Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Wednesday, May 08, 2013

Bila PAS terima kad "Don't Give Up" daripada orang cina



Setiap kali kalah, dan memang banyak kali kalah dalam PRU saya selaku pekerja parti PAS hanya sekadar "moyok" dan kami akan dengar kata-kata pimpinan kami terutama di kalangan ulama untuk meningkatkan motivasi.

"Kita tak kalah, tapi belum memang", "Tiada istilah kalah dalam perjuangan Islam" antara kata-kata membakar semangat.

"Kita terima apa yang diputus, redha dengan kehendak Allah" semuanya membakar semangat. Kata terima keputusan itu bukan bermakna kita redha dengan penipuan oleh UMNO @ BN. Kadang kala emosi kita membuatkan ada yang menjadikan isu untuk menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.... kerana redha dengan penipuan. Sedar atau tak sedar emosi kekalahan kita membuat kita membuat pertimbangan tak waras dan menghala 'muncung' kepada sasaran yang salah.

Itu cerita dulu..

Sekarang, kami terima kad daripada bukan Islam... yang sebelum ini kami tak payah susah payah cula sebagai BN. Mereka pula nasihatkan kami supaya jangan putus asa.. sedakan PUTUS ASA itu musuh ISLAM!!!
 
Tak ada apa yang saya nak kata... hati menjadi hiba!! Kenapa perkara ini tak berlaku 10 atau 20 tahun lalu!!

4 comments:

  1. Dailog PRU13

    Ahli Pas : Tuan Guru... mereka curi undi kita!!!
    Pimpinan : Biarlah... dah bukan rezeki kita.

    Ahli PKR : Boss... mereka curi undi kita!!!
    Pimpinan : Kita lawan... lawan tetappp lawan.

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 9, 2013 at 12:45 AM
    itu beza antara orang beriman.

    Dulu ada ulama orang curi di rumah dia.
    Dia doakan kalau orang itu curi kerana lapar bagikan keberkatan kepada rezeki itu.

    Kalau dia curi kerana jahat. jadi pencurian ini kali terakhir.

    Ramai orang yang emosi, hati tak tenang tak faham apa yang saya tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan tuan benar jika kecurian itu harta individu... teringat suatu gurindam;

      Ayahnda guna bahasa tua
      Anaknda guna bahasa muda
      Bahasa tua sabar di dada
      Bahasa muda penuh gelora.

      Delete
  3. zaman saidina ali, apabila baju besinya di curi oleh yahudi, saidina ali bawa perkara ini ke mahkamah.

    selepas dibuktikan yahudi itu menang, saidina ali redha.
    kejadian ini telah mencuit hati yahudi itu kerana sememangnya dia yg mencuri baju besi saidina ali.
    akhirnya yahudi tersebut mengucap dua kalimah shahadah.

    sapatutnya kita orang islam yang berada dinegara islam dah berjaya mengislamkan ramai orang bukan islam. tapi apa yg terjadi pada hari ini, kita menjauhkan diri dari mereka, kita asingkan mereka dengan alasan perkauman, kita tanam pula dalam diri anak-anak kita sifat benci kepada bukan islam.

    walaupun islam lahir dari bumi arab, tapi telah dikembangkan kepada semua bangsa. bila islam sampai kepada kita, tanggungjawab kita untuk sebarkan kepada bangsa lain.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer