
Indek Jenayah makin meningkat, kadar pembunuhan juga bertambah, tetapi perkara ini di nafikan kononnya Malaysia adalah negara Asia paling selamat. Itu semua pembohongan oleh UMNO dan BN. Kita dimomok dengan maklumat palsu.
Semalam kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai mangsa rogol dan bunuh dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohammad Md. Yusop berkata, mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd. Nor ditemukan oleh orang ramai dalam keadaan terbaring di tempat kejadian pada pukul 10.30 malam.
"Kanak-kanak malang itu sudah meninggal dunia semasa ditemukan dan polis mengesyaki mangsa mungkin dirogol sebelum dibunuh kerana siasatan mendapati ada kesan pendarahan di bahagian kemaluannya
"Dua suspek lelaki berusia 19 dan 24 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan," katanya.
Note:
Gambar di atas adalah ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan berikutan kejadian terhadap mangsa Nur Amyliana Shuhada (gambar kecil atas) yang ditemui mati di Bukit Tinggi Klang.
Innalillahi :(
ReplyDeleteSub ha nallah walhamdulillah wa laila haillallah wallahuakbar
ReplyDelete