Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Monday, May 06, 2013

PAS Kalah di Kedah. Ramai tokoh PAS kalah kali ini



Keputusan PRU-13 kali ini untuk PAS, nak kata teruk taklah teruk sangat. Tapi banyak perkara kena buat analisis.

Kedah jatuh ke tangan BN, macam sebelum ini Terengganu jatuh. Bila jatuh sukar nak bangun semula. Kerja kuat pun sekurang-kurang 2 kali PRU, maknanya 10 tahun baru boleh bangkit sedikit.

Keputusan Kedah semasa saya menulis artikel ini ialah BN 20, PR 12 dan ada lagi yang masih belum diumumkan secara rasmi.

BN kali ini, tidak seperti dulu, dia akan 'guna otak' dan belajar daripada kesilapan. Melainkan kalau dia bangang sangat mengekalkan keadaan asalnya. Saya ramai PAS Kedah melalui jalan sukar...
 
Ramai tokoh besar kalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din tewas di kerusi Parlimen Arau, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kecundang di Parlimen Pendang, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang tewas kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen Putrajaya dan Naib Presiden PAS yang tewas ialah Salahuddin Ayub tewas kepada calon BN, Datuk Nur Jazlan di Parlimen Pulai.

Ada lagi yang besar tapi tak berapa besar kalah juga, saya tak sebut satu persatu. Semuanya ada sebab dan PAS kena cari sebab itu secara 'detail'. Kaji dan cuba buat suatu perancangan yang lebih baik untuk masa akan datang.

Sebab apa PAS nampak macam celaru sikit untuk PRU kali ini? Ini saya nak bincang secara ringkas. Banyak perkara PAS buat orang luar lihat macam tak 'sempurna'. Saya sebut secara ringkas juga misalnya.

1, Isu menjatuh hukuman kepada ahli, nampak macam tak konsisten.
2. Kepimpinan PAS kadang kala bercanggahan pendapat secara public..
3. Isu-isu agama yang 'nampak' (mungkin tak) macam kendur.
4. Tidak serius pasal moral dan intergriti.
5. pelaksanaan undang-undang Islam nampak macam 'leweh' (tak seriuslah..)

PAS kena kemas konsepnya. Dulu PAS bertanding banyak kali kalah, tapi orang nampak PAS tu solid... sekarang tak solid.. 'menatang apa' tak solid tu aku rasa engkau orang boleh faham!

4 comments:

  1. sebab2 pas kalah tu kena kaji la..alasan y dicipta tu menunjukkan penulis xpeka dan xikuti perkembangan lantas terus mnghujum pas

    ReplyDelete
  2. Sebab tu bukan terjadi sekarang, tetapi sudah 'berbengkok' (berkudis) lama. Kalau PAS ambil Kedah sekadar macam UMNO tak ada perubahan, rakyat akan meluat.

    Faktor-faktor kemudian adalah faktor pambantu sahaja.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya Pas dah bekerja keras untuk kemenangan cuma ada golongan yg kononnya tahu agama di pihak sana cuba memesongkan agamanya sendiri untuk mengaburi pemikiran orang islam...memang jalan untuk menegakkan islam ini penuh berliku penuh ranjau dari Allah sebagai ujian supaya kita lebih bersabar

    ReplyDelete
  4. dak jugak aku rasa..ada bnyk sebab.Member aku dok tempat kira undi di Arau tu repot Tok Guru Harun Din dah sapu dah shahidan kasim..pastu depa p kira semula..di Baling pulak pakcik aku kata ada pergolakan sikit dalam akar umbi PAS..ntahla aku rasa kena cermat sikitla pasni..bukan senang oo..elok2 PAS dah nak setel utang dapat kat BN..nak buleh pulak belemoih la pulak

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily