerana ramai pemimpin yang saya berhubung melalui telefon Ustaz Nasa dan keluarganya adalah yang terbaik dalam menjawab panggilan. Malah keluarga mengesyorkan saya hubungi selepas waktu subuh.. jika susah nak dapatkannya.
Itu cerita lama...
Citer lama biasanya sekadar ingatan dan pengajaran, semacam kita menginggatkan kisah bagaimana Saidina Omar makan Tuhannya bila dia lapar!
Saya ikuti temubual TV3 dengan Ustaz Nasa sebelum PRU13. Ustaz Nasa tegaskan bahawa dia melaksanakan misi Dewan Harian PAS Pusat, kenapa dia dipersalahkan.
Walahualam, rasanya didipersalahkan kerana dia membawa misi lebih daripada apa yang dikehendaki oleh Dewan Harian PAS Pusat. Misinya untuk mendengar apa kata UMNO, bukan lebih daripada itu. Saya sampai hari ini masih berpendapat kena ada hubungan antara UMNO-PAS tapi bukan bergabung.
Hubungan itu dalam erti yang lebih Islamik ialah muzakarah (ada yang memberikan makna lebih detail sebagai muqabalah). PAS ada banyak manafaat hasil muazarah secera tidak formal, misalnya pasal penerbitan semula akhbar Harakah, pembebasan tahanan ISA dan banyak lagi yang tak perlu ditulis di sini.
Penyatuan orang Melayu Islam tak akan tercapai sepenuhnya jika PAS-UMNO bergabung. Jangan kita terlalu 'idea' dalam hal ini. Islam 'bersaudara' harus difahami dalam konteks sebenarnya.
Saya berpendapat Ustaz Nasa silap dalam membuat perhitungan bahawa Islam di negara ini boleh diselamatkan jika PAS-UMNO bersatu.
Saya lebih cara Khairy walaupun dia tak ada title Ustaz, tapi bila dia nak buat sukan dia kata nak jemput Pemuda PAS... itu konsep penyatuan yang baik.
Saya sangat dukacita apabila Ahmad Said membuat kenyataan mana-mana kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat akan diabaikan. Sepatut Ustaz Nasa dan gengnya dalam gambar pergi tarbiyyah Ahmad Said dalam hal penyatuan UMNO-PAS.
Satu lagi, bukan sahaja puak UMNO yang 'bengong' pasal penyatuan yang Islam anjur dalam banyak ayat al Quran. Dalam Pakatan Rakyat pun ada yang bengong (bangang) kononnya kalau ada pertemuan itu adalah nak hidupkan UG. UG pun mereka tak sebenarnya tak tahu.
Akhir untuk coretan ringkas ini, dalam usaha 'misi' ini sepatutnya Ustaz Nasa jangan jadi kambing yang berada di luar kumpulan. Kalau kita berada diluar kumpulan kita akan mudah di'baham' binatang buas.
Saya sudah melihat Ustaz Nasa sudah mula dicengkam....
Sebenarnya sebaik-baik tak payah layan Ustaz Nasa ni... Tapi saya 'galak gatal gi tulis jugak'
Note:
Coretan ringkas saya menjawab kenyataan Ustaz Nasa bahawa parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama di Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Bulan Ini
-
▼
2013
(266)
-
▼
May
(239)
-
▼
May 18
(9)
- Kunjungan Presiden PAS di CCU
- Adam Adli Ditahan di Bawah Akta Hasutan.
- Najib buat mesyuarat Kabinet tak ikut peraturan - ...
- Malaysia's funniest and tragic court video
- Kisah Banduan 650, Dr. Aafia Siddiqui
- Misi Gabungan UMNO-PAS??
- Blogger Pakatan Rakyat Kena "Jenggi" Blogger UMNO
- 81% Pembaca Setuju Anwar Ibrahim Bersara Adalah Palsu
- Pasal Artis, Ada Ke Kiri dan Ada Ke Kanan
-
▼
May 18
(9)
-
▼
May
(239)
No comments:
Post a Comment