
Tentera Israel memberitahu, sebuah masjid turut dibedil selepas mereka mengesyaki ia digunakan untuk dijadikan tempat menyimpan senjata.
Serangan terbaru itu dilancarkan sehari selepas bangunan-bangunan penting di Gaza terbakar akibat bedilan artileri tentera rejim.
Sementara itu, Israel mengundurkan sebahagian tenteranya pagi semalam dari kawasan Tal Al-Hawa di pinggir bandar Gaza di mana pertempuran sengit berlaku pada hari sebelumnya.
Banyak rumah orang awam musnah di kawasan penempatan yang sarat dengan penduduk itu manakala sebuah hospital turut terbakar.
Agensi perubatan Gaza berkata, setakat ini sekurangnya-kurangnya 23 mayat berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan-bangunan di kawasan itu.
Semalam juga menyaksikan kematian Menteri Dalam Negeri Hamas, Said Siam di tangan rejim Zionis.
Beliau merupakan pemimpin Hamas paling kanan yang maut sejak rejim Zionis melancarkan Operasi Cast Lead pada 27 Disember tahun lalu bagi menghapuskan pejuang-pejuang Hamas yang melancarkan serangan roket ke arah wilayah Israel. - Agensi

KOMBINASI tiga gambar ini menunjukkan letupan sebuah rumah menerusi alat kawalan jauh ketika beberapa kereta kebal tentera Israel melintasi kawasan berkenaan di Genting Gaza semalam.
ReplyDeleteklik sini untuk berita lebih hot !!
subhanallah,,entah apa akan jadi ngn dunia yang semakin hampir dengan kiamat...mungkin benarlah apa yang diwasiatkan oleh rasulullah saw...apabila dunia semakin banyak berlaku peperangan,,semakin dekatlah kita dengan kiamat,,,
ReplyDeleteYa Allah,,engkau hancurkanlah manusia berbangsa israel dan beragama yahudi laknatullah...beserta sekutunya sekali...bukakanlah mata hati semua negara arab dan umat-umat islam seluruh dunia ini ya Allah agar hati kami boleh bersatu untuk menentang musuh-musuhmu Ya Allah...mungkin manusia hari ini terlalu banyak dijanjikan dengan kemewahan dunia shgga mereka lalai dengan apa yang sepatutnya mereka lakukan,,,apbila manusia mulai bertuhankan dunia...melupakan akhirat inilah yg terjadi......