Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, January 17, 2009

Ali Rustam kena 'boo' di KT

Oleh Muda Mohd Noor
Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam 'diboo' oleh penyokong parti pembangkang apabila tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Ini menyebabkan beliau - yang juga ketua Menteri Melaka - tidak dapat menghampiri pintu utama pusat mengundi sekolah kebangsaan tersebut.

Mengulas mengenai kejadian itu, Mohd Ali berkata beliau kecewa dengan tindakan penyokong pembangkang yang terlalu ramai berkumpul di kawasan pusat pengundi sekolah berkenaan.

“Saya mendapat tahu mereka bukan orang tempatan. Sebaliknya adalah penyokong luar.

“Saya rasa SPR perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan jumlah penyokong parti di kawasan tempat mengundi untuk memberi keselesaan kepada orang ramai menunaikan tanggungjawab (mengundi),” katanya

“Laporan daripada petugas-petugas peti undi BN, khusunya di DUN Wakaf Mempelam, calon BN Datuk Wan Farid sedang mandahului dengan majoriti kecil.

“Semua pusat mengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu menunjukkan mereka menyokong calon BN,” katanya.


Bekerja keras

Nkuala terengganu by election 170109 polling day ipfaib ketua puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika ditemui di sekolah tersebut, berkata BN sedang mendahului.

“Ini berdasarkan kempen-kempen yang kita jalankan sejak dua minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie turut mengesahkan calon BN sedang mendahului dalam pengundi hari ini.

“Kita mendapat sokongan yang sangat positif dari semua peti undi di sini (Kuala Terengganu)

“Mereka bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN (Datuk Wan Ahmad Farid).

Sementara itu, dua pusat mengundi - Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga dan Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam - sibuk dengan orang ramai yang keluar mengundi sejak jam 8 pagi tadi.


Poster parti

Kedua-dua pusat mengundi tersebut terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school 02Orang ramai termasuk penyokong kedua-dua pihak mula memenuhi kawasan tempat mengundi sebelum jam 8 pagi.

Mereka membawa sepanduk masing-masing. Kawasan sekitarnya juga dipasang dan direntangi dengan kain pemidang dan bendera di sepanjang jalan di kawasan tempat mengundi berkenaan.

Mereka saling bersorak antara satu sama lain. Penyokong Barisan Nasional (BN) melaungkan perkataan “Hidup Barisan’, dan PAS pula bertakbir.

Di kedua-dua pusat mengundi berkenaan, tidak langsung kelihatan petugas, bendera dan kain retang PKR dan DAP. Yang hanya kelihatan adalah daripada PAS.


Polis kawal keadaan


kuala terengganu by election 170109 polling day capDi Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga, kira-kira 100 penyokong PAS berkumpul di kawasan laluan utama pusat mengundi.

Mereka menunjuk-nunjukkan poster calon dan PAS kepada kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Manakala tidak jauh dari situ, kira-kira 100 petugas dan penyokong BN turut mempamerkan poster calon dan parti kepada orang ramai yang lalu lalang di situ.

Di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga juga kelihatan 100 anggota polis termasuk pasukan trafik mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul dan mengawal lalulintas.

Bagaimanapun, sehingga ini tidak ada sebarang kejadiaan yang tidak diingini berlaku.

kuala terengganu by election voting day 170109 umno supporter02Pada waktu ini, suasana di kedua-dua tempat mengundi berkenaan semakin muram. Cuaca sekarang redup tetapi panas.

Di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, dua pemimpin utama BN kelihatan sedang beramah mesra dengan petugas-petugas parti itu.

Mereka ialah Naib Presdien Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tiba di pusat mengundi kira-kira jam 11.30 pagi.



5 comments:

  1. Tak jadi kudis kalau Ali Rustam di "boo" oleh lembu-lembu PAS. Dah memang perangai lembu begitu!!

    ReplyDelete
  2. Lembu skang dah cerdik,cuma Babi Negara je tk cerdik²

    ReplyDelete
  3. x pe amir...ingat pesan tok guru dalam buletin utama tadi..kita jangan lukakan hati pihak yang kalah...sebab mesej utama kita dakwah,kalau dia berkecil hati macaman dia nak insaf dan join kita...biar apa en munawir cakap semoga akhir nanti dia bersama-sama dalam perjuangan kita untuk tegakkan islam

    ReplyDelete
  4. Mengaku ajer kalah.Betapa kelat hitam legam hati saudara munawir hassan ni.Pengikut sekular betul la saudara kita ni.
    Guna hadith sedangkan menentang islam dan
    mengikut parti sekular yang terang-terang menolak islam.
    Sudah-sudah la tu.Besaralah dari mengeluarkan kata-kata.
    Diam lebih baik sekiranya mendatangkan dosa.

    ReplyDelete
  5. buat orang2 umno, ambe nok kata gini je.. kalu nok rasa suka menang, lepas ni pakat2lah isi borang jadi ahli PAS, tapi jangan lupa pulok kena rajin gi usroh dan tamrin.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer