Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Saturday, May 04, 2013

Blog Pro BN buat Cerita Mitos Tun Mahathir.. Maybe Dongeng Rakyat kot!


Saat akhir ini, banyak sangat cerita-cerita fantasi akan dipaparkan untuk menunjukkan kehebatan seseorang. Sebentar tadi terbaca satu dan banyak di 'paste' di facebook, kononnya Tun Mahathir di tembak di Bosnia demi menyelamat umat Islam di sana.

Yang aku hairan bin ajaib kenapa gambar Arafat dipaparkan. Bengong betul blogger UMNO, tak boleh nak bezakan antara Palestine dengan Bosnia Herzegovina.

Aku rasa boleh cerita-cerita seperti ini boleh dibuat sebagai cerita mitos rakyat. Atau kalau dibukukan boleh dibuat sebagai buku cerita untuk kanak-kanak dengan tajuk "CERITA DONGENG RAKYAT BEBAL"

Engkau orang memang tak sabar nak baca apa mitos tersebut!!


TAHUKAH ANDA?? KISAH INI BELUM PERNAH DICERITAKAN DAN INI KALI PERTAMA SAYA MENDENGARNYA..

“Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bgtau sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan…. Beliau kata “tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja”

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. 
10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal beliau MMI sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer