Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Wednesday, May 08, 2013

Nasrudin ajak Saifuddin bangunkan Temerloh bersama


Ustaz Nasrudin Hassan dalam satu kenyataannya dia akan bersama-sama dengan semua orang akan membangunkan Temerloh. Dalam usaha ini Ustaz Nasruddin akan membentuk satu Majlis Panel Perunding.

Bila ditanya apa yang akan diuasakan dalam panel tersebut. Beliau menjawab majlis panel itu akan menumpukan kepada kebajikan, bertepatan dengan manifesto Pakatan Rakyat. Majlis Panel ini akan bertemakan "Temerloh Daerah Berkebajikan" tambah beliau.

Ustaz Nasruddin membayangkan untuk mengajak bekas lawannya Datuk Saifuddin Abdullah bersama-sama sebagai anggota panel perunding bagi parlimen Temerloh yang akan ditubuhkan itu.

"Saya akan tubuhkan Panel Perunding "Temerloh Daerah Berkebajikan" dan bercadang untuk menjemput sahabat saya Datuk Saifuddin Abdullah menyertainya agar turut sama menyumbang idea kearah pembangunan rakyat dan kemajuan daerah Temerloh.

"Mudah-mudahan Datuk Saifudin tidak menghampakan saya dan rakyat Temerloh,"
kata Ustaz Nasruddin..

Beliau akan menghubungi Datuk Saifuddin Abdullah dalam masa terdekat dan berhasrat Datuk Saifuddin tidak menolaknya.


2 comments:

  1. menghormati musuh bukan kita lemah tapi membawa dia lebih dekat untuk mengenali kita .. moga datok Saifuddin diberikan kekuatan untuk menyertai PAS satu hari nnt

    ReplyDelete
  2. Ini yang kita mahukan. Tapi PAS dan UMNO jangan nak bergabung pulak.

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily