Dalam PRU12 sembilan bulan lalu, BN hilang empat kerajaan negeri, gagal tawan semula Kelantan, memenangi jumlah kerusi Parlimen yang kian menguncup dan undi majoriti calon-calonnya yang menang juga merosot secara ketara. Dalam tempoh pacsa PRU12, BN kehilangan dua lagi kerusi parlimennya menerusi PRK. Satu di Permatang Pauh. Satu lagi di Kuala Terengganu.Lantas, apakah yang perlu BN lakukan? Berdiam diri dan terus dihanyutkan gelombang politk yang kian mencabar? Perlu re-branding? Wajar bubarkan BN secara rasmi dan gantikannya dengan pakatan yang baru? Atau biarkan sahaja BN mati beragan tanpa kuburan dan tanpa nisan?
Ini jawapan kepada pertantaan di atas: Kata Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, “budaya dan imej UMNO” perlu dirobah supaya tonggak utama BN ini “disenangi oleh rakyat.” Kenyataan Najib seterusnya, baca di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm
Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, “UMNO perlu segera melakukan perubahan radikal bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.” Pandangan Muhyiddin selanjutnya, baca di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Dan, ini adalah intisari pendapat serta cadangan sahabat-sahabat saya yang dikirimkan ke blog ini: BN perlu perbaharui gaya dan strategi kempennya yang sudah lapok, jangan “buta hati,” jangan “bodoh sombong,” jangan sekali-kali pinggirkan warga muda. Kalau tidak boleh merobah gaya dan strategi yang diperlukan, dan kalau terus keras kepala dan berlagak bodoh sombong dengan hati yang buta, bubarkan BN dan buat pakatan baru menjelang PRU13. Ini kerana BN adalah liabiliti kepada UMNO.
Komen saya sendiri: cadangan Najib betul, pandangan Muhyiddin betul, pandangan sahabat-sahabat blog ini juga betul. Sebabnya, saya juga seperti blogger Datuk A Kadir Jasin – kita perlu berpijak kepada realiti di bumi yang nyata. Fikir-fikirkanlah!
PRU akan datang kerajaan PR akan ambil alih.
ReplyDelete