Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, May 04, 2013

Sembang PRU: Cerita Mr Bean

Baru-baru ini dalam perjalanan pulang daripada jemputan berceramah PRU di Batu 5, Sik Kedah, saya singgah di Kg Batu Besar Sik, tak beberapa jauh dari Pondok Lanai Parit Panjang – nak pi tengok sendiri replika kapal terbang besar yang kawan-kawan duk heboh dalam FB itu.

Waktu kami sampai dah dekat jam 1.30 pagi, tapi orang masih ramai. Mengikut kata seorang pakcik kat situ, kalau siangnya penuh dengan pengunjung entah dari mana-mana. Dia kata, berdasarkan buku catatan pelawat itu, semua negeri dah sampai kecuali dari Sabah dan Serawak saja, nak habag kata memang berpusu-pusu pelawat mai dari seluruh pelusuk Malaysia.

(Bergambar kenangan di tangga menaiki pesawat – boleh tahan besar juga pesawat ini)
(Ini gambar yang ada hamba Allah post dlm Internet – luas juga ruang penumpang dan cockpit tempat Pilot mengemudi pesawat)

Dalam perjalanan pulang, kami bersembang mengenai replika ini. Seorang sahabat menyatakan rasa kagumnya dengan kreativiti dan daya innovasi orang-orang kampung kat situ, yang berjaya membina sebuah replika yang begitu real seakan-akan size pesawat sebenar.

Pun begitu, pasti ada suara-suara sumbang yang berkata apa FAEDAH nya duk pi buat pesawat tak boleh terbang macam itu, kan menghabis masa saja, lebih elok fokus kat gerak kerja pilihanraya lagi bagus.

Saya melihat dari sudut yang lain; bagi saya ini adalah satu gerak kerja perang saraf yang tersendiri yang tak semua orang mampu membacanya.

Ini, cuba lihat replika jet pejuang yang dibina oleh kem UMNO, kalau tak silap saya di sekitar Bukit Selambau tak berapa jauh dari daerah Sik ini.

(Replika Jet Pejuang UMNO)
Bila saya lihat gambar ini, saya jadi nak tergelak. Sebab apa – sebab antara mesej yang boleh kita ambil dari pembinaan replika kapal terbang PAS di Sik itu ialah:

“Kalau setakat nak ada kapal terbang yang tak ada enjin, orang kampung di SIK pun boleh buat!!”.

Yang UMNO buat replika kapal terbang pejuang ini, nak habag mesej apa pula?

Geng-geng PAS/Pakatan buat replika merata negara sebab nak perli pihak yang berkenaan bab kehilangan Enjin Jet Kapalterbang seperti dalam laporan berita Malaysiakini di bawah ini.

(Keratan berita Malaysiakini isu kehilangan dua buah enjin jet pejuang:  Enjin jet pun tak boleh jaga, macam mana nak jaga negara?)

(Tak pasti pula geng PAS kawasan mana – tapi, mesej ini lagi jelas, EXPERIMEN ini mengesahkan bahawa tanpa ENJIN, memang JET PEJUANG tak akan boleh terbang sampai bila-bila)


(Gambar dari Malaysiakini: dikatakan inilah antara rupa bentuk enjin jet pejuang yang hilang itu)


(Lagi gambar replika JET PEJUANG UMNO/BN)
Apakah mesej yang ingin disampaikan?


(Yang ini lagi clear – jet pejuang kalau tak ada enjin memang tak boleh jalan, kalau nak bagi jalan juga, kena tarik dengan motor roda tiga hat duk angkut kelapa sawit tu!!)

(Bukan kata orang-orang yang highly technical, tapi rakyat biasa macam dalam gambar ini pun boleh penin dan terduduk - memikirkan macam mana jet nak terbang kalau tak ada enjin?)

Itu pun UMNO/BN tak faham-faham, depa duk pulun juga buat replika jet pejuang nak tiru PAS./PAKATAN.

(Lagi gambar replika jet pejuang UMNO – cantik, tapi tiada mesej)

Saya duk fikir lama juga, kalaulah ada mesej, apakah mesej yang UMNO/BN nak sampaikan kepada pengundi melalui jet replika mereka ini? Sampai ke hari ini, tinggal dua hari lagi hari mengundi, saya masih tak dapat mencari mesejnya.

Mungkin, sama juga dengan Manifesto UMNO/BN –semuanya sebab nak meniru Pakatan!!

Buat replika jet pejuang ini pun rasanya kes nak meniru juga ini.


Tak habis-habis meniru.

Macam Cerita Mr BEAN saja!!



moniermatdin@yahoo.com
2.5.13
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer