
Berdasar kepada bertanya khabar rakan-rakan yang “on the ground” berkempen dan juga mereka menganalisa jauh dari KT, baik dari kem PAS mahupun dari kawan-kawan di UMNO/BN, keputusan malam ini pasti berpihak kepada calon PAS.
Terlalu banyak sebab dan faktor yang menjuruskan kemenangan itu akan menjadi berat sebelah. Faktor personaliti-personaliti yang bertanding, faktor parti-parti yang terlibat, faktor-faktor isu yang dibawa dan juga trend pengundi yang ingin perubahan.
Faktor utama arwah Razali menang Mac 2008 adalah juga kerana personaliti. Faktor tersebut dibebankan lagi dengan faktor Mat Sabu sendiri. Kita tola k penyokong setia PAS dan penyokong setia UMNO - yang kita tahu letak mana-mana calon sudah pasti akan mengundi parti mereka. Yang membezakan dan menentukan ialah pengundi yang tidak menyokong parti yang selalu dikategorikan sebagai orang atas pagar atau kelabu.
Mereka ini tidak senang dengan calon luar seperti Mat Sabu. Ini ditambah pula faktor keperibadian arwah Razali yang disenangi orang ramai - terutama mereka di dalam bidang pendidikan (yang mana terdapat peratusan yang besar di Kuala Terengganu) - serta ‘track-record” beliau sepenggal sebelum itu.
Dalam PRK kali ini terdapat kemiripan faktor-faktor di atas cuma ianya terbalik. Wahid Endut diibaratkan Razali dan Wan Farid boleh disamakan dengan Mat Sabu. Wan Farid adalah orang luar bagi kebanyakkan orang biasa. Bila masanya Wan Farid tinggal dan berkhidmat di Terengganu? Personaliti yang tidak mesra masyarakat, gongnya, dan pelbagai lagi fator negatif.
Kemudian, Wahid pula mempunyai “track-record” lima penggal. Kalau ada keburukkan dan ada yang tidak kena - dalam 520penggal tu pasti banyak yang orang ramai bercakap. Tetapi - sepakat orang ramai bahawa rekod Wahid bersih.
Satu lagi faktor yang difikirkan oleh orang-orang20atas pagar yang memahami serba sedikit cara-cara pemilihan dalam parti UMNO sudah pasti amat fahambahawa tidak semudah itu untuk Wan Farid naik memegang jawatan dalam parti. Mereka yang telah selama-lamanya bersama UMNO bahagian boleh tersingkir - sudah pasti ada sesuatu senjata yang Wan Farid punyai untuk menang. Umumnya sepakati senjatanya kotor.
Malah semua yang negatif ada pada Wan Farid untuk menang sedangkan semua yang semua yang positif ada pada Wahid untuk menang - maka pasti Wahid akan diumum sebagai wakil rakyat untuk P036 malam ini. Dengan izin Allah.
Sekian, IB
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2009/01/17/hanya-penipuan-sahaja-yang-boleh-memenangkan-bn/
Kalau BN menang aje...ada penipuan ,ada pengundi hantu dan pelbagai fitnah yang mereka bawa tanpa ada sebarang bukti dengan muka selamba tak tahu malu mereka. Belajarlah hormati keputusan majoriti pengundi disini!! Belajarlah dari Parti BARISAN NASIONAL yang kalah di Permatang PAUH. Dengar tak apa yang Najib kata bila UMNO kalah di Permatang Pauh. Mereka hormati keputusan rakyat dengan hati terbuka!!!Mereka tetap bersama rakyat dan tunaikan janji.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Pengerusi Biro Putera Umno Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah 'ditahan' oleh sepasukan skuad pemantau PAS daripada Kedah kerana dipercayai menyamar sebagai agen tempat mengundi.
ReplyDelete..ketua mat rempit tu nak bawa masok pengundi hantu kod....apa kat munawir ?