Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Sunday, January 18, 2009

Kuala Terengganu - Menuju al Aqsa

Oleh Nik Abdol Nik Abdul Aziz

Salam Kamunting,

Saya perasan nombor plat kereta Honda Elysion saya semasa tiba di Kuala Terengganu pada hari penamaan calon 6 Januari lepas. PAS 17. Saya lantas tunjuk ’eksen’ pada rakan - rakan, ” 17 Januari ini milik PAS, insya Allah.” Ego saya dengan cerianya disambut ramai - ramai dengan ulangan ucapan, “insya Allah.” Rasanya ada yang bertakbir, Allahu akbar.

Allah berfirman, ” Tiadalah kemenangan kecuali daripada sisiNya jua, Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Allahu akbar waliLlahil hamd. PAS diisytiharkan menang dalam pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu pada hari ini 17 Januari 2009 dengan majoriti agak selesa.


Kemenangan adalah kemanisan segera beriman kepada Allah di dunia ini. Ia membenarkan janji Allah yang telah benar semenjak azalinya di hadapan mata makhluknya di dunia ini sebelum akhiratNya. Ia menambah iman dan menjirus kesejukan di dada setiap mukmin yang berjuang di jalanNya.

” Perangilah mereka habis - habisan, pasti Allah mengenakan azabNya terhadap mereka dengan tangan - tangan kamu dan menghinakan mereka, lalu Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan mengubati dada kaum yang beriman dan menghilangkan kemarahan di hati mereka ( terhadap kejahatan musuh Allah ) dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia kehendaki. Allahlah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” - at Taubah: 14-15.

( Ayat ini diturunkan kepada kaum musyrikin yang menentang Allah dan rasulNya di Mekah. Tidakkah inilah apa yang dirasai kaum munafikin yang memerangi agama Allah daripada didaulatkan di negara sendiri sepanjang zaman? )

Apabila saya khabarkan kegembiraan ini kepada ayahanda sekejap tadi, dia segera berpesan, sujudlah dua rakaat dan jangan sesekali menghina UMNO yang telah kalah. Nanti musuh bingkas dengan kemarahan lalu berlaku kejam dan zalim sebagaimana biasanya.

Ya, UMNO tetap harimau liar yang tercedera.

Tahniah untuk semua pejuang PAS yang telah berjuang behabisan dan bermatian di sana. Di hadapan kamulah diriku terasa kerdil.

Tahniah untuk semua penyokong PAS yang telah turut menyumbang demi kemenangan Islam di Malaysia. PAS menambah kerusi di Parlimen dengan merampas kerusi UMNO.

Tahniah untuk seluruh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu yang telah mengundi PAS. Undi anda besar tagangannya di hadapan Allah nanti insya Allah. Itulah saksi berani anda menolak jahiliyah dan menerima Islam.

Saya yakin, doa kita untuk Kuala Terengganu sentiasa beriringan doa kita untuk Palestin. Itulah lunaknya mengecapi kemenangan ini.

Ayuh berhimpun di Kota Bharu 23 Januari ini. Dewan Pemuda PAS Kawasan Pengkalan Chepa akan berusaha mengumpulkan RM10 ribu untuk Palestin. Untuk kamu wahai saudaraku pejuang HAMAS..

Ayuh, beralih dari medan jihad kecil di Kuala Terengganu kepada medan jihad yang lebih besar yang bersimbah darah di bumi Palestin. Allah menghancurkan kamu wahai Yahudi laknatuLlah..

Bersama titipkan tahniah anda untuk kemenangan di Kuala Terengganu di ruang komentar.



7 comments:

  1. Assalamualaikum ,
    Semoga kemenangan ini segera disyukuri oleh semua pejuang Agama di P036 dengan penuh khusyuk dan tawaduk melabuhkan dahi sujud membesarkan Allah, kerana kita telah berjuang demi menegakkan AgamaNya, dan Dia telah mengalungkan kemenangan ini buat kita semua yang ikhlas berjuang, Syabas buat semua. Allahu Akbar

    ReplyDelete
  2. jange tertukar weh!!!ni menunjukkan kerja2 jahat yahudi sudah tercapai dengan tertukarnya antara masjid alaqsa dengan masjid kubah assakhra...antara salah sorang yg tertipu ngan yahudi nih...demola...maaf bagitau..

    ReplyDelete
  3. salam, imej masjid itu bukan imej masjid al agsa. harap maklum... al aqsa berkubah hujau...

    ReplyDelete
  4. botul2..dat is not al-quds..
    dat is dome of rock@assakhra...
    agenda jahat yahudi...

    ReplyDelete
  5. Salam ... harap maklum ...itu bukan Masjid Al-Aqsa ......

    Itu adalah kubah assakhra

    ReplyDelete
  6. Umat Islam Palestine tgh mengelap darah kat muka, kita kat sini boleh plak lagi soalkan benda2 remeh yang tersilap sikit ni....
    bukan isu silap teknikal yang patut kita bincang...
    jom sama2 kita sumbangkan sebanyak yang mampu dari harta2 kita ke palestin.....
    TAKBIRRR!!!!!!
    KHAIBAR YAYAHUUUUDDDD!!!!!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer