Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, May 04, 2013

Laman, Akhbar, Sekarang Surat Majlis Syura PAS Palsu Pulak Dah!!!



Jika surat ini daripada Majlis Syura PAS, sepatutnya yang mengeluarkannya SU Majlis Syura bukan SU Agong PAS. Kantoi punya UMNO!!!

Langkah terdesak, surat palsu pula diedar

KUALA LUMPUR: Setelah gagal untuk melaga-lagakan PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, musuh mereka mengambil pendekatan baru pula iaitu mencipta surat palsu kononnya Majlis Syura PAS memutuskan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Ia dibuat melalui surat yang kononnya ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Melalui surat itu, PAS kononnya mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon PAS sahaja dan tidak mengundi calon-calon PKR dan DAP dalam pilihan raya 5 Mei ini.

"Ini langkah yang desperate, saya akan adakan sidang media pagi ini," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Surat yang kononnya ditandatangan oleh Mustafa selaku Setiausaha Agung itu disebarkan mulai malam tadi melalui email, whatsapps, facebook dan lain-lain media.

Hari ini surat yang menggunakan kepala surat PAS itu dijangka akan disebarkan ke merata tempat pula.




Semalam juga akhbar palsu Harakah mula disebarkan. Ia bermula dengan semua masjid-masjid di Selangor selepas itu ia turut di kesan di Perak.

Adalah dipercayai akhbar palsu ini juga akan diedarkan ke seluruh negara.

Sebelum ini laman web harakah palsu di bina setelah laman web harakah asal di godam dengan DDos.

 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer