Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Sunday, January 18, 2009

Pengundi Masih Marah Kepada BN ?

Oleh A Kadir Jasin

PADA hari Jumaat, 16 Januari, akhbar arus perdana Berita Harian menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata : “Barisan Upbeat, Pas Edgy” (Barisan Yakin, Pas Gementar).


BH menokok tambah dengan menyiarkan temu ramah dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak di mana Timbalan Presiden Umno itu menyangkal persamaan antara Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Utusan Malaysia memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi” dan semalam (17 Januari) menyiarkan tajuk ringkas “Siapa Pilihan Pengundi?”

Ternyata sekali BH dan NST membuat ramalan yang songsang sama ada kerana maklumat dan perisikannya tidak tepat atau kerana mahu menjaga hati pihak-pihak tertentu.

Seperti umum sudah maklum BN gagal mempertahankan Kuala Terengganu malah telah kalah dengan teruk.

Calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan 2,631 undi. Dia memperoleh 30,252 undi berbanding Abdul Wahid yang memperoleh 32,883 undi.

Pengundi Kuala Terengganu nampaknya tidak termakan janji melangit yang dibuat oleh Umno dan BN malahan ahli dan penyokong Umno sendiri nampaknya masih marah dan menyimpan dendam terhadap kepemimpinan parti mereka.

Kekalahan ini pastinyalah memberi kesan yang besar kepada BN dan Umno, khasnya kepada Mohd Najib yang menjadi kepala perang Umno dan BN walaupun beliau berkata kekalahan itu tidak bermakna pengundi menolak BN dan memberi undi tidak percaya kepadanya.

Kekalahan ini sedikit sebanyak membayangkan yang pengundi Kuala Terengganu belum bersedia untuk memberi “endorsement” kepada beliau atau kepada proses pemulihan Umno dan BN yang diuar-uarkan itu.

Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu.

Ini tentunya akan menyukarkan lagi kedudukan Mohd Najib apabila beliau mengambil alih pemerintahan negara Mac ini.

Tetapi seandainya beliau faham sentimen pengundi dan bersedia membuat perubahan yang drastik ke atas Umno, BN dan kerajaan selepas mengambil alih pemerintahan beliau mungkin dapat meredakan kemarahan pengundi khasnya dan rakyat jelata amnya.

Kekalahan di Kuala Terengganu adalah sumpahan dan bala yang sangat besar kepada Umno dan BN kerana ia adalah kerusi BN dan terletak di dalam negeri yang memberi sokongan yang sangat kuat kepada BN pada pilihan raya umum Mac lalu.

Gagal menakluki semula Permatang Pauh Ogos lalu tidak teruk kerana ia kubu Anwar Ibrahim dan terletak di dalam negeri yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.

Sekiranya Umno dan BN gagal memahami sebab musabab kekalahannya di Kuala Terengganu dan mengambil tindakan mengatasi kesilapannya, tragedi yang sama akan menimpanya pada pilihan raya kecil yang lain dan, yang lebih mendesak, pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil.

Nyata andaian umum mengenai ketidaksuaian calon BN tetap apabila dia bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu sebaliknya kalah dengan teruk.

Janji pembangunan, penaburan wang dan kempen yang keterlaluan menyebabkan ramai pemilih berasa jijik. Begitu juga dengan peranan media massa arus perdana yang tidak berpijak kepada realiti apabila membuat laporan dan analisis menyokong Umno dan BN.

Boleh jadi juga pengundi masih belum puas hati dengan perubahan yang berlaku di Umno dan BN maka mereka terus menghukum Umno dan BN walaupun Abdullah sudah berjanji akan mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan kepada Mohd Najib Mac ini.

Mungkin juga kaedah kempen “carpet bombing” oleh Umno dan BN, dan pergantungannya kepada jentera kerajaan, media massa arus perdana dan orang luar tidak lagi berkesan malah memualkan pemilih.

Kemenangan calon Pas membuktikan yang parti itu serta rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyatnya semakin kuat dan diyakini walaupun wujud perbezaan yang besar antara Pas dan DAP.

Apa pun, semua pihak wajib menerima pilihan yang dibuat oleh pengundi Kuala Terengganu itu.

To recap,

1. Umno and BN are not getting stronger, not yet;

2. The voters are yet to be fully convinced that they have changed;

3. Wan Ahmad Farid being the PM’s political secretary and is linked to Khairy Jamaluddin and 4th Floor was the wrong choice as a candidate;

4. Umno must be brave enough to acknowledge that Abdullah, Khairy, the 4th Floor Boys and some segments of the mainstream media are a liability during the by-election;

5. Mohd Najib is yet to sharpen his skills and be totally accepted as the anointed successor to Abdullah. He has own baggage that he needs to unload;

6. To make thing worse for Umno and the BN, Pas had successfully put up a much better candidate;

7. Umno and the BN have not changed their campaign tactics and styles. It's still the carpet bombing method;

8. The people are put off by the huge police presence and the presence of so many unfamiliar outside campaigners who are unfamiliar with KT;

9. The voters were put off by candidates of the Umno election this March using KT to “canvass” for votes or merely to show their faces to the party bosses;

10. Mixing local, national and international issues (Gaza) confused the voters;

11. Attempt to exploit the Hudud Law to pin down Pas and to stir up squabbles among PR parties backfired or had not affected the oppositions much;

12. The voters are getting more mature. They are not as easily spooked, intimidated and bribed;

13. They know now that the development money is their own money and are, therefore, entitled to it;

14. Mohd Najib, by not accepting defeat with humility, suggests the general arrogance of Umno and BN leaders and their inability to accept the fact that Umno and BN are no longer supreme;

15. Change or Umno and the BN will suffer further humiliation in the coming months and years, starting with the Sawarak state election;

16. For Umno, starts by firing those non-performing staff at its headquarters, remove those state liaison chiefs whose states fell to the opposition parties in the last general elections and not elect them to the Supreme Council in the March party election;

17. Come down from the high chairs. Stop from being treated like Kings, Lords and Masters. Sit on the plastic chairs with the rakyat and the voters. You are Wakil Rakyat. You are elected by them. You are not their Lords and Masters. They are, in fact, your Masters; and

18. They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen.

Thank you and God bless.



6 comments:

  1. ” Yang kalah dalam pemilihan bukan disebabkan dia terlalu teruk. Begitu juga yang menang dalam pemilihan bukan disebabkan dirinya sarat dengan segala kebaikan. Tidak. Dia mungkin dilihat pada waktu itu mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang secara kebetulan kelebihan itulah yang diharapkan oleh majoriti rakyat, maka dialah yang dipilih dan akhirnya muncul sebagai pemenang ,” Tok Guru

    ReplyDelete
  2. Mengaku ajer kalah.Betapa kelat hitam legam hati saudara munawir hassan ni.Pengikut sekular betul la saudara kita ni.
    Guna hadith sedangkan menentang islam dan
    mengikut parti sekular yang terang-terang menolak islam.
    Sudah-sudah la tu.Besaralah dari mengeluarkan kata-kata.
    Diam lebih baik sekiranya mendatangkan dosa.

    ReplyDelete
  3. Dari semua segi aku memang tak suka kat UMNO. Tapi ada satu bab aku sangat suka tentang UMNO ni. Bila orang komplen kata rakyat tak suka dan tolak UMNO, dia masih lagi kata rakyat suka, tu bagus tu..teruskan, teruskan hingga saat anda terhapus dari sejarah politik negara

    ReplyDelete
  4. ...aku benci betul dgn org hiprokrik ni.. dinasehatkan pergi buat lawak kat blog umno online..binawir betul ko ni...

    ReplyDelete
  5. kekalahan bn di p036 lebih disebabkan kepada isu2 tempatan, penduduk sudah muak dan meluat dgn mainan politik org2 amenor di terengganu,
    mereka menjadi besar kepala, bongkak, sombong, dan kebanyakan "projek2" langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat, hanya menambahkan kekayaan kroni2 amenor disini, mungkin amenor di peringkat pusat tidak menyedari tentang hal ini sebelum pilihanraya p 036, tetapi sekarang pekong sudah dibuka, ...tanpa disedari, org sekeliling memerhati , akibatnyer, bn tersungkur. tahniah buat hj ab wahid endut

    ReplyDelete
  6. satu lagi lagi ialah sms2 dari 66777 yang berbau kutukan, hinaan, dan cacian. banyak pulok tu, menyusohkan orang jer, doh lah tu, sms2 tu berterusan berkempen walaupun sampai hari ni. dok abis2 lagi gelepor, dok lama lagi mapus lah tu.. hahaha

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer