Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Sunday, January 18, 2009

“Character Assassination” senjata makan tuan

Oleh Mummy Rokiah

Kekalahan Wan Farid di dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu tidak dapat dinafikan hasil dari gambar beliau berkaroake bersama keluarga yang telah di “positioned” kan seolah-olah Wan Farid kaki "enjoy". Gambar ini tersebar luas sebaik sahaja apabila nama Wan Farid diumumkan sebagai calun. Melalui rangkian cyber hari ini sebaran ini begitu cepat dan meluas khususnya sasaran kepada pengundi luar yang sibuk bekerja di luar Terangganu. Gambar ini lebih menyakinkan lagi apabila diperkuatkan dengan kenyataan sikap Wan Farid yang sombong dan tidak mesra rakyat seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir. Sebab itu jika dilihat peratus pengundi luar yang balik mengundi menurun begitu mendadak.

Apabila isu ini tersebar, jentera UMNO dan Wan Farid sendiri lambat menghidunya dan penjelasan perkara yang sebenar juga terlalu lewat. UMNO "take it easy".


Sebenarnya strategi “character assassination” (CA) ini telah berjaya diamalkan di dalam pilihanraya 1986. Ketika itu BN di bawah Tun Mahathir menghadapi tentangan hebat dari Tengku Razaleigh Hamzah dari Semangat 46. Ini ekoran dari perbalahan yang teruk di dalam UMNO sendiri sehingga UMNO diisytiharkan pertubuhan haram. Kekuatan BN telah lumpuh apabila PBS dari Sabah mengistiharkan keluar dari BN. Sehinggalah tersebarnya gambar Tengku Razaleigh Hamzah memakai tengkolok berlambang salib.

Propanganda ini telah dilakukan oleh Utusan Malaysia di bawah Zainudin Maidin pada ketika itu. Gambar-gambar ini disebar meluas di seluruh mesjid-mesjid dan akhbar Utusan Malaysia. (sumber - rujuk http://cari.com.my/viewhead.php?tid=370708 – “Aku masih ingat lagi, masa tu masih bersekolah tengok terpampang gambar besar Ku Li pakai salib atas kepalanya. Utusan Malaysia menulis betapa kesalnya orang Melayu kerana Ku Li menjadi ejen Kristian. Digambarkan seolah2 Ku Li sudah masuk Kristian. Utusan semasa itu dipegang oleh Zainuddin Maidin. Dia tahu kelemahan orang melayu ialah agama & adat resam. Walaupun ramai orang melayu tonggang arak tapi bab-bab lambang salib nih orang melayu cukup sensitif.” ) Strategi ini berjaya memulihkan kembali kekuatan Mahathir dan BN.

Strategi ini ternyata senjata makan tuan, apabila gambar-gambar Najib dikaitkan bersama wanita Mongolia dan dahulu gambar-gambar Mahathir juga di “fabricate” untuk membunuh watak mereka.

Hari ini apa yang berlaku adalah “duplication” dari apa yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Cumanya jika dahulu diperalatkan media-media massa yang di bawah kawalan mereka yang berkuasa tetapi sekarang dilakukan melalui jentera-jentera cyber yang diluar kawalan dan lebih bebas. Media kerajaan seperti RTM menghadapi kejatuhan rating kerana pengstrukturan baru yang memeningkan akibatnya apa-apa juga mesej dari RTM tidak sampai.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

17 comments:

  1. Sebenarnya strategi “character assassination” (CA) ini telah berjaya diamalkan di dalam pilihanraya 1986 (pembetulan, maaf rasanya pilihan raya 1990 kan?)

    ReplyDelete
  2. "Orang yang suka menang tak kisah kalau kalah tapi orang yang tak suka kalah akan melakukan apa saja untuk menang"

    ReplyDelete
  3. ” Yang kalah dalam pemilihan bukan disebabkan dia terlalu teruk. Begitu juga yang menang dalam pemilihan bukan disebabkan dirinya sarat dengan segala kebaikan. Tidak. Dia mungkin dilihat pada waktu itu mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang secara kebetulan kelebihan itulah yang diharapkan oleh majoriti rakyat, maka dialah yang dipilih dan akhirnya muncul sebagai pemenang ,”-Tok Guru

    ReplyDelete
  4. tak nampak ia sbg CA sbb spt didakwa Wan Farid, ia dgn cucu pimpinan PAS, yg pasti terimalah hakikat jika tidak kerana penyalahgunaan Jentera, dah lama UMNO/BN menjadi pembangkang

    ReplyDelete
  5. SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang se hingga kisah yang pendek menjadi panjang.

    Ia juga disebut menabur fitnah atau 'namimah' iaitu men ceritakan keburukan orang di khalayak ramai dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

    Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan di kalangan masyarakat, sehingga runtuh segala sendi kebahagiaan hidup berma syarakat.

    Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa amat berat di hari pembalasan kelak.

    Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain, ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.

    "Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran pada kekotoran yang sedia ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." (at-Taubah:125)

    Faktor lain yang mendesak seseorang melakukan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dak waannya, malah ingin menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.

    Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia sau daranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.

    Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan mem fitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang munafik yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan dibebani dengan dosa besar di depan Allah.

    Hari ini medan menabur fitnah terlalu banyak. Dengan perkembangan teknologi, semakin mudah pula mengadakan berita palsu, fitnah dan segala celaan, dengan cepat tersebar ke seluruh ceruk rantau.

    Cukup dengan memasukkannya ke dalam Internet atau blog, semudah itulah manusia berbuat dosa dan semudah itu juga umat Islam boleh bersatu dan berpecah belah.

    Bagi Muslim sepatutnya perlu bertanggungjawab atas apa yang ditulis, diucap dan disebar, bukannya menulis, bercakap dan menyebarkan berita mengikut sesedap hati tanpa di selidiki, kerana semua itu akan ditanya Allah.

    "Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan." (al-Isra:36)

    Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.

    Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya penghuni dua kubur ini diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya tidak bersuci daripada ken cingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.

    Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan pada kedua-dua kubur ter...t sambil berdoa: "Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya."

    Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu ber kembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi jika ia mem...tkan kehormatan dan maruah seseorang.

    Orang yang suka mengadu domba tidak akan masuk syurga, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba."

    Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap 'Islam' yang dianuti dan dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.

    Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.

    Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam daripada membunuh, kerana kesan kerosakannya lebih teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mang sanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan se hingga bertahun-tahun.

    Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah r.a. Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma'athal selepas perang umat Islam dengan Bani Mush thalaq pada tahun kelima hijrah.

    Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan di asingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang menegaskan kesucian beliau.

    "Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu; jangan kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hu kuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

    "Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri mereka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

    "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat saksi itu, maka mereka itu pada sisi hukum Allah adalah orang yang dusta.

    "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu.

    "Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai penge tahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

    "Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.

    "Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

    "Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    "Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

    "Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya." (an-Nur: 11-20)

    Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan se seorang, kerana mungkin dengan penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara ter...t, sama ada benar atau palsu.

    "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu mu sibah kepada kaum dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (al-Hujuraat:6)

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya pilihanraya ibarat peperangan, masing-masing memasang strategi, yang lambat bertindak akan kalah, kekalahan Wan Farid berpunca dari orang UMNO sendiri, jika bekas presidennya dah mengutuk anak buah apa lagi. Jadi salahkan diri sendiri dulu sebelum menuduh orang lain salah.

    ReplyDelete
  7. Mengaku ajer kalah.Betapa kelat hitam legam hati saudara munawir hassan ni.Pengikut sekular betul la saudara kita ni.
    Guna hadith sedangkan menentang islam dan
    mengikut parti sekular yang terang-terang menolak islam.
    Sudah-sudah la tu.Besaralah dari mengeluarkan kata-kata.
    Diam lebih baik sekiranya mendatangkan dosa.

    ReplyDelete
  8. saudara munawir,
    bukankah itu juga yg dilakukan terhadap saudara anwar? kenapa selektif dlm mengenakan hukum ALLAH. Jgn jadi munafiq.

    ReplyDelete
  9. Kenapa Bn Kalah?

    1. Bn berjuang hanya utk mengisi poket sendiri disebalik nama pembangunan, bantuan dll..

    2. Kesusahan rakyat...hanya rakyat yg tau... puak Bn/Kroni sengaja menyusahkan rakyat supaya senang untuk beri bantuan/dana dlll terutama masa pilihanraya utk tunjuk kebaikan dan keperihatinan...

    3. Serangan media pada kerajaan Pakatan Rakyat...Seolah-olah..rakyat bodoh sangat untuk menilai...Tidak ada kebaikan pun yng dipaparkan di negeri yg dierintah pakatan rakyat...

    4. Royalti Minyak....Kenapa Bn kembalikan pada Trg..? Brp peratus Untuk rakyat Trg dan brp peratus utk kroni BN ? Kalau nk tolong rakyat...dh lama..rakyat Trg hidup senang...Yg nampak terlalu senang skrg ...cuma Bn & The Gang...

    ....To be Continued
    3.

    ReplyDelete
  10. Pengundi muda JELAK dgn media perdana !!

    ReplyDelete
  11. Jika dilihat dalam konteks pilihanraya kecil, UMNO(BN) kalah adalah berdasarkan beberapa faktor kecil seperti faktor strategi dan faktor calon. Di dalam pilihanraya ini tiada isu nasional yang timbul kecuali isu yang telah pun dimainkan di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas. Faktor calon paling mempengaruhi pengundi di mana calon BN Wan Farid dikata tidak mesra rakyat. Salah percaturan strategi memilih calon ini mungkin boleh diulas oleh Pengarah pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (BN) apabila post mortem nanti.

    Seterusnya di ataspagar.com

    ReplyDelete
  12. Seminggu sebelum pilihanraya kechil saya dah tidak tengok berita nasional.jelak dengan berita berat sebelah dan yang anggap pendengar tak ada otak untuk berfikir.BN should get out of self denial dengan memberi alasan alasan yang tak manasabah.learn what your opponent has done good, serve the rakyat and not glorify political masters dengan gambar besar setiap sudut bandar.Walk the talk.

    ReplyDelete
  13. Yakinlah bahawa perjuangan kita masih banyak perkara yang perlu kita selesaikan . Menuntut kesungguhan , pengorbanan dan kesediaan kita semua untuk turun ke medan bagi membawa risalah perjuangan Islam ini sehinggalah Islam dapat didaulatkan . Insyaallah .

    ReplyDelete
  14. Salam..aku tengok ada bagus gak hadis tu...pehal pemuda pas ngan repsay nak bgkang plak...yang elok tu amik la sedara..x guna kalau diri ngaku sokong yang betul tapi diri sendiri tunjuk perangai yang TAK ISLAMIK langsung..bukan hak kita nak menghukum sapa yang betul sapa yang salah...jgn gunakan alasan ISLAM untuk halalkan perjuangan..contohilah perjuangan orang dahulu...masing2 tegur antara satu sana lain..kalau sebelah pihak je yang betul..tapi xnak tolong sedara dia perbetulkan diri...jawabnya sama jd tak betul la.. ;)

    ReplyDelete
  15. Bloggers Network Malaysia antara rangkaian bloggers yang terawal post gambar wan farid berkaraoke

    ReplyDelete

Facebook Share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Selatan Online

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer