Terbaca di blog Penarik Beca pasal Cina Gerakan lebih bermaruah. Saya tak sependapat dengan Penarik Beca dalam banyak hal. Kalau 10, 11 tak sependapat... faham kan!! Tapi dalam bab siapa bertanggungjawab ni saya setuju sangat. Bukan semua kepimpinan yang kalah kena undur. Tapi yang merancang dan buat strategi tu fahamlah kena ada 'maruah' dan beri orang lain pula!
Terbaca juga jawapan kenapa PAS Kedah kalah.
Tak payah cerita pasal buat kerja, kita faham bahawa semua pekerja, penyokong dan ahli PAS Kedah tak tidur malam, tinggal anak bini pasal buat kerja parti! Semuanya habis banyak duit, masa dan tenaga semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi. Memenangkan perjuangan Islam ini.
Kalah menang itu memang ketentuan Tuhan. Kita juga faham konsep qada dan qadar. Tahu dan "sangat" faham atas hikmah setiap kejadian yang Allah tentukan.
Itu bukan alasan dan hujah!!!
Yang gagal merancang undur secara bijaksana. Kita kena beza dengan UMNO!!
PAS kena ada "sesuatu" yang boleh dijadikan asas untuk generasi muda bersama dengannya. Merasai dan menghayati perjuangan ini tanpa sebarang perbezaan. Biar baik buruk golongan tersebut mereka mereasi "PAS" dalam jiwa dan raga mereka.... Baru anak muda akan bersama dengan kita dan perjuangan kita.
PAS parti lama yang tidak mungkin boleh pergi jauh
ReplyDelete- dalam PR , PAS tidak 'dissolve' diri nya
- PAS bawa diri sendiri
- di peringkat pusat saja nampak ada 'PERPADUAN'
- di peringkat negeri 'nafsi'2
- di peringkat cawangan , lagi teruk ,
Sekali kalah bukan bermakna akan terus kalah. Biar ia jd satu iktibar untuk memulakan langkah baru! Terus berjuang demi keredhaan Allah.
DeleteBermula hari ini semua komponen PR perlu bergerak dalam satu PAKATAN bukannya sendiri2.Program bersama mesti dibuat disamping aktiviti parti sendiri.Belajar uruskan parti sebaik yg boleh.Saya lihat kemenangan yg diidam2kan tak tercapai kerana masalah dalam parti tak terurus.Disetiap peringkat adakan pejabat dan boleh diteruskan buat pusat perkhidmatan kepada masyarakat setempat lanjutan kepada kempen pilihanraya.Tonjolkan diri kpd masyarakat kita ada ketika mereka amat memerlukan.
ReplyDeletekita kena bersatu dari atas hingga bawah... sekarng ni banyak berlaku dari peringkat bawah...sepatutnya PR dapat hampir 10 kerusi lagi kalu masalah tu dapat diselesaikan.. disebabkan berlaku pecah undi dan undi protes kita dapat kesan buruk..kajian perlu dilakukan tempat 3 penjuru dan di dun menang majoriti besar tapi parlimen kalah...saya rasa pimpinan lebih maklum benda ni selepas analisis keluar nanti...
ReplyDeletekata-kata ustaz tuan ibrahim tuan man:
ReplyDeleteJika ditakdirkan kita tewas,
janganlah berasa dukacita di atas kekalahan,
tapi berdukacitalah kerana kita tidak menyumbang kepada kemenangan.
Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah..