Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, May 03, 2013

Pesanan khas Anwar kepada penjawat awam


Penjawat awam yang dihormati sekalian,

Alhamdulilah, saya berucap syukur kehadrat ilahi kerana telah diberi kesempatan sekali lagi untuk mewarkahkah penghargaan serta ingatan saya kepada tuan-puan yang dihormati dan dikasihi sekalian, setelah hampir 15 tahun saya meninggalkan sektor awam. Di sektor awamlah, saya membentuk pengalaman serta nilai jatidiri saya sebagai seorang insan, bapa, ketua keluarga dan seterusnya, negarawan. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang.

Sejak Malaysia ditubuhkan lebih kurang 55 tahun yang lalu, rakyat telah terhutang budi kepada para penjawat awam yang telah amat berjasa kepada negara serta menjadi teras kepada pembangunan negara. Hari ini, dengan jumlah sekitar 1.3 juta orang, iaitu hampir 5% daripada keseluruhan warga Malaysia, peranan dan sumbangan sektor awam kepada negara dilihat amat kritikal sebagai benteng yang menyelamat, dan institusi yang membentuk generasi akan datang.

Namun, saya sedar bahawa di sebalik kata-kata manis dan peringatan oleh kerajaan agar penjawat awam mengenang jasa dan berterima kasih kepada BARISAN NASIONAL , penghargaan yang selayaknya diterima para penjawat awam sering dipinggirkan. Tambah mendukacitakan apabila para penjawat awam sering dibelenggu oleh campurtangan politik, isu kemajuan kerjaya dan juga kebajikan.
Tuan-puan yang dihormati sekalian,

Campurtangan politik ini sudah membarah dalam institusi kerajaan dan makin melemahkan integriti institusi negara. Ia juga menyebabkan penjawat awam diperlecehkan atau menjadi mangsa salahguna kuasa dikalangan ahli politik.

Tanpa segan, golongan ahli politik ini melanggar etika dengan menggunakan tenaga penjawat awam untuk kepentingan peribadi atau parti dengan anggapan tanggungjawab penjawat awam adalah untuk berkhidmat kepada parti politik pemerintah. Sudah pasti para penjawat awam yang budiman sekalian merasa marah, sakit hati dan kecewa kerana saya yakin dan percaya para penjawat awam telah memilih untuk berkhidmat untuk negara dengan niat yang ikhlas tetapi dikecewakan oleh mereka yang kita hormati dan percayai. Maka perlu ada usaha untuk membersihkan sektor awam daripada pengaruh politik serta mengembalikan integriti institusi kerajaan.

Perkembangan kerjaya para penjawat awam tidak pernah diberikan penekanan yang setimpal dengan iltizam yang ditunjukkan oleh para penjawat awam. Sejak akhir-akhir ini proses kenaikan pangkat tidak diberikan berdasarkan kepada prestasi kerja sebenar tetapi lebih kepada kebijaksanaan tuan-puan semua "menjaga hati" pegawai atasan .

Lebih mengecewakan lagi apabila ramai di kalangan penjawat awam termasuklah pemegang ijazah atau pasca-siswazah yang terpaksa berlapang dada dengan jawatan di bawah tahap kelayakan masing-masing. Kemelut Sistem Saraan Baru Penjawat Awam (SSBPA) yang berlaku pada tahun 2012 adalah contoh kegagalan kerajaan yang tidak boleh dimaafkan. Bahkan ianya adalah bukti jelas, kurangnya iltizam di pihak Kerajaan untuk membantu mengembangkan kerjaya penjawat awam .
Sungguhpun penjawat awam telah menabur bakti dan tenaga untuk negara, sayangnya, kebajikan tuan-puan dipinggirkan. Isu perumahan untuk penjawat awam tidak diberi fokus dan keuntungan pemaju lebih diutamakan. Elaun yang diterima sekarang sudah tidak lagi bersesuaian dengan kos hidup semasa. Kerajaan BARISAN NASIONAL terbukti tidak peka dan responsif terhadap keperluan penjawat awam.

Tuan-puan, harapan bangsa sekalian,

Pada 5hb Mei ini, tuan-puan mampu mengubah keadaan. Tuan-puan boleh menjadi pencetus kepada perubahan dalam sektor perkhidmatan awam dan janganlah disia-siakan peluang ini. Setelah 55 tahun, tuan-puan memberi peluang kepada kerajaan BARISAN NASIONAL memperkotak-katikkan perkhidmatan awam, sudah tiba masanya tuan-puan menggunakan kuasa undi tuan-puan untuk mengubah keadaan negara, amnya dan perkhidmatan awam, khasnya.

Tuan-puanlah nadi perubahan.

Tanpa sokongan tuan-puan, segala usaha membawa perubahan kepada negara kita yang tercinta ini tidak akan dapat diteruskan.

Undilah untuk perubahan. 
Yang Ikhlas,
Dato Seri Anwar Ibrahim 

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily