Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, June 08, 2013

Biar betul Hairie??


Terlihat di Warta Perdana, dengan tajuk besar "Kesian Hairie: Dilupakan selepas Pakatan Rakyat Menang 3 Negeri".

Saya bersifat terbuka dan saya rasa setiap orang yang bergiat dengan politik terutama PAS seharus sedar bahawa setiap gerak geri kita akan dimanipulasi untuk memburukkan gerakan Islam dan Jamaah Islam (PAS).

Saya tak buka dan tak baca pun, sekadar meneliti ayat demi ayat di hadapan warta ini sudah cukup untuk saya faham bahawa wartawan warta mencari berita sensasi... ayat "selaku aktivis yang turut membantu kemenangan Pakatan Rakyat" itu sudah jelas berbeza dengan berita mengenai Hairie sebelum PRU13... "Hairie lupa daratan", "tak kenang budi"... ITULAH BUDAYA PEMBERITAAN DI MALAYSIA DI BAWAH KERAJAAN UMNO @ BN.

Sama juga wartawan akan menalifon mana-mana pemimpin PAS yang agak kontraversi untuk dapatkan berita, jika pemimpin itu menjawab secara jujur pandangannya dan kalau pandangan itu kontra dengan pimpinan PR, WAH INI BERITA HEBAT TAJUK UTAMA... BOLEH LAGA AHLI PAS, BOLEH BODOHKAN PEMBACA PAS!!

Yang menjadi bangang.. ada ahli-ahli ulas dengan panjang lebar kutuk itu dan kutuk ini berita yang disiar tanpa sebarang maklumat yang BENAR!! Apa maksud saya maklumat yang "benar" harus difahami dalam konteks Islam!

Sama dengan Hairie.. Dia sekadar memberitahu secara jujur bahawa dia tidak diundang hampir sebulan selepas PRU13. Tapi ayat-ayat di warta Perdana seolah-olah Hairie kesal!! Ini kerja MENJAHANAMkan!!

...dan kita tahu selepas PRU13 masih tak banyak ceramah melainkan BlackOut505 sahaja.

Walau bagaimana pun mana-mana pimpinan PAS yang rapat dulunya dengan Hairie apa salah jengok dan kunjung.. Jangan buat sibuk aje mentang dah jadi YB. Ingat juga masa kita sebelum jadi YB dulu.

Zairah merapatkan silahturrahim dan menjauhkan fitnah.. kerana sekarang ini ramai orang suka buat fitnah itu ini di media sosial terutama kepada semua pimpinan PAS baik Ulama dan Profesional....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily