Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, June 07, 2013

Jika UMNO menyerang Penasihat kenapa PAS tidak??


Selepas PRU-13, beberapa tokoh UMNO mula menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib. Siri serangan ini adalah dikatakan bermula kerana akan ada pemilihan UMNO. Tapi serangan itu tertumpu kepada penasihat Najib dan ramai tokoh veteran meminta memecat mereka.

Serangan ini agak terbantut disebabkan tiada sokongan daripada blogger UMNO. Blogger UMNO pula dilihat semacam meneliti apa yang dikatakan oleh ketua mereka "Tun Mahathir". Berbeza di zaman Pak Lah yang mana blogger UMNO terlalu laju menyerang Pak Lah sehingga Pak Lah dilihat terlalu lemah, sedangkan Najib sebenarnya lebih lemah daripada pencapaian Pak Lah.

Dua faktor yang menyebabkan Pak Lah tersingkir ialah Tun dan blogger UMNO. Najib bernasib baik kerana dua faktor ini tidak melanda dia!!

Selepas PRU-13, PAS pula agak ada sedikit perbezaan Presidennya diserang walaupun TGHH telah mencapai kerjayaan yang lebih besar di Terengganu, malah majoriti beliau sendiri meningkat agak ketara.

Prestasi PAS Terengganu yang selalu dikritik telah menunjukkan pencapai yang baik melebihi sasarannya untuk dapat 10 kerusi daripada 4 sebelumnya telah melonjat kepada 14 kerusi.

Dalam media sosial khususnya TGHH diserang dengan begitu hebat dan isu Kota Damansara adalah umbi kepada serangan tersebut.

Saya membaca beberapa tulisan YB Khalid Samad, ada sebahagian yang saya sangat bersetuju dan ada sebahagian yang saya tak bersetuju langsung. Tulisan hari ini bukan nak menjawab atau menyambung hujah 3 lagi yang belum saya habis sebelum ini, tetapi lebih kepada beberapa persoalaan tentang penasihat Presdien.

Kenapa UMNO dan veteran UMNO hanya menyalahkan penasihat Najib tetapi dalam PAS penasihat seolah-olah tidak memainkan peranan??

Sepatutnya mereka yang nak menyalah orang lain tahu siapa sasaran sebenar bukan main hentam rambang. Menyerang ulama dengan label "geng ulama" adalah rasa tindakan bodoh dan tidak tepat sama sekali. Saya kata bodoh kerana serangan ini melebarkan musuh dan membina tembak pemisahan antara profesional dan ulama, akhirnya 'persalah' sebenar bebas dan PAS akan berpecah dua dalam pemilihan nanti.

Saya rasa tidak akan menjadi satu yang mustahil 'geng profesional' akan kena tempias ini dalam pemilihan nanti. Apa yang akan terjadi PAS ketandusan kepimpinan dan PAS menjadi lemah akibat kebodohan orang yang membuat serangan kepada Presiden tanpa melihat siapa sebenarnya harus di persalahkan dalam hal tersebut.

Baru saya sedar ada juga yang bodoh daripada UMNO rupanya..


No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily