Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Sunday, January 18, 2009

Apakah implikasi KT terhadap Najib dan Umno?

Oleh Roslan SMS

Menang dalam satu-satu pilihan raya kecil bagi parti pembangkang bukanlah suatu tugas yang mudah malah kadangkala ia hampir mustahil. Bayangkan keseluruhan jentera kekuatan parti pemerintah yang tidak pernah bertanding mengikut peraturan itu, akan ditalakan ke arah jentera pembangkang yang kecil dan serba kekurangan. Seingat saya kali terakhir PAS menang dalam pilihan raya kecil Parlimen adalah pada tahun 1998 apabila Ustaz Hashim Jasin menang di parlimen Arau mengalahkan Ismail Kassim.

Tetapi dalam politik tiada yang mustahil.

Cuma apabila Umno/BN kalah dalam pilihan raya kecil terutama apabila berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu PAS, sudah barang tentu di sana ada suatu kesilapan dan kesalahan besar yang telah ia lakukan. Apakah faktornya di Kuala Terengganus ehingga Umno tewas dalam kerusi miliknya?

Jentera BN diketua baka Presidennya Najib Tun Razak, walaupun calonnya Wan Farid, tetapi Najib dilihat sebagai teraju BN di KT. Apa yang tidak Najib katakana terhadap PAS di KT, apa yang tidak Najib janjikan kepada para pengduni di KT, hakikatnya yang bertanding dan bertempur adalah Najib lawan PAS bukannya Wan Farid lawan Wahid.

Oleh itu apabila BN kalah, siapakaha lagi yang paling wajar dipersalahkan jika tidak Najib, selain Wan Farid, jentera BN dan faktor-faktor lain.

Kata Najib kekalahannya di KT tidak bermakna sokongan terhadap pembangkang (PAS dan PKR) meningkat. Kata Najib lagi keputusan KT ini tiada impak terhadap lanskap politik negara. Betulkah begitu?

Bukankah kemenangan PAS ini menandakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat meningkat kerana KT ini dulunya kerusi Umno tetapi dimenangi PAS? Jika tidak meningkat sudah pasti yang menang Umno bukan PAS! Benarkah kemenangan di KT ini tiada impak terhadap lanskap politik negara atau ia nanti akan melihat suatu perubahan besar dan menggemparkan berlaku?!

Bagi saya kemenangan di KT ini adalah satu isyarat kemerosotan dan tidak mustahil dengan izin Allah swt “signal” kejatuhan BN dan Umno. Jika PRU ke 12 lalu adalah tsunami politik terhadap BN apabila hilang majoriti duapertiga di Dewan Rakyat dan hilang kuasa di 5 buah negeri, kemenangan berganda di Permatang Pauh dan kini KT bagi Pakatan Rakyat adalah manifestasi kesediaan rakyat untuk menerima perubahan, dan apakah lagi perubahan paling besar dalam negara selain kesediaan untuk melihat BNdan Umno digantikan oleh satu gagasan politik baru di Malaysia!

Bagi saya itulah terjemahan yang sebenar terhadap sikap para pengundi dan rakyat yang ditunjukkan di Peramatang Pauh dan kini KT. Oleh itu bagi rakan-rakan khasnya dalam Umno, inilah masa yang paling sesuai bagi anda semua untuk melakukan muhasabah dan memikirkan semasak-masaknya. Najib bakal dinobatkan sebagai Presiden Umno dan PM pada bulan Mac ini, dalam erti kata lain Jeneral baru yang akan mengetaui bala tentera BN dan Umno, tetapi dalam dua peperangan kecil berturut-turut beliau tewas, bukan pada kadar atau skala kecil tetapi tewas teruk! Yakinkah anda yang beliau nanti mampu memimpin Umno dan BN?

Pemimpin diukur dari segi rekdo kini rekod Najib dalam dua pilihan raya kecil berturut-turut boleh ditontoni rakyat. Tidakkah ini mencerminkan masa depan yang kabur dan mungkin gelap bagi Umno? Rakyat mahukan perubahan dan ia ditegaskan tanpa segan-silu dan takut di Permatang Pauh dan kini di KT. Lalu tunggu apa lagi. Perjuangan untuk membela bangsa, agama dan negara harus diteruskan, tetapi bukan melalui bahtera yang nakhoda dan kapalnya sudah “kluk klek” dan hampir karam.

Demi bangsa, agama dan negara ayuhlah kita bersatu di bawah nakhidan dan bahtera yang semakin disenangi dan diterima rakyat. Pakatan Rakyat meniti dibibir dan hati sanubari rakyat jelata kini. Keluarlah barisan masuk bulatan, kami sedia meneriam anda semua. Biarkan Najib dan rakan-rakan tinggal dan karam sebagai bahan bahan dalam lipatan sejarah.



5 comments:

  1. najib in denial syndrome...in dreamland.
    He cannot handle KT, can he handle Malaysia???No way...

    ReplyDelete
  2. Tahiah kepada PAS yang telah berjaya memenangi PR kecil KT. saya bukanlah penyokong fanatik UMNO atau PAS. Adakala saya menyokong kata2 org PAS dan adakala saya menyokong hujah org UMNO. Anda mungkin kata saya seperti lalang, tapi hakikatnya sayalah apa yang mereka gelar pengundi atas pagar. Saya akan mengundi untuk kepentingan bangsa Melayu dan ISlam amnya. bagi saya UMNO dan PAS relevan dalam memperjuangkan ideologi melayu dan ISlam.
    Tetapi sejak akhir2 ini di negeri saya Perak ini, keadaan yang berlaku amat membimbangkan saya selaku bangsa Melayu. saya tidak fikir media massa memperbesarkan isu tanah dan kereta kerana pada saya isu itu jelas tidak melambangkan prinsip PAS mempertahankan hak Melayu Islam. Isu tanah tidak perlu dikomen lagi kerana jelas sangat tunduk pada DAP dan Cina. bagi isu Proton Perdana pula, kita Melayu perlu sedar di Malaysia kita ini, tidak akan kita jumpa dalam sebuah kilang besar, Pengarah urusan, pengurus besar hingga ke jurutera dan pekerja amnya orang melayu. Anda hitunglah didunia ini berapa banyak negara ISlam yang mampu mengeluarkan keretanya sendiri? inilah isu tersirat yang dicemburui DAP seperti yg termaktub dalam manifestonya.
    Menggunakan proton perdana bermakna menyokong produk Melayu. maka kerana itulah DAP beria-ria memburukkan kereta ini. Kalau kerajaan negeri berhenti menggunakan Perdana maka merudumlah jualan model ini, seterusnya menjejaskan peluang pekerjaan budak-budak melayu di kilang itu. Itulah matlamat akhir DAP. Justeru adakah wajar kita bekerjasama dengan mereka?

    ReplyDelete
  3. Apa masalahnya DAP kepada anda. Kenapa anda terlalu anti Cina. Pernahkah mereka menabur pasir dalam periuk nasi anda. Tidakkah anda mengerti bahawa orang Cina ada hati dan perasaan. Tidakkah anda mahu mengambil pengajaran dari krisis kaum yang berlku di negara lain.. Sebenarnya jurang bangsa di Malaysia sudah makin mengecil dan menuju ke arah bangsa Malaysia. Kita kadang kala selalu berprasangka terhadap bangsa lain seolah olah kita sudah kuat dan mempunyai asas yang kukuh. Semasa BN bermaharajalela tiada satu pun yang berani menegur kecuali pembangkang...sultan pun seolah menikus....maklumlah kaya atas angin. Kg.Baru adalah hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Macam kita Melayu yang mempunyai rizab termasuklah rizab tanah wakaf. Jgnlah suka meramal keadaan anak cucu akan datang ..zaman BN lagi telah wujud diskriminasi.. anatar Kasta Pas dan Kasta UMNO. Sape yang ajar BN juga kan..

    ReplyDelete
  4. salam,
    pada pendapat saya bukan bangsa jadi ukuran kerana semua bangsa di negara ni ada beragama islam malah ada juga mungkin melayu bukan beragama islam(wallahua'lam).jadi kita memilih pemimpin yg boleh meminpin negara dan rakyat bukan kepentingan peribadi.pemimpin dipilih rakyat untuk berkhidmat untuk rakyat bukan untuk diri sendiri.jadi jika rakyat memilih yg betul ,betul lah jadinya,kalau silap tanggungle sendiri

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer